BAB 22

265 6 1
                                    

Maria keluar dari keretanya dan masuk berjalan masuk kedalam, tiba tiba tangan nya di pegang seseorang

Dia berpaling melihat siapa gerangan orang itu, ternyata irzan hakimie

Dia membuat muka malas, memang dia malas nak jumpa dengan lelaki itu, lelaki yang takcukup satu, bernafsu iblis dan banyak lagi

"Ria, tak sangka kita berjodohkan, boleh berjumpa kat sini" kata irzan, dengan senyuman percaya diri

Maria membuat muka meluat melihat reaksi irzan, macam takde orang lain pula nk jumpa hari ni, kenapa lah kena muka dia?

"Lepas lah, jangan sentuh aku!" Tegas maria bersuara, irzan hanya tersenyum

"Rileks lah sayang, aku tak buat apa kat kau pun, just nak rasa kau je, masih lagi ke suci, aku tengok sejak akhir akhir ni kau kerap keluar dengan lelaki" kata irzan sambil tersenyum

"Mungkin dia dah ambil kesucian kau kan?, yelah mana tahu kau yang serah kan, kenapa lah masa dengan aku, kau tak bagi je macam tu, kan takde lah aku curang dengan kau" sambungnya lagi

Dengan senyuman sinis

Pangg!!, Terus lekat telapak tangan maria di pipi irzan

Terasa kebas pipinya ditampar oleh perempuan, pipinya ada kesan merah telapak tangan maria

Dia pandang muka maria yang tak bersalah, dia tenung tajam, "berani kau tampar aku, kau ingat kau siapa hah?!!" Jerkah nya dengan tangannya mencekik maria

Tapi bukan maria lah kalau tak reti balas perbuatan itu, dia tersenyum, tangannya mengelus pipi irzan perlahan

Dengan lembut, membuat irzan terdiam dan melepaskan tangannya dari leher maria perlahan

Maria mengambil kesempatan itu untuk tampar pipi nya lagi, hingga tertumus kedepan

Guard di situ hanya diam menahan ketawa, mereka ditahan ketika melihat maria dicekik

Tengku arif menyuruh mereka lihat bagaimana gadis itu mempertahankan diri, dia berdiri di belakang antara dua guard itu

Maria jalan mendekat dan cangkung lalu menarik rambut irzan kebelakang hingga terdonggak kepala dibuatnya

"Kau fikir, kau guna kan kekerasan, aku akan tunduk kat kau, dan aku ikut arahan kau macam tu?" Tanya maria dengan wajah setenang air danau

"Kau tahu, yang kau tu milik aku, kenapa kau serahkan badan kau pada dia tapi bukan aku??!" Bentak irzan dengan suara tertahan

Kerana rambutnya masih lagi didalam gengaman maria, walaupun tangan itu kecil, tapi tarikan itu cukup buat dia tahu macam mana kuatnya gadis itu

"Aku bagi dekat dia sebabnya dia boleh tanggungjawap tapi kau, ada kau tanggungjawap, berapa ramai perempuan yang kau buat sampai bunting?? Lepastu kau suruh dia gugurkan sebab kau nak badan cantik dia je, kau takut lepas dia bersalin nanti badan dia tak cantik, siap kau ugut dia kalau dia tak gugurkan, nanti kau tinggalkan dia kan??" Kata maria membuat kan irzan terkedu

Macam mana dia tahu sedangkan maria sejenis malas nak ambil tahu tentang siapa orang yang berkawan dengan dia

"Ka...kau jangan nak buat fitnah eh maria, kau taktahu apa apa jangan nak masuk campur!" Dia cuba untuk menafikan apa yang maria katakan

Maria tersengih lalu melepaskan kepalanya di lantai dengan kuat hingga terdengar hantukan

Tengku arif dengan guard di situ hanya pejam mata bila kepala irzan mendarat di lantai

Agak mengerikan juga simaria ni bila dia marah tak kira dimana pun tapi bila dah buat hal, tulang pun akan remuk

"Arghhhhhh!!!,siall kau perempuan!!"

𝑊𝐴𝑁𝐼𝑇𝐴 𝑀𝐼𝐿𝐼𝐾 𝐶𝐸𝑂 𝐷𝑈𝐷𝐴Where stories live. Discover now