Pagi isnin Darissa bermula tidak seperti pagi-pagi yang lalu. Pergaduhan antara mereka berdua mengheret perasaan menyesal dalam hati Darissa. Darissa sedar dia tidak sepatutnya berkata-kata begitu terhadap suaminya kerana dia sendiri melihat suaminya telah berkorban terlalu banyak untuk dirinya. Sungguh Darissa merasa dirinya tidak punya hati perasaan.
Segala tugas yang harus dilaksanakannya diletakkan 100% di bahu suaminya. Apa lagi yang dia hendakkan sedangkan semua kemahuannya telah dituruti?Disebabkan tindakannya semalam yang nekad mahu tidur di ruang tamu kerana masih marah telah menjemput Aryan untuk tidur di lantai beralaskan toto.
"You nak pegi mana tu?"Soal Aryan apabila Darissa berjalan ke arah pintu bilik bersama-sam bantal
"Tidur ruang tamu. "Jawab Darissa mendatar.
"Esok kan sekolah. Takkan nak stay depan tv sampai pagi pulak " Balas Aryan dengan lembut tapi tegas.
"What do you expect from me huh? Nak tidur sekatil dengan you lagi? I rasa kita tak patut tidur sama-sama lagi kot. Ni rumah you kan so you can have it all. "Lawan Darissa dengan nada tinggi.
Sekali lagi Darissa meninggikan suaranya depan Aryan.
"Tidur dalam bilik ni Darissa Sofia. "Arah Aryan sambil turun daripada katil dan mencari toto yang selalu digunakan dulu.
Darissa masih statik berdiri di tempat yang sama sambil melihat segala gerak geri suaminya.
Badan yang sudah sedia letih dengan karenah Darissa, mendorong Aryan melabuhkan tubuhnya di atas toto yang sudah dibentang.
Sekujur tubuh yang sudah terbaring di atas toto, dipandang dengan perasaan bercampur baur. Seraut wajah yang kelihatan letih menyebabkan rasa bersalah menghimpit perasaan Darissa.
Darissa baru berkira-kira ingin tidur di luar tetapi lelaki ini telah mengorbankan tubuh badannya untuk tidur di lantai asalkan Darissa dapat tidur di atas katil.
Begini besar kah kasih sayang suaminya? Sehingga sanggup bersakit-sakit badan demi menjaga sekeping hati yang terlalu keras untuk dibimbing.
Tubuh yang sudah lena didekati perlahan-lahan. Tubir matanya yang tadi menahan isinya daripada keluar akhirnya terhambur juga. Sedaya upaya Darissa mengawal tangisannya daripada menganggu lena si suami. Tidak pernah Darissa merasa disayangi sebegini cara.
Perbualannya dengan maksu semasa di kampung tempoh hari menerjah ke dalam kotak ingatannya. Semua yang diceritakan maksu tentang Aryan berulang kembali di ingatannya.
Betapa hancurnya hati Darissa apabila mengingati cerita maksu mengenai memori Aryan yang kehilangan kedua-dua orang tuanya di usia kecil. Terlalu merana Aryan sejak kecil sedangkan dia semasa kecil hidup bahagia dengan mama dan papanya. Sepatutnya pada masa kini, Darissa yang harus membuatkan suaminya bahagia selepas kehidupannya dulu yang penuh duka. Tapi lain pula jadinya, Darissa melayan Aryan tidak kurang seperti hambanya
Cerita-cerita tentang Aryan semakin segar di otak Darissa. Kasih sayang Aryan terlalu besar terhadap dirinya sedangkan dahulu, lelaki ini hanya dapat merasa sedikit sahaja kasih sayang daripada orang tuanya.
Esak tangis Darissa semakin menggila dan telah menganggu Aryan daripada lenanya.
Tubuh yang terhinjut-hinjut menangis ditepinya dipandang pelik. Perasaan risau mula menjalar pada perasaan. Apa yang terjadi terhadap Darissa? Di gigit semut kah isterinya ini? Sakit perut?
Bahu Darissa disentuh lembut "Hey, kenapa you menangis ni? You sakit per-"Belum habis Aryan bercakap, tubuhnya terus didakap erat oleh Darissa.
Semakin menjadi-jadi tangisan Darissa apabila Aryan tidak bercakap apa-apa dan hanya mengusap lembut kepalanya.
"I.. min.. min.. minta maaf" Tutur Darissa tersekat kerana masih menangis. Mukanya masih ditekup ke dada suaminya.
