~5 minutes later, at BTS House~
Sebaik sahaja mereka tiba, mereka terdengar sesuatu daripada perbincangan para ahli dan staf.
"Saya cadangkan kita hantar Suga ke Hospital Besar Seoul, supaya dapat menjalankan rawatan di sana." kata pengurus mereka kepada BTS. Sementara itu, Suga masih berada di biliknya, sedang tidur dengan lena.
Tiba-tiba J-Hope mula bersuara dengan nada risau. "Tapi hyung, kalau Suga hyung kat hospital, siapa nak temankan?"
"Saya!"
"Eh suara siapa tu?" pengurus BTS serta yang lain turut tertanya-tanya dalam diri mereka. Milik siapakah suara itu tadi?
"Saya boleh temankan Yoongi oppa kat hospital." kata Diana sambil mengangkat tangan kanannya. Rupa-rupanya, Diana yang mahu menjaga Suga secara sukarela di hospital. Semua yang berada di situ turut kagum dengan keberanian Diana, sehinggalah Jin merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Oleh itu Jin berkata. "Okay, oppa setuju sangat. Tapi kan, takkan Diana nak jaga dia seorang diri. Ada sesiapa tak, yang nak jaga Suga kat sana sekali?" tiba-tiba, Jungkook terus mengangkat tangannya sambil berkata.
"Biar saya yang ikut Diana sekali hyung. Saya tak boleh biarkan diorang berdua je yang berada di wad macam tu." pada mulanya, RM dan Jin berpandangan sesama sendiri. Mereka tidak pasti sama ada Jungkook mampu untuk menjaga Suga. Maklumlah, bukankah Jungkook dan Suga asyik bergaduh daripada semalam?
"Jungkook, sebelum awak nak pergi, baik awak ikut hyung sekejap. Jom." kata Jimin sambil menarik tangan Jungkook perlahan. Diana secara tiba-tiba sahaja berasa keliru sambil berbisik dalam hati.
"Eh, apahal pulak tu? Ni mesti pasal bergaduh dengan Yoongi oppa~!"
YOU ARE READING
Don't Leave Me! ✔️
RandomDiana dan kumpulan BTS baru sahaja pulang dari Taiwan setelah selesai konsert jelajah. Sebaik sahaja tiba di rumah mereka. Jungkook dan Suga terus berada di bilik Jungkook lalu bentengkar tentang pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh Suga ketika me...