Bab 9

11 3 0
                                    

~8.30 a.m.~

     Diana telah pun terjaga 15 minit sebelumnya lalu terus membersihkan diri. Selasai sahaja berbuat demikian, dia pun mula menyediakan minuman sarapan untuk dirinya dan Jungkook. Ketika itu, Jungkook dan Suga masih belum terjaga. Maklumlah, Jungkook pernah terjaga pada waktu tengah malam sehingga Diana tidak perasan.

     Sebaik sahaja minuman mereka siap untuk dihidang, Diana pun terus menuju ke birai katil sebelah kiri di mana Jungkook sedang tidur. Namun, ketika dia mahu mengejutkan Jungkook daripada tidur, dia terperasan bahawa mata dan hidung Jungkook merah semacam. "Jungkook oppa menangis ka malam tadi? Takkan sampai jadi macam ni." bisik hatinya. Diana tahu mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan Jungkook.

     Tiba-tiba Jungkook terus bergerak lalu membuka matanya. Akhirnya, dia telah bangun daripada tidur meskipun Diana tidak mengejutkannya. Sebaik sahaja Jungkook bangun dan terduduk, dia pun terus bertanya kepada Diana dengan wajah hairan. "Kenapa, tengok oppa macam tu, sayang? Ada benda tak kena ka kat oppa?"

     Lamunan Diana terus terhenti lalu dia terus berkata. "Eh? Taklah, nothing at all. Saya cuma pelik sebab mata dan hidung oppa merah semacam masa oppa tidur. Oppa okay ke tak sebenarnya?"

     Jungkook terus terkejut sebaik sahaja Diana berkata begitu terhadapnya. "Alamak nampak sangat ka rupa aku macam ni?" hatinya terus tertanya-tanya. Dia berasa malu sebab dilihat seperti itu.

     Jungkook terus berkata. "Ish dahlah. Oppa nak basuh muka kejap."


Don't Leave Me! ✔️Where stories live. Discover now