Coolest night ever!

4.7K 98 13
                                    

Hey guys! First of all, sy minta maaf sangat2 sebab TAK REPLY comment. Sorry Sorry sorry
Lps ni, adk2 kakak2 abg2 manis ada apa2 cadangan, nak 'chitchat',nak tanya or whatsoever, .... Just leave ur comment ok?!

Benda penting yg sy nak bagitau dkt sini, sy sebenarnya MALAS nak buat part Darissa bertungkus lumus tak lena tidur mandi tak basah makan tak kenyang sebab nak SPM. Otak sy kering sekering-keringnya musim kemarau. Korang redha je la ye kalau part yg korang baca ni, Darissa dah tamat sekolah. Hehehehe

And sy ubah sikit2 cerita ni. Ubah mcm mna?
Read la!

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Siang tadi Aryan cakap nak balik kampung tapi sekarang dia sendiri dengan tragisnya terdampar dekat ruang tamu. Siap dengan comforter sekali. Tidur tak pakai baju pulak tu. Eishh contoh apakah!! Puas cari comforter tu dekat seluruh pelusuk bilik rupa-rupanya dia yang ambil! Fikirkan dah terbuang sekali masa kemas-kemas rumah tadi.

Kemas-kemas rumah? Ya kemas rumah ni sebab kalau kemas, ada orang tu janji nak bawa shopping and then tengok wayang. Tapi sekarang ni....... Jangan cakap habuk, angin pun tak berbunyi! Cakap nak tidur sekejap tadi tapi sampai sekarang masih berdengkur! Sakit tau hati dekat orang yang suka berjanji tapi tak ingat!

"You bangun lah!!!!" Kejut Darissa apabila dia masih tiada tanda-tanda untuk bangun.

Tubuh yang tidak berbalut fabrik digoncang-goncang berharap tuan badan sedar diri yang dia dah tidur melampau-lampau.

"Kenapa isteriku?" Soal Aryan masih tidak mahu membuka matanya.

"Bangun lah!! You janji apa tadi?! " Bentak Darissa melihat kelakuan Aryan yang terlebih manja.

Kepala tu bagus kalau ringan! Ada hati pula nak singgah-singgah dekat pangkuan orang! Macam ni eh kalau orang mengada-ngada?

"I janji akan selalu simpan you bawah ketiak I. I janji I akan bawa you kemana-mana. I janji I akan jaga you sampai nafas I yang terakhir. I janji I akan sama-sama dengan you sampai syurga. " Luah Aryan dengan matanya yang masih tertutup.

Darissa merasa semua organ-organ di dalam badannya berhenti menjalankan tugas.

Luahan tersebut kedengaran sungguh ikhlas biarpun Aryan sepertinya masih mamai.

Darissa betul-betul tidak dapat menahan debar di dadanya. Jujur Darissa katakan, tiada lelaki yang mampu membuatkan dia rasa istimewa seperti Aryan selalu lakukan. Papa sendiri tidak betah melayan perangai anak perempuannya.

Benar, hatinya sudah lama terpaut pada Aryan. Cuma ego dan sikap angkuhnya mengaburkan semua peluang yang ada. Saat ini, Darissa hanya mahu menatap seraut wajah tenang di pangkuannya. Wajah inilah yang dirinduinya apabila tiada di hadapan mata.

Oh Darissa! Selamat datang ke Pulau Angau ciptaanmu!

▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒

Tiba-tiba sahaja Aryan mengajaknya melepak di balkoni selepas Aryan solat isyak. Jam pun sudah menunjukkan 10 malam. Janjinya yang ingin mengajak keluar tadi sudah dilupai Darissa.

Toto yang memuatkan sehingga tiga orang ditarik ke balkoni bersama-sama comforter, bantal dan laptop. Tidak lupa juga snacks dan dua hot chocolate. Suis lampu dan aircond di dalam rumah ditutup. Lampu kelip-kelip yang telah Aryan diy-kan dihidupkan. Sungguh romantik suasana pada ketika ini! Dengan bayu dingin malam menambahkan lagi keterujaan.

Darissa sudah berselubung dengan comforter manakala Aryan dengan laptopnya.

"Kita tidur sini okay malam ni. "Tutur Aryan masih ralit mencari sesuatu dalam laptopnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 09, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DarissaWhere stories live. Discover now