Warna rambut

4.2K 92 7
                                    

Tinggal 2 minggu saja lagi Darissa bakal menduduki SPM. Aryan bercadang ingin membawa Darissa balik ke kampung kerana selepas berakhirnya SPM kenduri kecil-kecilan akan diadakan di rumah mertuanya bagi meraikan perkahwinan mereka.

Darissa memaklumkan perkara tersebut 2 hari yang lalu selepas berjumpa dengan mamanya sehabis waktu sekolah.

Darissa teringat akan cadangan mamanya yang menyuruh dia menyambung pelajaran ke overseas selepas SPM.

"Acha, nanti lepas SPM you masuk universiti dekat mana? " Soal si ibu.

"Hmm.. Tak tau lagi la maa. Kenapa?" Jawab Darissa yang leka melicinkan kukunya.

"Ohh. Apa kata you smbung study abroad? " Soal mamanya lagi.

"Erghh.. Malas la maa nak fikir lagi. Nanti pandai la I nak further study kat mana. " Jawab Darissa penuh sebal.

Darissa kurang minat dengan perbincangan yang sedang berlangsung lagi-lagi mengenai university yang bakal dimasukinya.

Jikalau berada di mall, Darissa tidak suka membangkitkan hal sekolah. Baginya, sekolah amat menyesakkan kepala dan jiwanya yang materialistic.

Puan Sri Sofinna hanya mampu mengeleng kepala melihat perangai anaknya yang masih kebudak-budakkan.

"Maa, jom pegi saloon. I nak colour rambut I. " Cadang Darissa kepada mamanya.

"You dah tak waras ke Darissa Sofia sampai nak colour rambut ?! You tu masih sekolah. " Jawab Puan Sri Sofinna terhadap cadangan anak perempuannya.

"Dah jom cepat, " Darissa memekakkan telinganya dan menarik lengan mamanya untuk turut berdiri.

"Ehh.. ehh.. Kamu jangan nak mengada . Mama ada hal lepas ni. Ni pun nak jumpa you terpaksa cancel meeting dengan staff mama. "

Darissa menayangkan muka muaknya apabila Puan Sri Sofinna menolak ajakannya untuk ke saloon. Tiada benda lain lagikah yang mamanya perlu lakukan selain daripada bekerja?

Darissa mengaku ini salah satu faktor dia berkelakuan manja dan tidak mampu berdikari. Opss bukan manja tapi terlebih manja kerana setiap kali papa dan mamanya mempunyai hal tentang kerja, Darissa akan dibiarkan membuat halnya sendiri berbekalkan credit card.

Mak Nah dan Pak Hamid la yang selalu menegur Darissa sekiranya perlakuan Darissa melampaui batas. Contohnya, aktiviti Darissa yang selalu keluar pada malam hari selalu dibebelkan oleh Mak Nah. Biarpun kerap keluar malam, Darissa tidak pernah mengusik arak dan berpelukan dengan mana-mana lelaki.

Selepas berpamitan dengan mamanya, Darissa segera menghayunkan kakinya ke sebuah saloon milik kawan sekelasnya, seorang gadis cina bermata sepet.

"Hai Mei! " Sapa Darissa setibanya di sana.

"Hai Rissa! "Sambut Mei dengan teruja.

"Emm. I nak colour rambut ni. I nak chestnut brown ombre okay. " Lontar Darissa dengan segera kerana customer yang datang ke saloon tersebut agak ramai. Takut pula jika rambutnya disiapkan lambat.

"Oh okay no problem

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Oh okay no problem. " Jawab Mei

"I kan classmate you so buat rambut I dulu okay sebab kalau I balik lambat mesti Sir Aryan marah I nanti. " Pesan Darissa dengan nada gediknya.

Hampir kesemua perempuan di dalam kelas mereka berkelakuan gedik kerana rata-rata mereka anak orang berduit. Tapi perempuan paling gedik di dalam kelas mereka semestinya Alisa si kaki carut, kaki penipu dan semua jenis kaki!

----

Tepat jam 7 Darissa sampai ke rumah. Wajah yang dirinduinya di cari di seluruh pelusuk ruang tamu dan dapur.

'Bilik kot.. ' gumam Darissa dan mengatur langkah ke atas.

Tubuh yang lengkap berkain pelikat dipandang dengan senyuman. Sejak akhir-akhir ini, Darissa sering mencari Aryan.

"Hai... " Tegur Darissa dengan senyuman besarnya.

Aryan yang bersiap-siap untuk solat maghrib memfokuskan matanya ke rambut Darissa.

'Something went wrong ', Bisik Aryan dalam hati.

"Apa dah jadi dengan rambut you tu Darissa Sofia? " Soal Aryan dengan serius. Nada suara dikawal sehabis mungkin agar tidak meninggi.

Melihat wajah serius Aryan sedikit sebanyak membuat Darissa takut tapi dibiarkan perasaan tersebut kerana dia lebih teruja untuk mempamerkan warna rambutnya yang baru kepada Aryan.

"I colour rambut I. Cantik tak? " Soal Darissa dengan gembira tanpa mempedulikan renungan maut suaminya.

"I tak suka tengok rambut you berwarna macam ni Darissa "Tutur Aryan penuh serius.

"You tak suka, tapi I suka! "Jawab Darissa kembali.

Aryan malas mahu melayan perangai Darissa lagi. Kain pelikatnya dibetulkan dan bersiap sedia untuk menunaikan solat.

Darissa masih lagi dengan mood gembiranya tanpa memikirkan amarah yang bakal meletus sehabis Aryan menunaikan solat.

Sementara menunggu Aryan siap, Darissa masuk ke bilik mandi untuk membersihkan tubuh badan.

Seusai Darissa mandi, dia mendandankan rambutnya gaya messy bun dan berlalu ke bawah untuk mencari Aryan.

Aryan yang leka menonton perlawanan bola sepak dikejutkan dengan rangkulan Darissa.

Reaksi Aryan yang biasa-biasa saja mengundang perasaan geram Darissa.

Orang nak manja-manja dengan dia pun dia buat bodoh!

"Youuuu.... "Rengek Darissa apabila Aryan langsung tidak melayan karenahnya.

Mata Aryan tetap terarah ke skrin TV nipis tersebut tanpa langsung memandang Darissa.

Darissa memandang sekilas perlawanan bola yang sedang menarik minat perhatian Aryan.

Tiada apa yang menarik melainkan tayangan ulangan yang disiarkan.

Darissa akhirnya merebahkan kepalanya di atas dada Aryan dan melingkarkan tangannya di pinggang Aryan.

Lama kelamaan matanya semakin memberat dan perkara terakhir yang diingatinya,

Aryan mengusap rambutnya dan mendukung dia naik ke atas.

DarissaWhere stories live. Discover now