~9.00 p.m, BTS' House~
BTS akhirnya tiba di rumah mereka, manakala Diana dihantar pulang ke rumahnya di mana abang kembarnya menyambut kepulangannya.
Sementara beberapa orang ahli BTS terus ke bilik mereka untuk berehat, Jungkook pula terus membawa Suga ke biliknya. Perasaan tidak puas hati terhadap prestasi Suga masih belum hilang.
Pintu bilik terus ditutup rapat namun tidak berkunci, lalu Jungkook mula berkata. "Hyung, saya ajak hyung datang sini bukannya sebab apa. Cumanya, saya betul-betul tak puas hati dengan prestasi hyung kat konsert tempoh hari. Berapa kali hyung nak ulang kesilapan yang sama macam dulu?" betapa marah Jungkook dibuatnya.
Suga pada mulanya diam lalu bersabar dengan teguran si maknae. Akan tetapi, disebabkan Jungkook sudah dianggap tidak lagi hormat dengannya sebagai seorang hyung, dia terus berkata. "Jungkook, kalau awak nak tahu, hyung dah berkali-kali nak betulkan kesilapan yang hyung terbiasa buat. Tapi, hyung kadang-kadang rasa tak boleh sebab-" Jungkook terus memotong sebelum ayat Suga dihabiskan.
"Sebab apa, hyung? Sebab tekanan? Tolonglah jangan bagi alasan, hyung. Hyung bukan sorang je tau yang tertekan. Saya pun tertekan, hyung yang lain pun sama. Tolonglah, hyung jangan pentingkan diri sendiri, boleh tak? Fikirlah orang lain juga." Suga terus tersentak lalu berkata dengan marah.
"Sampai hati awak cakap kat hyung macam tu. Bila masa awak dah pandai mengajar orang tua ni? Ha?" dia terus menolak badan Jungkook ke dinding.
"Disebabkan hyung dengan yang lainlah, saya dah pandai mengajar orang tua. Lainlah kalau saya ajar Diana tu. Dia selalu ikut, tak ada pun nak membantah ke apa. Kenapa hyung tak dengar cakap saya?" bertapa marahnya Jungkook, sehinggalah dia tak sedar bahawa kata-katanya tadi agak menyinggung perasaan Suga.
Suga terus kelihatan berang lalu berkata. "Jungkook, baik kau tarik balik apa yang kau cakap kat aku tadi. Kalau tak aku-" baru sahaja tangan Suga mahu hinggap di pipi Jungkook, RM secara tiba-tiba membuka pintu bilik Jungkook.
"YA! Apa bising-bising ni, korang? Orang nak tidur pun tak boleh lah." katanya secara merungut sambil menggosok matanya.
Jungkook dan Suga terus menoleh ke RM. Suga pun terus mengadu. "Adik awak ni. Dia kata hyung ni pentingkan diri sendirilah, buat alasanlah. Tak faham hyung ni kat dia." dia pun terus beredar dari situ dengan perasaan marah yang masih berbaki.
"Tapi hyung, benda betul, kan? Kenapa dia tak fikir pasal masalah kita sekali? Asyik fikir masalah dia ja. Tak adillah." Jungkook pun terus merungut. Dia masih tidak puas hati dengan perangai Suga tadi.
RM hanya menggeleng kepala lalu berkata. "Mana boleh awak cakap macam tu dekat hyung. Tak baiklah. Lagipun, yoongi hyung kalau buat silap pun, dia tetap beruasaha untuk memperbaikinya. Cubalah awak faham." Jungkook hanya mampu mengeluh tidak puas hati. RM pun berkata lagi.
"Lagi satu, kalau nak minta seseorang tu buat sesuatu benda, jangan paksa. Bagi dia masa sekejap." Jungkook seakan tidak mendengar nasihat RM tadi.
Dia terus berkata. "Dahlah, hyung dengan yang lain pun sama ja. Malaslah nak layan." dia terus merajuk, kerana dia merasakan yang hanya dia sahaja yang kalah, manakala RM dan yang lain sahaja yang menang.
"Suka hati awaklah, Jungkook. Tak tahulah saya nak cakap apa lagi kat awak." kata RM lalu terus kembali ke biliknya. Kini, Jungkook masih tidak berpuas hati dengan masalah Suga tadi.
YOU ARE READING
Don't Leave Me! ✔️
AléatoireDiana dan kumpulan BTS baru sahaja pulang dari Taiwan setelah selesai konsert jelajah. Sebaik sahaja tiba di rumah mereka. Jungkook dan Suga terus berada di bilik Jungkook lalu bentengkar tentang pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh Suga ketika me...