Bab 8

12 3 0
                                    

~In Jungkook's dream~

     Suasana pada musim panas begitu indah lagi cerah di pantai Busan, iaitu kampung halaman Jungkook. Ketika itu, dia sedang membawa Diana berjumpa dengan keluarganya dan bercuti. Jimin juga turut pulang ke Busan untuk bertemu dengan keluarganya. Manakala ahli BTS yang lain turut pulang ke kampung halaman masing-masing.

     Namun langit tidak sentiasa cerah. Ketika Jungkook dan Diana sedang berbaring di atas kerusi malas tersedia sambil berjemur, telefon Jungkook berdering. Pada masa yang sama, Diana terus terkejut selepas terdengar deringan telefon Jungkook. Oleh itu, Jungkook pun terus menjawab panggilan tersebut.

     "Yoboseyo, Jungkook bercakap."

     "Jungkook, awak kat mana sekarang?" rupa-rupanya, V yang berada di talian, dan ketika itu nada suaranya kedengaran begitu cemas.

     "Saya dan Diana dekat pantai Busan ni. Kenapa hyung?" Jungkook pun bertanya.

     V pun terus berkata. "Jungkook, awak kena pergi ke Hospital Besar Seoul cepat! Yoongi hyung kemalangan!"

     "WHAT!" Jungkook terus berkata dengan penuh terkejut. Diana pun turut terkejut di sebelah oppa angkatnya.

     Jungkook pun berasa cemas lalu berkata. "Baik hyung, saya akan ke sana!"

~Hospital Besar Seoul~

     Sebaik sahaja mereka tiba di sana, BTS turut berada di hadapan pintu wad 5, di mana Suga berada di alam nyata. Mereka kelihatan begitu risau atas apa yang berlaku terhadap Suga. Jungkook pun terus berkata kepada Jin. "Hyung, Yoongi hyung okay tak? Dia tak apa-apa kan?" Jin hanya diam tanpa jawapan, diikuti dengan ahli BTS yang lain. Diana pula turut keliru atas apa yang berlaku. Sebenarnya BTS tidak tahu bagaimana mahu menceritakan hal sebenar kepada Jungkook. Mereka takut sekiranya Jungkook terus bersedih sambil meratap.

     Tidak lama kemudian, seorang doctor lelaki berusia 30-an pun keluar dari wad Suga. Jungkook pun berkata. "Doctor, macam mana dengan hyung saya? Dia okay kan?"

     Namun, jangkaan Jungkook terus meleset. Doctor tersebut terus berkata. "Mianhae, adik. Suga hyung telah tiada..." Jungkook seakan tidak percaya lalu terus rebah melutut. Diana dan Jimin pun terus mendapatkan Jungkook.

     Dia berasa begitu lemah lalu terus menangis dan berkata. "YOONGI HYUNG!!!!!"

~Back to reality~

     Jungkook terus terjaga daripada tidurnya. Dia terkejut selepas mendapat mimpi ngeri tadi. Mimpinya tadi seakan nyata, lalu dia terus berasa sesuatu. 

     "Memang betul. Aku tak sepatutnya bergaduh dengan Yoongi hyung tempoh hari. Ini semua salah aku." bisik hatinya. Tiba-tiba air mata Jungkook terus mengalir. Perasaan dalam dirinya bercampur aduk, takut, menyesal, sedih dan risau.

     Jungkook pun mula menangis sambil menggenggam tangan kanan Suga dengan begitu erat. Betapa bersalahnya rasa dalam diri Jungkook. Dia tahu, dia sepatutnya menghormati Suga sebagai seorang abang, bukan biadap terhadapnya.

     Bukan itu sahaja, empat perasaan tersebut ada maknanya. Jungkook takut sekiranya kehilangan Suga dalam masa terdekat. Dia juga berasa menyesal akan perbuatan biadapnya terhadap Suga. Selain itu, dia berasa sedih sebab dia merasakan dia hanya mementingkan dirinya sendiri dan bukan orang lain, serta dia tahu bahawa anak-anak muda sekarang turut melakukan kesilapan yang sama terhadap ahli keluarga mereka yang lebih tua.Akhir sekali, dia berasa risau sekiranya demam panas Yoongi hyung semakin teruk.

     Tidak lama kemudian, Jungkook terus mengusap rambut Suga dengan perlahan sambil menyeka air matanya lalu berbisik perlahan. "Hyung, saya betul-betul minta maaf sebab marah dekat hyung. Saya tak niat nak sakitkan hati hyung. Please don't leave me, hyung. Saranghae..."

     Akhirnya, Jungkook kembali terlena di birai katil Suga.


Don't Leave Me! ✔️Where stories live. Discover now