"KAU, Nisa?"
Hanessa mengangguk kepala. "Kenapa?"
Tengku Ezriq diam seketika. "Akhirnya." perlahan sahaja suara Tengku Ezriq. Patutlah muka nak sama.
Hanessa garu kening. "Kenapa akhirnya pula?"
Tengku Ezriq menggeleng laju. "Kau tak perlu tahu. Dah, jom. Biar aku masak dinner untuk malam ni." sejurus itu, Tengku Ezriq terus berlalu meninggalkan Hanessa dalam keadaan terpinga-pinga.
Tanpa aba-aba, Hanessa terus mengikut langkah Tengku Ezriq.
─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──
Makanan terakhir diletakkan di atas meja. Hanessa ternganga sebentar.
"Banyaknya awak masak." melopong mulut Hanessa melihat pelbagai jenis makanan yang berada di hadapannya. Itu tidak termasuk lagi dengan pencuci mulut.
"Awak nak buat kenduri ke apa ni? Kita makan berdua je, kut... Kalau ada Eyash, takpa lah kita makan banyak ni. Awak ni pula menghabiskan makanan dekat rumah ni. Awak tahu kan membazir itu amalan syaitan? Sukalah tu ikut perangai syaitan? Jadi syaitan tiba-tiba karang baru tahu." Hanessa menutup mulutnya setelah lama dia membebel. Terlepas pula ayat akhir itu. Baru sahaja nak kutuk di dalam hati.
"What? Kau panggil aku setan?" Tengku Ezriq mengangkat kening sambil merenung tajam ke arah Hanessa.
Hanessa sengih panjang. "Mana ada. Mana ada maniss~" meleret-leret Hanessa membalas.
Tengku Ezriq menggeleng kepala. Mesti ikut perangai Tasneem ni. Harap-harap, Eyash tak jadi macam mak dia lah.
"Kalau aku masak banyak pun, ada masalah ke?" soal Tengku Ezriq.
"Ada! Masalahnya, awak tak pernah langsung masak banyak-banyak macam ni. Kalau masak pun, simple-simple je untuk kita berdua makan."
Tengku Ezriq mengangguk. "Okay, kalau macam tu, setiap hari aku masak banyak-banyak untuk kesayangan aku ni, eh?" Tengku Ezriq tersenyum nipis.
Hanessa berdehem sebentar. Malu pula dipanggil kesayangan oleh orang yang tercinta.
"Weird!"
Tengku Ezriq melakar senyuman lagi. Tapi kali ini, lebih lebar.
Hanessa mengalihkan pandangan ke arah lain.
Tangan laju mengambil ayam panggang dan diletakkan di atas pinggannya.
"Sudah, jom makan." dengan cepat, Hanessa menukar topik.
Setelah lima kali menyuap nasi, Hanessa berhenti seketika.
"Kenapa awak tak makan?" tanya Hanessa sambil merenung wajah Tengku Ezriq.
"Ada orang tu lupa. Patutnya, lebihkan lah dahulu suami dia. Tapi, pentingkan diri sendiri pula." cebik Tengku Ezriq.
Tercengang Hanessa melihat tingkah laku Tengku Ezriq. Sudah serupa kanak-kanak!
"Yelah, maafkan darling mu yang cutie, cuteness, cute, and comel ni." tangan laju mencapai senduk dan menyenduk nasi di periuk nasi. Setelah itu, pinggan diletakkan di depan Tengku Ezriq.
Tengku Ezriq senyum senget. Cute ke?
"Hubby terima maaf dari isteri hubby yang beautiful, beauty, gorgeous, stunning, lovely, radiant, elegant, attractive, exquisite and magnificent ni."
Amboi! Taknak kalah langsung.
Terasa ada sesuatu yang panas di pipi Hanessa. Tersenyum malu dia melihat Tengku Ezriq.
"Gatal!"
"Aku gatal? Aku bagi gelaran je. Bukan aku nak menggatal dengan kau pun."
Hampeh punya Tengku Ezriq!
Punya lah aku blushing sampai planet Pluto tadi."Kalau macam tu, saya tertariklah dengan awak. Awak tertarik tak dengan saya?" Hanessa mengelip mata berkali-kali sambil memandang ke arah Tengku Ezriq yang jelas terkedu sebentar itu.
Mula dah beruk ni...
"Why not. Kau pun apa kurangnya. Tapi aku tak suka engkau pun. Dah lah perangai macam hampeh!"
Hm, perangai macam hampeh dia panggil aku? Tak sedar yang dia tu bukan setakat hampeh. Riak, beku, sombong, dan semua lah...
Hanessa menjeling tajam. Hanessa bangun dari tempat duduknya dan terus mengambil pinggan kotor untuk dibawa ke sinki. Sempat kedua kakinya dihentakkan di atas marmar.
Tengku Ezriq senyum lucu. "Betul kata kau, Elvira. Kau comel."
TBC
YOU ARE READING
𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗
RomanceTengku Ezriq Eiyad x Hanessa Elvira Hanessa Elvira. Entah bagaimana dia tersangkut dengan satu jejaka dingin. Berkerja di rumah Tengku Eric membuatkan hari-harinya lebih indah tanpa mimpi ngeri itu. Namun, adanya anaknya, hidupnya sedikit demi sedik...