Gaduh pagi

5.8K 147 15
                                    

Sekujur tubuh ditepinya yang sedang lena diulit mimpi ditatap penuh kasih. Dipandang setiap inci wajah isterinya. Dari kening, mata, hidung sehinggalah bibir. Entah kenapa terbit perasaan nakalnya pada pagi tersebut. Sekelip mata bibir Aryan bertaup rapat dengan bibir milik Darissa. Keadaan yang lama Aryan dambakan setelah menikahi gadis di hadapannya.

Setelah adegan panas tersebut Aryan segera berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri memandangkan azan subuh bakal berkumandang.Biarpun adegan panas tersebut hanya dilalui oleh Aryan.

Pelik.

Darissa tidak sedarkah perbuatan nya sebentar tadi?  Ke Darissa buat-buat tidur? Mungkin tidur mati... sebab tu tak sedar. Ada peluang nampaknya nak dapat anak. Aryan tersengih memikirkan idea gilanya.

Tidak mungkin!  Dia tidak mahu memiliki isterinya dengan cara sebegitu. Memang dia mempunyai hak sebagai suami tetapi dia tidak mahu jika disebabkan kegelojohannya hubungan dia dan Darissa akan menjadi keruh. Sudah semestinya Darissa tidak suka. Nak dapat anak?  Terlalu awal buat remaja seperti Darissa. Mampukah isterinya yang baru menginjak umur 17 tahun memikul tugas sebagai seorang ibu?  Sedangkan perangai Darissa sendiri seperti anak-anak. Entah-entah jika mereka jalan ke mall mereka akan diklasifikasikan sebagai adik beradik.

Darissa. Siapa yang tak kenal dengan pemilik nama tersebut? Selalu nak menang. Dengan budak-budak pun tak nak kalah. Princess Darissa always nak on top.

Kerana terleka, azan subuh telah lama berkumandang. Aryan segera membentang sejadah dan menunaikan solat.

————

Aryan merancang ingin membawa Darissa keluar berjalan-jalan dan membeli keperluan sekolah memandang exam Darissa tidak lama lagi. Isterinya yang tidur mati semenjak adegan subuh tadi masih bergelumang di bawah selimut. Posisi tidur nya jangan cakap. Macam kerbau!  Dengan rambutnya kusut masai. Dijeling jam di dinding. Hampir jam 8.30 . Memang taklah Darissa akan bangun pada waktu sebegini. Bagi Darissa, 8.30 a.m. itu ibarat jam enam pagi. Masih awal! 

"Baby Darissa bangun lah. " Laung Aryan untuk mengejutkan isterinya. Budak ni nak kena pekik dulu baru nak bangun.

"Allahuakbar Allahuakbar..."Aryan melaungkan azan ditelinga Darissa apabila Darissa langsung tidak memberi respon untuk bangun.

Serta-merta tubuh yang dibaluti selimut bangun dengan mengejut. Terkekeh Aryan melihat reaksi Darissa selepas dilaungkan azan di  telingannya.

Sempat dijelingnya Aryan dan mencapai iphone yang terletak berhampiran dengannya.

"Haaa. Bagus sangat lah tu. Buka mata je terus cari smartphone. I ni tak cukup pintar ke untuk you? "

"You pintar tapi tak syok.. "Jawab Darissa bersahaja dan kusyuk terhadap iphonenya.

"Ye lah. Tunggu I mati dulu kan baru you nak cari. "

"I ni bukan budak sekolah rendah lagi you nak guna ayat macam tu. I ni dah besar okay! You ni sama je macam mama. " Bebel Darissa sendirian walaupun mata masih melekat pada screen iphonenya.

"Siap sekarang kalau you nak ikut I shopping. Start minggu depan you duduk rumah je."Aryan fasih benar perangai isterinya yang mesti disogok dahulu baru bertindak.

"Youuu... youuu... youu bagilah I spend time dengan kekawan I pula. You bagi je I duit I janji I balik sebelum 5.58 pm, I janji I keluar dengan kawan perempuan je, I janji I balik naik teksi je I janji I tak merengek minta ambil dengan you, I janji I janjiiiii. " Rengek Darissa di tepi Aryan sambil menghamburkan janji-janji manis lagi palsu nya.

"Promise is just promise. " Balas Aryan tanpa mengambil peduli Darissa yang sibuk menguis-uis jari pada dada bidangnya. Muka memang lah nampak cool je tapi dalam hati hot namateyy!

