Bab 13

11 3 0
                                    

Sementara itu, Diana sedang berbual dengan ahli BTS yang lain. Dia baru sahaja habis menceritakan mimpi ngeri Jungkook yang menyebabkan Jungkook kelihatan seperti itu. Dia pun berkata. "Saya pun terkejut selepas saya dengar cerita pasal mimpi Jungkook oppa tu. Rupa-rupanya, Jungkook tetap sayangkan Yoongi oppa walaupun diorang bergaduh. Bila saya tengok balik, saya rasa happy sebab diorang dah mula berbaik semula." jelas Diana.

     "Ha, kalau macam tu legalah sikit. Saya harap, diorang bolehlah nak perbaiki kesilapan sesama sendiri." kata J-Hope sambil tersenyum sedikit lega, diikuti dengan member yang lain.

     Tiba-tiba, Jin pun menghampiri mereka. Ketika itu, dia baru sahaja keluar dari tandas hospital. Dia pun bertanya sambil memandang mereka dengan hairan. "Eh, korang tak masuk lagi ka? Buat apa lagi kat luar ni?"

     "Diana yang suruh kita tunggu dekat luar dulu, sebab nak bagi ruang kat Yoongi hyung dan Jungkook bersembang sekejap." kata Jimin. Dia dan member yang lain serta Diana tidak mahu mengganggu mereka berbual buat sementara waktu.

     Tiba-tiba, Diana terfikir sesuatu sambil berbisik dalam hati. "Oppa buat apa sampai lama sangat dalam tu? Takkan nak emo sampai berjam-jam kot?" 

     Di dalam wad pula, Suga mula berasa bersyurkur kerana Jungkook sudah berazam untuk mengubah sikapnya demi kebaikkan BTS dan lain-lain. Oleh itu, dia berkata. "Baguslah kalau awak dah sedar. Awak kena ingat, hidup ni sementara ja. Bila-bila masa ja kita akan pergi buat selama-lamanya. Jadi, awak kenalah berbuat baik dengan yang lebih tua. Bukan tu ja, kat Diana pun kena buat baik walaupun dia lagi muda daripada kita. Arasseo?"

     Jungkook yang kini sudah berasa lega selepas puas menangis terus berkata. "Ne hyung. Gomawo sebab bagi nasihat kat saya. Saranghae, hyung." dia pun memeluk kembali Suga. Dia tahu, dia akan jadi pewarisnya dan members yang lain.

     "Nado saranghae, Jungkook-ssi." kata Suga sambil membalas pelukan Jungkook.

     Tidak lama kemudian, pintu wad terbuka. Diana pun berkata. "Ha, oppa berdua dah habis sembang?"

     "Dah baru ja tadi. Cuma Jungkook ni biasalah kan? Sikit-sikit nak emosi." kata Suga bersahaja. Yalah sehari tak bergurau dengan Jungkook, rasa tidak lengkap baginya.

     "Ala, biar ja. Lama-lama nanti saya okaylah hyung." kata Jungkook. Sebenarnya, dia malu kerana diusik begitu. Namun, baginya tidak mengapa kerana bukan selalu dia diusik oleh Suga. Dia biasanya diusik oleh Jin, J-Hope, RM, V dan Diana.

     Sejak hari tu, hubungan antara Jungkook dan Suga semakin rapat. Setiap kali Suga membuat kesilapan dalam tarian, J-Hope, Jimin dan Jungkook akan bantu dirinya serta yang lain. Jungkook pula semakin hari semakin baik sikapnya terhadap BTS dan tidak lagi bersikap biadap terhadap mereka.

     Diana pula hanya tersenyum lega. Tiba-tiba, dia dikenangkan mendiang abang sulungnya lalu berbisik dalam hati. "Abang Logan, kalau abang masih ada, mesti abang seronok sebab dapat adik ipar yang baik macam Jungkook oppa. Tapi tulah, abang dah pergi dulu sebelum kami semua. Rest in peace, Logan."

     "Always respect and love the elders before they are gone, because there are no replacements of a loved one who left us behind."


                                                                            ~TAMAT~

Don't Leave Me! ✔️Where stories live. Discover now