"TOLONG!"
Hanessa tersentak dari lenanya yang panjang. Matanya juga terbuka luas. Nafasnya tercungap-cungap dan tubuhnya basah dek peluh.
Tangannya bergeletar dengan rasa cemas yang menggila.
Dia masih teringat-ingat saat ngeri itu—dirinya terperangkap, kesakitan yang perit, dan panggilan suramnya ketika terfikirkan wajah Tengku Ezriq di akhir mimpinya.
Hanessa menarik nafas sedalam-dalamnya. Hanessa cuba menenangkan dirinya, tetapi bayangan mimpi itu masih melekat dan membuatkan hatinya berdebar-debar.
Kerongkong terasa perit. Hanessa menelan liur. Hanessa menyelak selimut dan melunjurkan kakinya ke bawah.
Dengan langkah perlahan, Hanessa membuka pintu bilik dan terus ke tingkat bawah untuk ke dapur.
Sampai di hadapan peti sejuk, Hanessa membuka dan mengeluarkan botol yang berisi jus oren.
Tengku Ezriq mahu merangkul tubuh di sebelahnya, namun dia merasakan tidak ada orang di sebelahbya. Tengku Ezriq yang biasanya tidur lena mula terasa sesuatu yang sedikit aneh.
Matanya dibuka perlahan dan Tengku Ezriq mendapati ruang di sebelahnya kosong.
Pandangan matanya sedikit kabur, tetapi cukup untuk melihat tiada siapa di sisinya. Rasa cemas mula muncul dalam benaknya.
"Hanessa?" panggil Tengku Ezriq dengan suara serak, namun tiada sahutan.
Tanpa berlengah, Tengku Ezriq bangun dan mula mencari Hanessa. Hatinya berdebar-debar serta bimbang akan sesuatu yang tak pasti.
Dari bilik tidur sehingga dia menelusuri tangga, matanya liar mencari setiap sudut.
Sehingga akhirnya, di dapur dia melihat Hanessa duduk di tepi sinki yang sedang memegang gelas.
Hanessa masuh termenung jauh seolah-olah tidak nampak kelibat Tengku Ezriq yang mendekatinya.
Perlahan-lahan, Tengku Ezriq mendekati Hanessa dan laju sahaja dia menarik Hanessa ke dalam pelukannya.
Erat.
Tengku Ezriq seakan-akan tidak mahu melepaskan Hanessa lagi.
Hanessa sedikit terkejut, namun tanpa disedari, air matanya mula berlinangan dan mulai jatuh setitis demi setitis di bahu Tengku Ezriq.
Tengku Ezriq menahan nafas. Hatinya mula risau melihat Hanessa sebegitu.
"Kenapa ni, Hanessa? Are you okay?" suara Tengku Ezriq jelas lembut dan penuh prihatin.
Hanessa menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia cuba mengumpulkan kekuatan untuk menjelaskan.
"S—saya mimpi buruk." suara Hanessa tersangkut-sangkut. Memori mimpi itu kembali bermain dalam fikirannya.
"Dalam mimpi tu… saya kemalangan, tersepit… dan saya rasa macam nak mati." Tengku Ezriq terasa jantungnya berhenti berdegup sejenak. Tengku Ezriq terus mengetatkan pelukan dan menggosok belakang Hanessa dengan perlahan.
"Itu cuma mimpi, Hanessa. Aku ada di sini. Kau kena ingat tu. Aku ada di sini."
"Aku ada di sini."
Empat patah perkataan, satu ayat dan membuatkan hatinya berasa tenang seketika.
Namun, Hanessa masih tidak dapat menahan rasa takut yang menyelinap dalam dirinya. Hanessa membiarkan air matanya terus mengalir.
Hanessa mengeratkan pelukan antara Tengku Ezriq dan dia. Ia seolah-olah hanya dalam pelukan Tengku Ezriq sahaja, Hanessa dapat membuang rasa takut akan mimpi tersebut.
TBC
YOU ARE READING
𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗
RomanceTengku Ezriq Eiyad x Hanessa Elvira Hanessa Elvira. Entah bagaimana dia tersangkut dengan satu jejaka dingin. Berkerja di rumah Tengku Eric membuatkan hari-harinya lebih indah tanpa mimpi ngeri itu. Namun, adanya anaknya, hidupnya sedikit demi sedik...