" You ni pakej tau.Handsome, sado, famous, duit pun banyak." Puji Darissa sambil mengusap-usap bahu Aryan.

"Ye tak perlu sebut. I sedar sejak azali lagi I full package. "Balas Aryan masih bersahaja.

Merah padam muka Darissa menahan geram. Orang dah puji tu bagi lah penghargaan! 

"Bukan tu je! You ni pandai masak. Sedap! Macam chef Wan chef Ismail lepas tu cute pulak tu macam chef Anis! " Puji Darissa tidak putus-putus sambil memeluk erat bahu Aryan. Mukanya yang berpaling sedikit dari Aryan sungguh lah nahharom! 220 darjah berbeza dari apa yang meluncur keluar di bibirnya.

Aryan menjeling muka isterinya yang berpaling sedikit darinya. Huh!  Macam lah kite taktau dia puji tak ikhlas! 

"You ni dah siap ke belum? Kalau tak nak jalan takpe I okay je. " Tutur Aryan yang cuba mengubah topik mereka. Tidak tahan rasanya dengan perkataan-perkataan Darissa dengan segala sentuhannya.

Entah sejak bila Darissa berdiri dan menghamburkan kata-kata nya
"You ni memang suka control I!  I minta izin you untuk keluar dengan kawan-kawan I je tapi alasan you macam-macam! Eh you sepatutnya bersyukur lah sebab I minta izin dengan you siap puji-puji segala. Ikutkan hati I, nak je I call my dad suruh bank in duit then I boleh shopping barang-barang I nak! Tak perlu I nak merayu-rayu dekat you just untuk dapatkan duit! And sorry to say if you bagi I duit pun belum tentu pass kalau I nak beli seluar jeans guess! You know what?  I rasa terseksa terbeban sangat hidup dalam rumah ni! Dah lah kena cuci kain sendiri! Belajar memasak and whatsoever nak jadi bini baik lah! I penat! This is just not me! " Bentak Darissa sambil menghamburkan rasa geramnya. Tidak cukup dengan nada tinggi suaranya, kata-katanya juga penuh dengan hinaan dan riak!  Darissa berdiri statik menunggu jawapan daripada Aryan. 

Aryan masih terkejut mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari bibir Darissa. Bukan sahaja menghiris perasaannya tetapi menjatuhkan maruahnya sebagai seorang suami dan lelaki. Saat ini Aryan sedar yang Darissa bukanlah seorang yang mudah diatur atau dipimpin. Kesal. Ya kesal kerana Darissa hanya berpura-pura selama ini. Kesal kerana tidak mampu meluntur kan Darissa.

"I izinkan you balik rumah keluarga you kalau you rasa terseksa terbeban dekat sini." Ucap Aryan lancar sambil keluar dari bilik. Tiada langsung makian atau cercaan meluncur keluar dari bibirnya. Tiada nada suara yang tinggi kedengaran . Tiada bebelan yang terucap. Tiada tangan yang dihayunkan ke muka si isteri. Tiada. Suara mendatar sahaja yang menyapa gegendang telinga Darissa.

Darissa kaku dan kosong selepas mendengar kata-kata yang Aryan tuturkan. Entah reaksi apa yang perlu dipamerkannya.

Perancangan nya yang ingin membawa Darissa keluar berjalan-jalan hancur berkecai.Tiba-tiba sahaja Darissa berkelakuan begitu. Aryan sendiri keliru samada dia yang terlalu mengawal Darissa atau Darissa yang sukar dikawal. Semua kekeliruan  bekecamuk di dalam kepalanya. Mungkin salah nya juga kerana terlalu mengawal pergerakan Darissa tetapi jika tidak dikawal lain jadinya. Darissa mudah terpengaruh lagi-lagi dengan perangai gediknya. Apa guna dia sebagai suami jika isteri seorang pun tidak mampu dijaga? Entah lah! Semuanya terlalu sukar untuk dijawab dan ditelaah saat ini. Semuanya berlaku terlalu cepat.

Akhirnya pagi hujung minggu mereka berakhir dengan pergaduhan.

Sorry gaiss part ni hambar sikit. I janji next part I arrange story bagi power.

Ciaaaa.... nampak tak janji manis lagi palsu dia tu. Janji sangat!

DarissaWhere stories live. Discover now