Hari ni adalah hari yang mendebarkan hati maria,
Dimana dia akan membawa projek terbesar di meeting hari ini, maria berjalan kehulur kehilir, berpusing sofa single
Masuk ke tandas dan keluar tandas, lalu ia berpusing ke meja kerja nya dan duduk di kerusi milik nya lalu bangun dan sambung kehulur kehilir nya
"Awak dah kenapa ni maria??" Tegur tengku arif yang membuatkan maria melompat naik ke sofa single itu
"Ya Allah selamat kan lah aku!!" Jerit nya sambil lombat, tengku arif yang melihat pun turut terkejut melihat maria melompat
"Tengku ni kenapa tak ketuk pintu dulu" marah maria sambil turun dari kerusi dengan tangan kanan nya mengosok dada
"Saya rasa kalau sekali lagi saya ketuk pintu ni memang roboh lah maria" maria diam lalu duduk di sofa
"Tak sekarang ni awak kenapa? Kehulur kehilir setiap penjuru awak pergi nie, ada yang ganggu awak ke?"
Maria melihat wajah bersih dan tampan milik tengku arif, lalu dia hembus nafas nya perlahan
"Saya baru seminggu kerja tengku, kenapa kena bawa projek besar nie" rungut maria perlahan, tengku arif tersenyum, comel nya lah hai
"Kan saya dah cakap, minggu lepas yang dua minggu lagi awak kena buat projek besar ni"
"Masalah nya buat tu saya tak kesah sangat, ni nak kena bawa ke meetting nanti"
"Sebab tu saya suruh awak masuk awal, sekurang kurang nya awak tak terasa kekok sangat macam ni"
Maria diam, ye salah dia karena ingin masuk minggu lepas, alasan ingin berjalan dulu
"Dah jom meeting akan mula sekejap lagi, awak kena biasa kan juga" maria hanya angguk lalu ia bangun untuk mengambil file yang ada di meja kerja nya lalu berjalan ke pintu
Tengku arif memberi laluan untuk maria keluar dahulu, pekerja wanita di situ semua bisik bisik bila melihat tengku arif memberi maria jalan di hadapan dulu
"Tak malu punya perempuan, dia tu personal assisstant je, tapi berjalan di depan tengku," bisik camilia, tanpa dia sedar
Tengku arif sudah berada di belakang nya sambil memeluk tubuh, kawan gosip dia yang sudah melihat tengku arif
Terus pergi meinggalkan camilia seorang diri, "wey tasya kau nak pergi mana"
Tanya camilia yang pelik, lalu dia hanya angkat bahu dan pusing
Alangkah terkejut nya bila melihat tengku arif yang sudah berada di belakang nya itu, alamakk harap tengku tak dengar lah aku bisik apa tadi,
"Bukan ke aku dah bagi amaran dekat kau?" Soal tengku arif, terkedu camilia dengan menunduk pandang ke mozek putih
"Sa saya minta ma maaf tengku"
"Tak guna kau minta maaf kalau kendian hari kau buat juga!"
Camilia diam membisu, tidak tahu ingin membalas apa lagi," mula dari esok aku nak kau buat kerja cleaner selama sebulan!" Bulat mata camilia, whatt!! Taknak!!
"Tengku, tengku tolong jangan macam ni tengku, saya merayu, bagi lah hukuman lain, saya tak nak bersihkan sampah tengku" rayu camilia sambil mengejar langkah tengku arif
Dengan mata bertakung air, dia berlutut di depan tengku arif," tengku tolong lah tarik balik hukuman tu saya tak nak" teresak esak dia menangis
"Who are you to tell me to withdraw the sentence?!" Maria yang menunggu di pintu bilik meeting itu pun berkerut dahi melihat camilia merayu hingga berlutut di hadapan tengku arif
"I'm just an employee" jawap camilia perlahan
"and who am I?" Soal tengku arif sambil berpeluk tubuh dengan pandangan tajam di beri kan kepada camilia
"you are the owner of this company" jawap camilia yang masih berlutut, dan menunduk makeup nya sudah luntur karena air mata, pandangan tajam tengku arif itu mampu buat meremang seluruh tubuh nya
"good thinking, now berambus kau sekarang, pergi buat kerja, Dan ingat esok kerja kau dah berubah selama sebulan remember that"
Kata tengku arif, sekalian dia berpesan kepada camilia tentang kerja nya
Tangan maria di tarik masuk ke bilik meeting, dan tutup pintu, camilia berdegus kasar bila melihat tengku arif menarik maria
Tasya ingin membantu camilia bangun tapi tangan nya di tepis kasar oleh camilia, lalu dia di tinggalkan begitu sahaja.
Maria terkedu melihat ada enam orang yang berada di dalam bilik itu, mereka melihat tengku arif masuk, semua nya bangun dan menunduk tanda hormat
Setelah itu semua mata tertuju kepada maria, ada yang tersenyum, namun maria hanya diam tanpa membalas senyuman dato dan tan sri
"we can start now right?" Soal dato fadil ahmad dengan mata nya tak lepas dari maria dengan senyuman gatal
"Sure" jawap tengku arif,
Meeting pun bermula, semua nya berjalan dengan lancar
Setelah selesai, semua nya bersurai, kecuali dato fadil ahmad, kerana ada benda yang dia ingin bincangkan kepada tengku arif
Mereka pun berjalan menuju ke bilik office tengku arif, maria yang berjalan mendahului mereka, manakala tengku arif berjalan seiring dengan dato fadil ahmad
Dalam perjalanan, mata dato fadil ahmad tak lengkang dari belakang tubuh maria, ermm ni kalau dapat sedap ni,
Fikir nya dengan senyuman gatal, tengku arif perasan dengan cara dato fadil ahmad memandang maria
Namun belum masa nya untuk menyerang , dia menunggu waktu yang tepat dahulu.
YOU ARE READING
𝑊𝐴𝑁𝐼𝑇𝐴 𝑀𝐼𝐿𝐼𝐾 𝐶𝐸𝑂 𝐷𝑈𝐷𝐴
Romancekisah seorang gadis muda yang berkehidupan sangat sederhana yang bernama maria elizandra bertemu dengan duda tampan dan kaya yang bernama tengku arif zafran, ia bertemu dengan tengku arif zafran itu ada sebabnya. "Kenapa awak tak terpesona tengok sa...