Di dalam wad pula, Jungkook sedang menggenggam tangan Suga dengan erat. Suga pula terduduk di atas katilnya lalu mengesat air mata Jungkook. Oh, nampaknya Jungkook mahu meluahkan sesuatu terhadap Suga. "cakap ja Jungkook, hyung dah tak marah awak. Jangan takut sangat." kata Suga secara memujuk. Jungkook mula menghela nafas panjang untuk menenangkan dirinya.
"Yoongi hyung, saya sebenarnya rasa menyesal sangat atas apa yang saya dah buat pada hyung. Sebenarnya, bukan hyung nak pentingkan diri sendiri, tapi saya. Selama ni, saya hanya fikir untuk mendapat hasil yang terbaik daripada BTS. Saya hanya pentingkan keputusan cemerlang dari setiap member, tapi rupa-rupanya saya salah." tidak lama kemudian, air mata Jungkook kembali mengalir. Sebenarnya, rasa sakit serta menyesal di dalam dirinya masih belum hilang.
"Baru saya faham yang sebenarnya sesuatu yang kita buat tu tak selalunya sempurna, dan rasanya selama ni, saya terlepas pandang pasal tu." kata Jungkook.
Tiba-tiba, Jungkook terus memeluk Suga dengan penuh erat lalu berkata. "I'm truly sorry, sebab selama ni saya banyak memaksa hyung buat itu ini. Hyung jangan tinggalkan saya tau." muka tangisannya turut disembunyikan. Walau sakit mana pun hatinya sehingga dia menjadi begitu, dia tak sanggup membiarkan Suga melihat dirinya begitu lama-lama.
"Hah? Kenapa Jungkook cakap macam tu? Hyung bukannya sakit teruk pun kat sini?" Suga pun berkata sambil membuat muka pelik. Menurut pandangannya sendiri, apa yang menyebabkan Jungkook berfikiran seperti itu. Kemudian, Jungkook mula menenangkan dirinya sambil menyeka air matanya. Nampaknya, dia perlu juga menceritakan mimpi ngerinya terhadap Suga, supaya Suga dapat memahami sebab di sebalik kata-kata Jungkook tadi.
Oleh itu, Jungkook pun memulakan kata-katanya. "Sebenarnya..."
YOU ARE READING
Don't Leave Me! ✔️
RandomDiana dan kumpulan BTS baru sahaja pulang dari Taiwan setelah selesai konsert jelajah. Sebaik sahaja tiba di rumah mereka. Jungkook dan Suga terus berada di bilik Jungkook lalu bentengkar tentang pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh Suga ketika me...