Bab 10

11 3 0
                                    

~5 minutes later~

     Ketika sedang menikmati sarapan, Diana mula bertanya kepada Jungkook. "Oppa, cerita kat saya betul-betul. Oppa mumpi apa sampai muka merah tadi?" Jungkook terus berhenti menghirup air coklatnya lalu meletakkan cawannya di atas meja. Dia mula menghela nafas panjang sambil memegang tangan kiri Diana.

     "Woah, nanti dulu, oppa. Biar saya letak cawan saya dulu." katanya kerana takut minumannya tertumpah ke atas bajunya.

     Akhirnya, Diana sudah bersedia untuk mendengar luahan hati Jungkook. Namun, sebelum bermula Diana berkata. "It's okay, oppa. Kalau oppa rasa tak selesa ambil masa oppa sebanyaknya. Just take it slow." Jungkook pun mengangguk kepalanya perlahan.

     "Baik sayang. Cerita dia macam ni. Oppa termimpi kita berdua kat kampung oppa, di Mandeok, Busan. Masa tu kita tengah bercuti dekat pantai. Kita pun duduk berjemur kat situ sampailah oppa dapat phone call daripada V hyung. Katanya, Yoongi hyung kemalangan." Jungkook terus berhenti. Seperti yang Diana kata awal tadi, dia perlu ambil masa sebanyaknya. Tiba-tiba air mata Jungkook mula mengalir ke pipinya. Baginya apa yang dia akan katakan selapas ni akan menyakitkan lagi hatinya.

     Kemudian, dia pun meneruskan kata-katanya. "Lepas tu, oppa pun terus bawa adik pergi ke hospital ni juga dalam mimpi tu. Tapi waktu tu doctor kata Yoongi hyung dah tak ada."

     Diana berasa cukup terkilan selepas mendengar luahan Jungkook tadi. Dia tidak menyangka bahawa Jungkook akan mendapat mimpi ngeri seperti itu. Jungkook pun terus mengenggam erat kedua-dua tangan Diana sambil menangis. Seperti apa yang dia rasa sejak malam tadi, dia berasa sangat takut kehilangan seorang hyung, lagi-lagi kerana Suga merupakan penggubah lagu terbaik dalam BTS.

     Diana turut berasa sedih selepas mendengar luahan Jungkook, namun dia tak menangis. Dia hanya kelihatan tenang sahaja, kemudian dia berkata. "It's okay oppa. Bukan oppa seorang ja yang takut kehilangan seseorang. Saya pun sama, cuma saya reda selepas kehilangan abang sulung saya semasa saya kecil lagi. Tapi, oppa kena bersyukur sebab oppa masih ada seorang abang kandung yang sangat sayangkan oppa dari Busan sana, sekali dengan mak ayah oppa yang tinggal dekat dengan oppa. Lainlah dengan saya, keluarga saya dahlah jauh kat Malaysia. Saya ni pula tak boleh selalu ke sana." kata Diana.

     Sebaik sahaja mendengar kata-kata Diana tadi, Jungkook terus menyeka air matanya lalu berkata. "Tapi, kan Danial ada sekali dengan adik? Kenapa cakap macam tu?"

     Diana terus tertunduk kecewa lalu berkata. "Danial tu cuma pentingkan yeochin dia, Hyo Won tu ja. Bukan nak hairan kat saya sangat pun, tapi saya tetap sayang dia. Kadang-kadang, saya rasa cemburulah juga dengan yeochin dia tu sebab asyik berkepit ja dengan abang kembar saya tu." suasana di wad tersebut terus sepi buat seketika, sehingga Diana pun kembali bersuara.

     "Tapi sekarang yang paling penting, oppa kena ubah sikap terhadap Yoongi oppa dan semua orang. Oppa sekarang dah berusia 26 tahun, sepatutnya oppa dah jadi lebih matang daripada saya sebab oppa lebih tua daripada saya." kemudian, Diana terus mengangkat jari kelingking sebagai tanda perjanjian.

     "Boleh tak oppa janji dengan saya untuk berubah?" Diana hanya berharap supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi, walaupun kita tahu, hanya Tuhan sahaja yang menentukan masa depan kita.

     Mendengar sahaja nasihat yang panjang lebar daripada adik angkatnya itu, Jungkook mula berasa lega sedikit. Dia terus mengesat air matanya yang berbaki lalu mengangkat jari kelingkingnya. Akhirnya, jari kelingking mereka berkait sebagai tanda bahawa dia berjanji akan berubah ke arah yang lebih baik. Diana pun terus tersenyum puas lalu memeluk Jungkook, manakala Jungkook sudah berasa lega.


Don't Leave Me! ✔️Where stories live. Discover now