Blackout!!

7.3K 268 23
                                    

Selepas balik dari sekolah Darissa bergegas menukar baju sekolah nya dan merehatkan diri setelah hampir sehari berada di sekolah.

Cikgu?! Hmmm apalagi ting-tung-ting-tung lah hero malaya tu sibuk memasak.

Takpe isteri penat suami lah yang kena memasak. Huhuks. Manis tapi masih terasa masin dalam ayat. Alamak kenapa gedik sangat uols.

"I naik atas jap nak mandi pastu solat. U tengok -tengok ayam kat kuali tu." Pesan Aryan sebelum naik membersih kan diri.

"Ha. Okay. "Jawab Darissa

"Ni dah solat ke belum?! "Soal Aryan semasa hendak naik ke atas.

"U tak payah nak sebok lah hal I " Jawab Darissa dan terus meninggalkan suaminya.

"Patut lah keras kepala je! Bestfriend dengan syaitan rupanya! " Jerit Aryan daripada tingkat atas sambil ketawa mengejek Darissa.

"Apa masalah U dengan I ha?! Dari sebelum U naik atas sampai masa U nak naik tangga lepas tu sampai dekat atas pun mulut puaka U still tak boleh berhenti? Apa masalah U?! " Dah meletus gunung berapi. Turun naik dada Darissa menahan amarah sampai bahasa melayu pun 'bertaburan'. Bertaburan pun boleh lah kan. Huhuh

--

Hadui sedap betul abang soda tu masak ayam kicap. Hitam pekat melekat tepikat! Haaaaa.. melampau.

Selepas sesi menjamu selera apalagi nak di buat. Jawab nya beradu lah permaisuri di tilam permaisuri yang empuk ini. Selamat malam yaa semua.

Kenapa kah? Kenapa ? Kenapa bilik ini terasa sungguh panas.

Arggghhhh!!! Kenapa gelap sangat ni? Tadi aku tak padam lampu pun!

Torchlight mana? Mana? Manaaaaaaaaaa?!

"U ni kenapa macam cacing kepanasan? Tau lah elektrik tak ada. Tak payah lah nak gelabah sangat. " muncul satu suara dalam kegelapan.

"U ke tu? Cikgu I takut! "Rengek Darissa apabila terdengar suara suaminya.

"Tak lah. Ni bukan cikgu. Ni pengetua datang nak tanya kenapa rumah kamu gelap sangat. Kenapa gelap sangat ni?! Mashaa Allah seperti dalam kubur. " Bisik Aryan terhadap Darissa yang sememangnya takut akan kegelapan.

"U jangan lah main main." Tangis Darissa seperti budak budak.

Aryan segera mencapai iPhone nya untuk menghasilkan cahaya.

"Macam budak budak lah. "Pujuk Aryan sambil mengesat airmata isterinya.

Dengan sekelip mata Darissa segera memeluk erat tubuh sasa suaminya. Tindakan berani mati Darissa telah membuatkan jantung Aryan berdegup lebih laju seperti Usain Bolt. Zasssssss lah sangat.

'Jangan cakap malam ni jadi malam pertama sudah nanti ada yang tak pegi sekolah esok pagi. ' monolog Aryan dalam hati apabila Darissa bagai tidak ingin melepaskan pelukan nya.

Haruman yang terhasil daripada rambut Darissa telah membuat kan otak Aryan buntu untuk mencari alasan bagi melepaskan pelukan isterinya.

Bukan tak suka apabila Darissa memeluknya tetapi dia takut benda lain yang akan terjadi. Bahaya bro!

Abang Aryan pun lelaki biasa yang ada nafsu bukan uols je ada!

Aryan akur apabila Darissa tiada tanda tanda ingin melepaskan pelukan nya.

"U? "
"Hmmm.."
"Nak tidur ke tak? "
"Nak. Tapi I takut gelap! "

"Okay relax. I baring dulu k. "Pujuk Aryan dan melepaskan pelukan Darissa

"K mari sini. "Aryan menarik Darissa dekat dengan nya.

"Good night. "Ucap Aryan sambil mengucup ubun ubun isterinya.

'Ya Allah kekalkan lah perasaan indah ini. Berilah aku peluang untuk menyayangi dan membimbing nya ke jalan yang benar. ' monolog Aryan dalam hati sebelum terlena dengan perasaan bahagia yang semakin berbunga di hatinya.

Malam itu Darissa tidur berbantalkan lengan suaminya dan perasaan bahagia yang mula terbit hari semakin hari.

DarissaWhere stories live. Discover now