17

11 3 0
                                    

HARI yang ditunggu-tunggu semakin hampir.

Hanessa berdiri di hadapan cermin besar di butik pengantin mewah itu sambil matanya memerhati setiap perincian pada baju kahwin yang bakal dipakainya minggu depan.

Gaun putih bersama hiasan sulaman emas di hujung kain tampak sempurna di tubuhnya dan seolah-olah ianya direka khas untuknya.

Hanessa menoleh ke arah keluarganya yang turut hadir untuk sesi fitting hari itu.

Puan Sri Haniya memandang anak perempuannya dengan penuh kagum.

"Wah! Cantiknya anak mama." Puan Sri Haniya menghampiri Hanessa untuk membetulkan sedikit bahagian gaun yang terlipat.

"Terima kasih, mama."

Fuhh! Hatinya berdebar memikirkan perkahwinan yang semakin hampir.

Sambil memandang ke arah Puan Sri Haniya dan Tan Sri Arham, Hanessa tahu betapa besar harapan yang mereka letakkan padanya untuk menjalani kehidupan baru bersama Tengku Ezriq.

Tengku Elman pula hanya tersenyum tenang dari tempat duduknya. "Saya rasa gaun ni memang cukup sempurna. Tak perlu diubah lagi."

Matanya setia memandang gerak-geri isterinya. Kepochi sungguh!

Tengku Erina yang berdiri di samping Hanessa, menoleh.

"Ez, tengoklah Hanessa. Nanti dah jadi isteri kamu, mesti Ez bangga." suaranya jelas ada kegembiraan dalam nada tersebut.

Tengku Ezriq hanya berdiri di sudut bilik dan matanya memerhati Hanessa dengan senyuman tipis. Seperti biasa, Tengku Ezriq tidak banyak berkata-kata. Namun, pandangan matanya seolah-olah cukup untuk menyampaikan apa yang dirasakannya.

"Cantik." itu saja yang keluar dari mulutnya.

Sangat ringkas tapi cukup untuk membuatkan Hanessa tersenyum lebih lebar.

'ARGHH! SUKANYAA!'

Di butik itu, suasana agak tenang. Tengku Elman dan Tengku Erina berbual-bual kecil dengan Puan Sri Haniya tentang persiapan terakhir. "Tengku Eric dan Rian tak datang, ye? Tak perasan pula Hani tadi." tanya Puan Sri Haniya. Dia sedikit hairan dengan ketiadaan dua ahli keluarga itu.

"Eric ada urusan perniagaan di luar negara dan Rian pula sibuk dengan tugasan universiti. Tapi mereka janji akan ada untuk majlis nanti. Insyaallah. Doa-doakan lah." jelas Tengku Erina dengan senyuman manis di bibir.

Hanessa mendengar perbualan itu sambil terus memerhati dirinya di cermin. Hanessa tahu bahawa hari yang dinantikan oleh semua orang sudah semakin dekat.

Tetapi percayalah. Dalam hatinya masih ada rasa tidak percaya bahawa dia akan segera menjadi isteri kepada Tengku Ezriq.

Lelaki yang beku dan yang jarang berbicara perlahan-lahan sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

"Mummy. Eyash boleh pakai baju macam mummy tak?" tiba-tiba suara kecil menyapa Hanessa dan memecah lamunan panjang Hanessa.

Eyash yang sedang bermain di sudut bilik terus berlari untuk mendapatkan Hanessa.

Hanessa tergelak kecil. Tangannya mengusap kepala Eyash. "Eyash. Eyash kena tunggu besar dulu baru boleh pakai baju macam mummy ni."

Bukan maksudnya suruh pakai baju pengantin wanita! Tetapi baju pengantin suaminya. Eh! Bakal suaminya.

Tengku Erina tertawa kecil melihat gelagat Eyash. "Bonda rasa Eyash lagi teruja dari kita semua."

"Betul, betul, betul! Eyash dah tak cabar nak tengok mummy tawinn!" Eyash menyambung sambil ketawa kecil.

"Baguslah. Eyash ni makin lama makin rapat dengan Ez. Lepas ni, mesti makin mesra dengan daddy baru, kan?" usik Tan Sri Arham.

Hanessa tersenyum walaupun hatinya sedikit berdebar memikirkan perubahan besar yang bakal berlaku dalam hidup mereka.

"Minggu depan last aku hidup bujang. Yeay!' bisik Hanessa pada dirinya sendiri sambil matanya sekali lagi tertancap pada refleksi dirinya di cermin.

Gaun itu, ikatan ini semuanya terasa seperti mimpi yang hampir menjadi kenyataan.

TBC

𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗 Where stories live. Discover now