Bab 7

12 3 0
                                    

~8.00 p.m. Hospital Besar Seoul~

     Suga telah pun mendaftarkan diri ke wad 5 di hospital tersebut. IV juga kini sedang dimasukkan ke dalam badan Suga yang masih terlena. Bukan itu sahaja, Jungkook, Diana dan beberapa orang staf turut berada di wad tersebut untuk menjaga Suga dengan rapi.

     Setengah jam kemudian, mereka terus pulang semula ke pejabat Big Hit, kecuali Jungkook dan Diana. Mereka berdua berhasrat untuk menetap di wad hospital bagi menjaga Suga untuk beberapa hari. Mujurlah mereka telah membawa pakaian lebih berserta keperluan peribadi yang lain.

     "Ini semua salah oppa. Kalau oppa tak bergaduh dengan Suga hyung, tak jadi macam ni." kata Jungkook pasrah. Betapa bersalahnya rasa dalam diri Jungkook sejak Suga disyaki demam panas.

     Diana yang asyik dengan telefon pintarnya di sofa hospital terdengar keluhan pasrah Jungkook tadi lalu berkata. "Ish, apa oppa ni? Tak baik tau. Sepatutnya, kita kena berdoa kat Tuhan supaya Yoongi oppa cepat sembuh. Ini tak, mengeluh pula depan Yoongi oppa tu. Buat apa?" Jungkook hanya tersengih malu bercampur rasa bersalah. Suasana di dalam wad tersebut terus senyap, sehinggalah Jungkook terus menuju ke sofa hospital di mana Diana sedang duduk. Dia terus bersandar lalu memeluk pinggang Diana.

     "Betul juga cakap adik. Patutnya oppa kena jadi positif, bukannya negetif." kata Jungkook.

     "Ha macam tulah saya nak dengar sayang oppa." kata Diana sambil tersenyum. Kemudian dia menyandarkan kepala pada badan Jungkook. Dia sangat kagum kerana akhirnya Jungkook kembali positif.

~2.30 a.m.~

     Semua pesakit di hospital telah terlena. Sebahagian daripada staf hospital turut pulang ke tempat kediaman masing-masing. Diana pula hanya tertidur di sofa hospital. Dia kelihatan begitu letih kerana dia dan Jungkook asyik menguruskan Suga.

     Jungkook pun tertidur, tapi dia terduduk di atas kerusi serta kepalanya diletakkan di birai katil. Nampak sahaja nyenyak tidur, tetapi sebenarnya, dia seakan mimpi sesuatu yang baginya agak mengerikan.

Don't Leave Me! ✔️Where stories live. Discover now