Bab 6

13 3 0
                                    

~Di bilik J-Hope, Jimin dan V~

     "Betul ke awak bergaduh dengan Suga hyung? Kenapa korang bergaduh?" rupa-rupanya, Jimin sendiri tidak menyangka bahawa Jungkook sudah mula bergaduh dengan Suga.

     Jungkook hanya mampu diam, manakala Jimin berkata lagi dengan nada marah. "Hyung tak fahamlah. Sejak bila awak dah mula cari pasal dengan orang lain, eh? Siapa ajar awak buat macam tu? Hah?" tidak lama kemudian, Jin, J-Hope, RM, V dan Diana turut masuk ke bilik tersebut. 

     Sebenarnya, mereka terdengar suara kuat milik Jimin dari luar bilik. V pun berkata kepada Jimin dan Jungkook. "Apa bising-bising ni, Jimin? Kenapa ni, Jungkook? Awak ada buat apa-apa ke?" Jungkook masih terdiam, sehinggalah dia terasa sesak di dada. 

     Jimin pun mula berkata secara memaksa. "Cakaplah, Jungkook! Susah sangat ka?!"

     Diana juga turut terkejut akibat suara marah Jimin. Akhirnya, dia pun memilih untuk membela Jungkook. "Sudahlah! Kenapa dengan Jimin oppa ni? Janganlah paksa Jungkook oppa macam tu, kesian dia. Macam ni lah, biar saya yang terangkan semuanya." Jungkook terus memandang wajah Diana yang begitu berani untuk bersuara. Ketika itu, air mata Jungkook terus mengalir di pipinya. Betapa takutnya Jungkook akibat dimarahi BTS tadi. Namun, dia berasa sangat kerana Diana ada di situ.

     Diana pun mula penerangannya. "First of all, Jungkook oppa bergaduh dengan Yoongi oppa sebab Jungkook oppa terperasan yang Yoongi oppa banyak buat kesilapan tarian semasa buat persembahan kat Taiwan tempoh hari. Hanya sebab itulah, Jungkook oppa tak puas hati langsung dengan prestasi Yoongi oppa. Dia sendiri cakap kat saya macam tu." jelas Diana.

     Jimin dan V terus menoleh ke arah Jungkook, manakala Jungkook mula menyeka air matanya. Sebenarnya, Jungkook berasa sakit hati dengan masalah yang ditimpa. Tidak kiralah apa-apa pun masalah, reaksinya tetap sama. Kadang-kadang boleh jadi lagi teruk.

     Kemudian Diana berkata lagi. "Bukan itu ja, tadi pun dia memang ada hantar dokumen kat saya. Tetapi, benda tu hanya saya dengan Jungkook oppa ja yang tahu. Oppa kita ada buat dokumen tadi tu, kan?" Jungkook hanya mengganguk perlahan.

     Namun, J-Hope masih tidak faham akan situasi yang sebenar lalu berkata. "Tapi kan, apa kaitan dokumen yang korang buat dengan pergaduhan Jungkook dengan Suga hyung? Macam tak masuk akal ja."

     Diana hanya tersenyum lalu berkata. "Ha, pasal dokumen tu, saya dan Jungkook oppa akan uruskan. But for now, kita jangan buat masalah ni jadi lebih rumit. So, biar saya dan Jungkook oppa ja yang jaga. Jom, oppa!" Diana pun terus beredar. Jungkook pula masih bersandar pada dinding, masih dalam ketakutan. Air matanya juga tidak berhenti mengalir. Well, dah namanya takut kan?

     Jimin yang kini kembali tenang terus berkata. "Tak apalah, Jungkook. Hyung minta maaf sebab marah-marah awak tadi. Awak boleh pergi dengan Diana tu. Jaga diri baik-baik tau?"

     "Arasseo, hyung. Gomawo." kata Jungkook sambil menunduk hormat. Akhirnya, dapatlah Jungkook beredar dari situ dengan pantas. 

     Manakala ahli BTS yang masih berada di situ agak berasa bersalah terhadap perbuatan mereka tadi.

Don't Leave Me! ✔️Where stories live. Discover now