22

23 4 0
                                    

SEJAK kejadian di KLIA minggu lepas, Hanessa mula mengambil langkah pertama untuk merapatkan hubungan mereka.

Walaupun Tengku Ezriq tetap dengan sikap dinginnya, Hanessa tidak mahu berputus asa. Dia mula menunjukkan kasih sayangnya dengan cara yang kecil, namun bermakna.

Pagi itu, ketika Tengku Ezriq sedang bersiap untuk pergi kerja, Hanessa sedang menyediakan sarapan di dapur.

Dia tahu bahawa Tengku Ezriq bukanlah jenis yang suka sarapan pagi, tetapi dia tetap menyediakan roti bakar dan kopi kegemaran Tengku Ezriq.

Sejurus Tengku Ezriq turun dari tangga, Hanessa tersenyum lebar dan menyambutnya dengan penuh ceria.

"Awak nak makan dulu sebelum pergi kerja tak?" tanya Hanessa sambil menunjukkan secawan kopi di atas meja.

Tengku Ezriq mengerutkan kening. Dia tidak biasa dengan layanan manis seperti itu, lebih-lebih lagi daripada Hanessa yang kini lebih mesra dari sebelumnya.

Kalau boleh, biar dia yang mulakan langkah dahulu.

"Aku tak lapar."

Hanessa hanya tersenyum kecil.

"Saya tahu. Tapi sekurang-kurangnya minum lah kopi ni dulu. Penat tau saya buat."

Tengku Ezriq diam seketika dan memandang cawan kopi itu dengan sedikit rasa bersalah.

Dia tahu Hanessa berusaha, tapi dia masih belum biasa dengan semua ini.

Akhirnya, Tengku Ezriq mencapai jua cawan itu dan menghirup sedikit kopi tersebut.

"Terima kasih." kata Tengku Ezriq perlahan.

Hanessa tersenyum lebih lebar.

"Takda masalah. Saya cuma nak pastikan awak tak lapar sebelum kerja."

Walaupun Tengku Ezriq kelihatan tidak terlalu responsif, Hanessa dapat merasakan perubahan kecil.

Dia tahu, lelaki itu masih malu-malu untuk menunjukkan perasaannya. Tetapi Hanessa tidak kisah. Dia suka cabaran ini—membuka hati Tengku Ezriq perlahan-lahan.

Tunggulah nanti!

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

Selepas Tengku Ezriq pulang dari kerja, Hanessa mengambil inisiatif untuk membuatkan suasana lebih santai.

Hanessa meletakkan kopi dan kuih kegemaran suaminya di atas meja.

Tengku Ezriq terkejut melihat Hanessa yang begitu rajin melayaninya. Tengku Ezriq melabuhkan punggung di atas kerusi dengan sedikit kekok. Dia tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas.

Hanessa memandangnya dengan senyuman nipis. "Penat ke? Alololo. Hari ni macam mana kerja?" Hanessa cuba mengajak Tengku Ezriq berbual.

Tengku Ezriq mengusap leher sebelum mengangguk. "Biasa je."

Hanessa mendekat dan duduk di sebelah suaminya. Hanessa menghulurkan piring kuih kepada Tengku Ezriq dan membuatkan lelaki itu merasa sedikit tak keruan.

"Saya ada masa lapang tadi, jadi saya buat kuih. Harap awak suka." Hanessa senyum comel.

Tengku Ezriq memandang piring di tangan Hanessa. "Kau tak perlu lah buat semua ni…"

Hanessa ketawa kecil. "Saya isteri awak, kan? Tak salah kalau saya nak manjakan suami saya sekali-sekala."

Tersedak Tengku Ezriq dibuatnya. Mukanya mula memerah, tetapi dia cuba sembunyikan.

Hanessa tersenyum puas melihat Tengku Ezriq yang mula menunjukkan sisi lembut yang disembunyikannya selama ini.

Hanessa tahu lelaki itu sebenarnya pemalu, walaupun dia cuba berlagak tenang.

Dalam diam, Tengku Ezriq menyuap kuih yang dibuat Hanessa itu ke mulutnya dan tersenyum kecil tanpa disedari.

"Sedap." komen Tengku Ezriq.

Hanessa tertawa lembut. Begitu gembira dia  mendengar pujian ringkas itu. "Awak tak perlu malu-malu dengan saya. Saya bukan orang lain pun. Isteri awak juga." dipegang sekejap lengan Tengku Ezriq.

Namun peliknya, Tengku Ezriq hanya merelakan sahaja. Hanessa memandang Tengku Ezriq, lalu tersenyum lebar.

'ARGHH!'

Tengku Ezriq hanya tersenyum sedikit sambil memandang ke arah lain.

Selangkah demi langkah, Hanessa yakin yang dia akan menawan hati suaminya sepenuhnya.

TBC

sikit je hari ni..

𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗 Where stories live. Discover now