23

22 4 2
                                    

"MUMMY" lantang suara Eyash menghiasi rumah agam Tengku Elman.

"Ya, sayang. Jangan lari, nanti jatuh." sampai sahaja di hadapan Hanessa dan Tengku Ezriq, terus dipeluk kedua orang tuanya itu.

"Best tak jalan-jalan dengan Maksu dekat Cameron Highlands?" sambil ditanya, ditarik tangan Eyash ke sofa. Tengku Ezriq dibiarkan sendirian.

Haha! Padan muka.

"Best! Lepastu Eyash ada jumpa sorang aunty cantik ni. Nama aunty tu, aunty Dhea. Lepastu, Maksu kata boyprend aunty Dhea tu, kawan dengan daddy." celoteh Eyash. Betul-betul gembira tu.

"Kawan daddy? Siapa?"

Belum sempat Eyash menjawab, Tengku Ellyz sudah menjawab dahulu.

"Tunku Zayyad lah."

"Ohh." hanya itu sahaja balasan daripada Tengku Ezriq.

Tengku Ellyz mencebik. Macam mana lah kakak ipar dia boleh kahwin dengan abang poyo dia ni?

Eh? Tapi bukan ke mereka kena paksa?

"Bosannya abang ni. Ha! By the way, Rian nak pinjam isteri abang kejap ye."

"Jangan lama-lama." sempat Tengku Ezriq memesan.

"Baik, boss!" laju tangan Hanessa dicapai dan dibawa naik ke atas. Dia mahu memberi kakak iparnya ole-ole dari Cameron Highlands.

Pintu ditolak lalu segera mereka duduk di atas katil milik Tengku Ellyz.

"Nah, kakak." Tengku Ellyz memberi bag shopping yang dia bawa dari kereta tadi.

Hanessa mengambil dengan teragak-agak.

Hanessa segera mencapai bag tersebut dan melihat isi yang terdapat di dalam bag tersebut.

"Dress?"

"Haah. Ada dress dengan baju dari Cameron Highlands yang Rian belikan untuk akak."

"Aduh! Susah-susah je Rian ni. Kakak ada duit sendiri. Rian tak perlulah bazirkan duit Rian dengan belikan kakak macam ni." serba-salah pula dia melihat Tengku Ellyz yang membelikan dia banyak barang.

5 bag yang dikatakan 'ole-ole' oleh Tengku Ellyz sebentar tadi.

Penuh dengan pakaian!

"Terima kasih, Rian."

"My pleasure, kak."

── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

"Boleh, kan?"

"Hisy, kau ni! Mengada-ngada betul nak bawak orang masuk rumah. Kau tengok Eyash tu. Tak pernah lagi dia bawak kawan dia masuk rumah." bebel Tengku Ezriq geram. Tak habis-habis si Hanessa ni ikut dia dari tadi. Ke sana, ke sini.

"Awak ni. Memang lah Eyash tu tak pernah bawa kawan dia masuk rumah.. sebabnya dia tu takda kawan lagi! One more, saya baru first time bawa kawan saya masuk rumah. Lagipun ini rumah bonda, bukan rumah awak!" panjang Hanessa membalas. Lantak lah kalau Tengku Ezriq marah. Dia cakap perkara yang betul, bukan?

"Sekali je aku cakap. T-A-K B-O-L-E-H!" dengus Tengku Ezriq sebelum kembali menaip di komputer ribanya.

Sebenarnya bukan dia tak mahu izinkan Hanessa bawa Tasneem ke rumah. Tetapi, dia nak luangkan masa lebih dengan Hanessa. Hanessa ada di depannya pun, dah buat hatinya gembira.

Bak kata orang, mahu tapi malu.

Hanessa menghentak kakinya dengan kuat.

"Semua tak boleh! Bosan lah awak ni!"

"Okay, aku memang membosankan pun." Hanessa menggulingkan matanya. Menyampah betul.

Betul kata Rian tadi. Tengku Ezriq poyo!

Setelah sekian lama hening seketika, Hanessa mendapat idea untuk mem'poyo'kan lagi Tengku Ezriq.

"Kenapa erk nama awak Tengku Ezriq Eiyad. Tak sedap langsung didengari."

Tengku Ezriq mengangkat kening namun wajahnya setia menghadap komputer riba.

"Out of topic?"

"Saja tanya. Bosan diam macam ni." keluh Hanessa.

"Sukahati lah. Mak bapak aku bagi, kan? Menyemak!"

"Ceh! Tanya sikit, marah. Period agaknya!" bisik Hanessa perlahan.

"I still can hear you, darling."

Heleh, acah! Eh, wait? Darling? DARLING? Oh my god? Rama-rama berterbangan dari dalam perut Hanessa. Rasa macam nak joget sahaja sekarang.

"Ohh, dengar ye apa yang darling cakap tadi?" perkataan 'darling' , ditekan.

"Darling?" soal Tengku Ezriq kembali.

Hanessa senyum malu. Heleh, buat-buat lupa pula dia. Comel!

"Bukan tadi awak cakap ke? 'I still can hear you, darling.' " diulang semula ayat Tengku Ezriq.

Tidak semena-mena, telinga Tengku Ezriq merah.

"Ah, it-itu... argh, nothing!" gagap Tengku Ezriq.

"Alololo. Comelnya dia malu."

"Dah kau. Keluar sekarang dari bilik aku." kerana dia sudah malu yang teramat, segera Tengku Ezriq menghalau Hanessa keluar dari bilik kerjanya.

"Alaa. Biarlah darling duduk sini lama-lama sikit. Boleh lah teman hubby, kan?"

"Euww. Loya tekak aku dengar. Cringé betul!" tidak semena-mena, Hanessa tawa terbahak-bahak.

Tengku Ezriq menutup matanya sebentar lalu dibuka kembali.

Ditarik tangan Hanessa. Terhenti tawa Hanessa setelah Tengku Ezriq menarik tangannya.

"Kau keluar dari bilik aku. Menyemak pandangan je."

Hanessa senyum manis. Terus Tengku Ezriq memandang ke arah lain.

Tidak boleh pandang. Nanti dia cair macam aiskrim.

"Comellah awak shy-shy dengan saya. Eh, dengan darling. Nanti h-" belum sempat menghabiskan ayat, Tengku Ezriq terus menutup pintunya. Kuat.

Terbahak-bahak Hanessa melihat itu.

Sempat Hanessa bersorak di dalam hati. Akhirnya, dia berjaya membuat Tengku Ezriq berasa selesa bersamanya.

Tengku Ezriq selesa ke dengan dia?

Di sebalik pintu, Tengku Ezriq tersenyum nipis. Lalu geleng kepala dengan laju.

'Apa kau ni, Ez. Stay cool, Ez. Jangan mudah cair dengan monyet tu.'

TBC

maaf kerana kamu sudah melewati ayat cringé saya 😭

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗 Where stories live. Discover now