Kalau boleh dia meluahkan semua rasa bersalahnya terhadap Aryan, tetapi tangisannya yang masih degil ingin terus bermaharajalela menyukarkan dirinya untuk bertutur.
"Shhhhsssh. Dah lewat ni. Pegi tidur sana." Pujuk Aryan terhadap Darissa apabila isterinya masih memeluk erat tubuhnya.Jujur, Aryan masih terkejut dengan kata-kata Melissa tadi. Apa yang telah membuatkan Darissa teresak-esak meminta maaf terhadapnya?
"Jang... jangan tidur dekat lantai. "Tutur Darissa masih tersekat.
Kepalanya sudah diangkat menghadap Aryan.
"Tidur dengan I dekat atas katil okay."Pinta Melissa dengan airmatanya yang masih berjuraian perlahan.
"Hah?"Terkejut beruk Aryan apabila Darissa memujuknya.
Serasanya baru beberapa puluh minit yang lalu Darissa meninggikan suara terhadapnya dan baru beberapa jam yang lalu pergaduhan antara mereka berlaku.
Sedar tidak sedar dirinya sudah terbaring di sisi Darissa sambil mendakap tubuh Darissa. Gila!
"Lain kali, jangan nak mengada bergaduh dengan I kalau I baru berapa minit tidur kat lantai you dah menangis macam kucing mati anak. "Tutur Aryan sambil tersenyum.
Darissa tidak menghiraukan kata-kata suaminya malah meneruskan tangisannya dan mengeratkan pelukannya.
Tidak lemas kah dia dalam dakapan suaminya sambil menangis? Ahh! Kalau sudah cinta namanya. Ehhh cinta? Ehhh ehh.
"Stop crying baby. "Pujuk Aryan sambil memgucup ubun-ubun isterinya.
"I'm sorry. "Ucap Darissa sambil menatap anak mata suaminya.
"I maafkan you"Balas Aryan lalu mengucup dahi isterinya.
------
"Morning."Ucap Aryan sesampainya di meja makan.
"Morning"Balas Darissa dengan senyuman sumbing.
Ya. Pagi isnin Darissa lain daripada pagi-pagi isninya yang lalu kerana Darissa lebih bersemangat bangun awal untuk menyiapkan breakfast sebelum bertolak ke sekolah.
Dengan memori indah yang baru tercipta antara mereka sejak kebelakangkan ini lebih mendorong Darissa untuk bersikap matang.
Bukan Darissa tidak sedar yang Aryan ada berkelakuan nakal atas dirinya. Subuh itu! Melissa sedar! Terasa ingin menangis apabila mengingatinya kerana Melissa tidak pernah melalui adegan tersebut. Gila! Aryan memang gila!
Kalau boleh Darissa ingin perlakuan tersebut dilakukan hari-hari. Tapi dia masih waras dan masih malu! Aryan betul-betul membuatkan Darissa gila! Lama-lama boleh sakit jiwa macam ni!
Tidak terkira betapa teruja nya Darissa semalam apabila Aryan memanggilnya baby ! Terasa ingin back flip sahaja depan mamanya nanti. Hahaha!
Darissa menyedari perasaan itu bagai mula menapak dalam hatinya tapi dia masih meragui kerana takut ianya tidak benar.
Mungkin kah mereka akan hidup seperti pasangan lain di luar sana? Tapi banyak lagi perkara yang Darissa impikan.
Darissa cepat-cepat mematikan lamunannya apabila Aryan sudah memanggil untuk ke sekolah.
Pinggan-pinggan dan gelas yan telah digunakan sudah dibersihkan ole Aryan. Nampak? Kita tak suruh pun dia dah buat.
Mereka bertolak ke sekolah seperti biasa dengan mood yang ceria.
Sorry sebab lambat update new chap!! Bz sangat-sangat! (Jangan percaya )
Sorry kalau ada typo or tetukar nama watak! Nama Darissa ni balik-balik i tetukar Melissa. Wtf!!!! Siapa Melissa ni!!! Okay gila sendiri
Oh ya, uols tak perlu tunggu new chap dari i sebab i rasa i update new chap 2 tahun akan datang. (I TAK BAGI HARAPAN NI ) Jangan tunggu i. Pegi la cari scandal sana. Nanti i datang balik. Janji tapi i rasa i tak janji. Byeeee!
PLEASE VOTE & COMMENT! MUAH!
YOU ARE READING
Darissa
RomanceKau fikir kahwin muda ni senang?! Dulu dikenali sebagai: Cikgu Aku Handsome! *line story masih sama * Sorry i tak pandai nak buat description bagai. OK bye