19

20 4 0
                                    

MALAM yang dinantikan akhirnya tiba.

Dewan besar yang dihias indah dengan cahaya lampu kristal dan bunga-bungaan segar menjadi saksi kepada majlis resepsi Tengku Ezriq dan Hanessa. Di sekeliling para tetamu yang hadir adalah keluarga terdekat dan rakan-rakan yang rapat sahaja. Majlis itu tampak mewah, tetapi masih mengekalkan suasana intim dan penuh kasih.

Hanessa, dalam busana pengantin yang anggun dan menawan, melangkah masuk ke dewan dengan tenang dan diiringi oleh Puan Sri Haniya dan Tan Sri Arham. Senyuman tidak lekang langsung dari wajahnya walaupun debaran di hatinya masih ada.

Malam ini, dia adalah perhatian semua mata dan dia tahu betapa pentingnya majlis ini dan bukannya untuk Hanessa sahaja, tetapi juga untuk keluarganya.

Di hadapan Hanessa, terdapat Tengku Ezriq yang segak dalam suit hitam klasik.

Wajahnya masih beku seperti biasa, tetapi matanya tidak beralih langsung dari Hanessa. Tengku Ezriq tidak menunjukkan banyak emosi. Ia seperti biasa dengan sifat pendiamnya tetapi setiap gerak gerinya menunjukkan bahawa dia tetap menghargai momen itu.

Sambil memerhatikan isterinya mendekat, Tengku Ezriq menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat. Satu gerakan halus yang tidak disedari ramai orang.

Hanessa bersama senyuman kecil, menghampiri suaminya dan berdiri di sisi Tengku Ezriq di pentas utama.

Mereka berdua menyambut tetamu dengan mesra dan gembira. Hanessa, dengan sifatnya yang ceria dan ramah, seringkali memulakan perbualan dengan tetamu serta mengucapkan terima kasih dan menerima pujian yang datang.

Namun, Tengku Ezriq hanya menjawab dengan ringkas. Ia juga menjaga nada suaranya agar rendah dan lembut apabila menjawab. Tengku Ezriq hanya bercakap apabila perlu. Tengku Ezriq langsung taknak berpisah dengan sikap introvertnya yang membuatkan dia sedikit sukar didekati orang ramai.

Namun, kehadiran Tengku Ezriq masih dirasai kuat oleh semua orang yang berada di situ, walaupun dia tidak banyak bicara.

Tengku Erina dan Tengku Elman berada di tengah-tengah para tetamu untuk berbual dengan keluarga dan kenalan lama.

Mereka berdua bangga dengan perkahwinan anak mereka, terutamanya melihat bagaimana majlis itu berjalan dengan lancar.

Ketika sesi makan bermula, Hanessa dan Tengku Ezriq mengambil tempat mereka di meja utama.

Hanessa, yang sudah mula terbiasa dengan sikap dingin Tengku Ezriq, tidak langsung terasa janggal.

Hanessa faham bahawa suaminya tidak pandai menzahirkan perasaan seperti yang dilakukan orang lain. Namun, dia tetap menghargai kehadiran Tengku Ezriq di sisinya walaupun dalam diam.

Makan malam itu berlangsung dengan penuh tertib.

Muzik lembut mengiringi suasana dan tetamu menikmati hidangan sambil berbual-bual. Sesekali, Hanessa menoleh kepada Tengku Ezriq yang duduk di sebelahnya. Walaupun Tengku Ezriq kelihatan tenang, Hanessa tahu bahawa suaminya cuba yang terbaik untuk menyesuaikan diri dengan suasana itu.

Hanessa menghargai usaha itu.

Selepas makan, majlis diteruskan dengan acara memotong kek. Kek besar dan indah itu diletakkan di hadapan mereka dan dihiasi dengan bunga segar serta warna-warna lembut yang sesuai dengan tema majlis.

Hanessa dan Tengku Ezriq melangkah ke hadapan kek. Tangan mereka bersentuhan seketika untuk memotong kek bersama.

"Awak dah bersedia?" Hanessa bertanya lembut sambil tersenyum manis.

Terpesona Tengku Ezriq melihat senyuman manis Hanessa itu.

"Selagi kau ada dekat sini, aku bersedia." jawab Tengku Ezriq ringkas dan membuatkan Hanessa tersenyum lebih lebar.

'Aihh! Dah banyak rama-rama terbang dalam perut aku ni!"

Mereka memotong kek dengan tangan bersama dan diiringi tepukan dari para tetamu. Walaupun suasana penuh kegembiraan, Tengku Ezriq tetap tenang seperti biasa, hanya memberi senyuman kecil kepada tetamu yang datang mengucapkan tahniah.

Tengku Ezriq tidak memerlukan kata-kata yang banyak kerana kehadirannya dan sokongannya terhadap Hanessa sudah cukup membuatkan orang lain faham perasaannya.

Eyash seperti biasa, menceriakan suasana dengan gelak tawa dan kecomelannya. Dia berlari-lari kecil di sekitar pentas dan itu membuatkan Eyash menarik perhatian tetamu dan membuatkan mereka semua tertawa kecil.

"Mummy! Daddy! Eyash nak makan kek!" laung Eyash lalu menggoyangkan tangan Hanessa.

Hanessa ketawa kecil. Dia membongkok dan terus mencium pipi anak Eyash.

"Eyash boleh makan kek. Nanti mummy suapkan, ya." jawab Hanessa lalu mencuit hidung Eyash.

"Otayy!"

Majlis resepsi berakhir dengan suasana yang penuh dengan kasih dan kegembiraan. Walaupun Tengku Ezriq kekal dengan sifat introvertnya, Hanessa tahu bahawa di sebalik sikap itu, Tengku Ezriq adalah suami yang penyayang dengan caranya sendiri.

Hari ini adalah permulaan baru buat mereka berdua dan Hanessa yakin mereka akan hadapi segalanya bersama walaupun dengan perbezaan sikap yang ketara antara mereka.

Di akhir malam ketika majlis sudah hampir tamat, Tengku Ezriq berbisik perlahan kepada Hanessa secara sembunyi.

Maluu! Nanti orang nampak.

"Terima kasih, kerana terima aku walaupun aku mungkin tak seperti orang lain."

Hanessa tersenyum lembut. Tangannya mencapai tangan Tengku Ezriq lalu dengan segera memegangnya dengan erat.

"Tak apa. Saya terima awak seadanya. Awak tak perlu jadi orang lain. Cukup je jadi diri awak sendiri."

Dan dengan itu, mereka melangkah keluar dari dewan untuk memulakan kehidupan baru sebagai suami isteri.

TBC

𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗 Where stories live. Discover now