Bab 1

22 5 0
                                    

Semua ahli BTS dan staf mereka dalam perjalanan pulang ke Korea Selatan dengan menaiki kapal terbang Korean Air. Mereka baru sahaja selesai menjayakan konsert jelajah yang telah pun berakhir di Taipei, Taiwan. Konsert yang diadakan begitu meriah sekali di sana, lagi-lagi apabila ARMY banyak memberi sokongan padu lagi hangat serta penuh kasih sayang kepada BTS.

     Diana juga tidak terkecuali. Dia dilantik sebagai staf dan pengurus muda bagi konsert jelajah tersebut. Meskipun masih dalam tempoh latihan di Big Hit Entertainment. Bukan itu sahaja, meskipun Diana merupakan adik angkat dan teman wanita Jungkook, ARMY yang lain tidak pernah membantah lalu menghormati hubungan akrab mereka berdua.

     "Best betul konsert tadi kan hyung? ARMY semua pun bila melambaikan lightstick mereka, macam-macam warna ada. Jinjja Yeppeuda." kata Jimin kepada J-Hope yang duduk di sebelah. Dia berasa seronok serta puas hati dengan persembahan mereka sekumpulan serta reaksi hebat daripada ARMY.

     J-Hope terus mengangguk bersetuju lalu berkata, "Yup. Hyung pun rasa terharu sangat bila tengok ARMY menyanyi lagu kita beramai-ramai. Kalau macam tu-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya tadi, Jin yang berada di belakang bersama RM terus memotong.

     "Eleh, disebabkan terharulah awak nangis kan? Apalah, dah besar panjang pun nak nangis ka?" RM, Jimin dan V terus tergelak, manakala J-Hope memandang ke bawah kerana malu diusik.

     Tiba-tiba, Suga yang berada di tempat duduk tengah bersama V terus mencelah, "Eh, nanti dulu! Bukan J-Hope je tau. Jimin, V, Jungkook dan Jin hyung pun nangis juga. Ingat aku tak tahu ka?"

     "Hah? Apa ni, Yoongi hyung? Malulah!" suasana di situ semakin hangat dengan gelak ketawa selepas Jimin habis berkata. Jimin dan V pun tertunduk malu berserta pipi mereka bertukar merah.

     "Apa ni, Suga? Malu hyung tau tak?" Jin pun berasa malu terhadap gurauan Suga. 

     Suga pun berkata dengan selamba, "Biarkan." semua di situ kembali ketawa. Manakala, Jungkook yang kini berada di tempat duduk tiga dari belakang hanya mendiamkan diri sambil memandang luar tingkap kapal terbang. Dia seakan tidak puas hati terhadap sesuatu. Diana yang berada di sebelahnya bertanya.

     "Oppa, kenapa asyik monyok ja ni? Okay tak?" lamunan Jungkook terus terhenti selepas mendengar soalan yang keluar dari mulut adik angkatnya. 

     Dia hanya berkata. "Hah? Eh, tak ada apalah, sayang. Cuma..." dia berhenti seketika.

     "Cuma apa, oppa? Ceritalah pada saya." kata Diana memujuk. Maklumlah, dia begitu rapat dengan oppa angkatnya sejak kecil lagi. Oleh itu, dia perlu tahu apa sahaja masalah yang ditimpa olehnya.

     Jungkook menghela nafas panjang lalu berkata. "Masa kat konsert tempoh hari, oppa terperasan banyak kesilapan yang Yoongi hyung buat. Setiap kali dia menari, ada ja yang tak kena." Diana hanya mengangguk faham, kemudian dia berkata.

     "Biasalah tu, kita semua buat silap. Tak semua perkara boleh jadi sempurna selepas sekali cuba. Oppa kena faham tu." kata Diana.

     "Ya, oppa faham, sayang. Tapi mengikut permerhatian oppa kat sana, kesilapan yang Yoongi hyung buat tetap sama dengan tahun-tahun yang lepas. Padahal, dah bertahun kot kita dalam BTS. Itu pun susah sangat ka?" Jungkook terus berkata dengan perasaan geram bercampur kecewa.

     Diana terus diam membisu. Dia tidak lagi berani untuk berkata apa-apa lagi.

     "Tak apalah, biar je oppa selesaikan sendiri." bisik hatinya.

Don't Leave Me! ✔️Where stories live. Discover now