𝐁𝐀𝐁 1

1.4K 14 0
                                    

maria tersedar dari tidur nya,dia terkejut dengan mimpi ngeri nya itu, boleh di kata kan hampir setiap malam dia bermimpi benda yang sama,dan sehingga dia terbangun dari tidur nya pun dia masih ingat kejadian mimpi nya itu.

"mimpi apa nie,kenapa dia terus menghantui aku,sape dia sebenar nya??"

gumam maria bila teringat tentang wanita di dalam mimpi nya itu,dia malas nak fikir kan dia pun bangun untuk membasuh muka di bilik mandi,

bilik mandi di rumah nya ada satu sahaja jadi dia harus keluar dari bilik untuk ke bilik air basuh muka,semasa dia keluar dari bilik nya, ia mendengar ibu nya bercakap dengan telefon di ruang tamu nya.

bilik nya ada di ruang tengah jadi dia tidak melihat ibu nya yang rancak berborak itu, maria pun abaikan je suara tawa ibunya itu dan menuju ke ruang dapur untuk ke bilik mandi, dia masuk dan basuh muka gosok gigi dan ia keluar.

"maria tolong ibu masak ye hari nie, nak"

kata ibu maria yang datang dari ruang tengah, maria yang keluar dari bilik mandi  pun terkejut sambil memegang dada nya dan berusaha tahan suara untuk tidak jerit.

"kamu ni kenapa maria??"

"huhh,ibu nie terkejut lah mar, nasib tak jerit tau,kalau tak habis semua orang dengan mar jerit"

keluh maria karena ibu nya buat dia hampir saja melatah terkejut jika dia jerit di rumah itu jiran nya belah kiri dan kanan akan dengar tapi hanya sekadar mendengar jeritan saja ,ibu nya maria pun hanya geleng kepala sambil senyum dengan tingkah anak nya itu.

"dah cepat tolong ibu masak,mama dan ayah kamu kejap lagi sampai tu, mereka nak sarapan disini"

kata puan mylia,maria hanya angguk dan berjalan menuju ke meja dapur untuk sedia kan bahan masak, setelah saja masak maria tutup makanan itu dan pergi bersiap karena hari ini dia kerja masuk shift pagi.

hari ini mama tiri nya nak datang, isteri kedua ayah nya yang baru khawin sebulan yang lalu,janda anak seorang yang baik hati dan boleh di kata kan cukup sempurna,ia mempunyai anak perempuan yang masih berumur dua tahun.

sebenarnya maria tak berapa suka dengan mama tiri nya walau pun mama tiri nya itu baik, karena umur mama tiri nya itu dua tahun lebih tua dari nya sahaja,sedang kan ayah nya nak masuk 40 tahun umur nya,tapi dia tak boleh nak halang sebab ibu nya sendiri yang setujui penikahan itu, jadi dia juga harus terima.

ibu nya setuju karena madu nya itu telah banyak membantu dirinya dan sang suami untuk menaikan perniagaan itu, jadi bila sang suami meminta restu untuk memperisteri kan nur aulia raishila puan mylia terus restu kan, maria pun kemas bilik nya dan siap siap sebab pukul 11 dia nak gerak pergi kerja.

pukul 9 sang suami sudah datang membawa madu nya itu, puan mylia yang menunggu pun tersenyum dan bersalaman dengan suami nya dan juga madu nya itu.

"assalamualaikum kak, apa khabar akak sehat?"

tanya aulia madu kepada puan mylia

"waalaikumsalam, alhamdullillah sehat je lia, eh masuk masuk dulu maria dah siap kan sarapan tu mari le kita sarapan"

ajak puan mylia, aulia dan tuan eliz pun masuk ke rumah dan menuju ke dapur untuk sarapan dahulu, karena mereka memang cadang nak sarapan di rumah puan mylia itu.

"maria mana tak nampak pun??"

tanya tuan eliz yang mencari bayang anak sulung nya itu.

"dia tengah siap siap tu,lepas sarapan dia nak terus gerak pergi kerja"

"ouh kalau macam tu kita tunggu dia lah, dah lama tak sarapan sekali nie"

kata tuan eliz, puan mylia dan aulia pun angguk, sambil menunggu maria tuan eliz ada sesuatu yang di bincang dengan puan mylia.

𝑊𝐴𝑁𝐼𝑇𝐴 𝑀𝐼𝐿𝐼𝐾 𝐶𝐸𝑂 𝐷𝑈𝐷𝐴Where stories live. Discover now