BAB 24

246 6 2
                                    

Maria bersalaman dengan datin adira

"Mummy, mar balik dulu ye. Nanti ada masa kita berkebun sama sama" kata maria yang minta diri nak balik

Datin adira sudah menangis tersedu sedu, dia memeluk maria dengan erat, tengku afiq membuat muka menyampah

"Sudah lah tu shika pun, tak lari mana pun menantu tu" pada akhirnya dia terpaksa pujuk

Risau benda ini akan berterusan hinggalah bertemu dengan maria kembali, baru dia akan menjadi normal

"Ma..mar..maria na..nak tin..tinggall..shi..shikaaaa..huaarhhhh!!" Tengku arif sudah menepuk dahinya

Ah sudah, makin kuat pula dia melalak

"Mummy, hey dengar sini" tengku arif menarik bahu datin adira yang kecil itu

"Mummy jangan menangis, kalau mummy menangis lagi, arep taknak kahwin dengan maria" kata tengku arif

Entah dia memujuk atau mengugut, dia sendiri pun tak tahu, tapi datin adira yang mendengar itu terus senyap

Maria tersengih kecil, comel!

"Ok..okayy mum..mummy tak nan..nangis lagii" jawap datin adira , namun mulutnya masih cebik dengan mata masih berair

Walaupun sudah berumur namun kelihatan awet muda, sungguh comel

Dia hanya mendengar cakap tengku arif dari tengku afiq, tengku afiq hanya geleng kepalanya sahaja

Dia menarik bahu isterinya itu, "dah jom kita masuk, diaorang dah nak balik, kesian maria esok ngantuk masuk kerja nanti" pujuknya

Datin adira angguk kepala berkali kali, lalu melambai tangannya kepada maria, maria melambai balik sebelum masuk kedalam perut kereta

Tengku afiq menarik tubuh kecil isterinya namun, dia tidak mahu bergerak, dia ingin melihat kereta anaknya itu hilang dari pandangannya sendiri

Tengku afiq pun hanya biar dan berdiri di belakang datin adira

Didalam kereta, tengku arif tersenyum, sepanjang jalan senyumannya tak pernah hilang dari wajah tampan itu

"Tengku" panggil maria

Dia memandang perlahan dan kembali tumpukan perhatiannya di jalan

"Kenapa tengku senyum macam tu? Dari tadi tak berhenti senyum?" Kata maria

"Saya bahagia" jawapnya perlahan namun masih didengari oleh maria

"Bahagia?" Tanya maria pelik

Tengku arif angguk dengan senyuman, "kalau awak nak tahu, mummy tak pernah nak menangis macam tu walau pun dengan arwah isteri saya yang pertama, tapi awak, awak telah membawa aura yang berbeza kepada mummy" katanya dengan sengihan nampak gigi rapinya yang putih

Maria terdiam kembali, cuba menghadam apa yang di maksudkan oleh tengku arif

"Awak tak faham??" Tanya tengku arif

Maria hanya geleng, bukan dia tak faham namun ayat itu tidak masuk kedalam kepala otaknya

Jadi dia blur dengan ayat itu,tengku arif tersenyum lagi

"Bagi mummy, awak bidadari, dia dah lama sunyi sejak kehilangan arwah isteri saya, jadi bila dah jumpa awak, kali pertama jumpa awak dia dah tahu awak orang yang sesuai untuk jadi menantu dia, kawan sembang dia kawan teman dia berkebun, kawan dia memasak, kawan dia menghias bunga di rumah, awak percaya lah nanti bila kita dah kahwin dia mesti minta kita tinggal di villa dia" jelas tengku arif

Pada akhirnya baru dia faham, dia terangguk angguk, mengerti apa yang tengku arif katakan tadi

"Dialah orang yang paling sedih masa arwah meninggal dunia, saya sedih tapi tak beria ria menangis seperti mummy"

𝑊𝐴𝑁𝐼𝑇𝐴 𝑀𝐼𝐿𝐼𝐾 𝐶𝐸𝑂 𝐷𝑈𝐷𝐴Where stories live. Discover now