20

17 3 0
                                    

SELEPAS majlis resepsi yang gemilang dan penuh gembira berjalan dengan lancar, kehidupan Hanessa dan Tengku Ezriq sebagai suami isteri bermula. Meskipun mereka kembali ke rumah agam keluarga Tengku Elman, suasana terasa jauh berbeza. Bilik yang dulu menjadi tempat Tengku Ezriq bermalam kini menjadi bilik perkahwinan mereka.

Hanessa masih dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan ini, terutamanya apabila dia kini bukan sekadar tetamu, tetapi isteri kepada Tengku Ezriq.

Hanessa termenung di hadapan cermin di bilik itu. Matanya memandang bayangannya yang berbalut pakaian tidur yang ringkas.

Hanessa menarik nafas panjang. Dia masih terasa janggal dengan realiti barunya.

"Macam mana lah agaknya kehidupan aku lepas ni?" soal Hanessa dalam hati.

Hanessa tahu bahawa Tengku Ezriq bukan lelaki yang mudah berkomunikasi. Apatah lagi menunjukkan emosi.

Ketika Hanessa sedang termenung jauh, pintu bilik diketuk perlahan. Suara yang dikenali menyusul dari balik pintu.

"Hanessa?"

"Masuklah." Hanessa menoleh sambil tersenyum kecil melihat Tengku Ezriq melangkah masuk dengan wajah yang sentiasa tenang.

"Awak dah bersedia ke nak mulakan hidup baru?" tanya Hanessa dengan nada yang ceria, walaupun hatinya masih gugup.

Tengku Ezriq memandang Hanessa sejenak.

Mata dalamnya sukar dibaca.

"Aku takkan pernah betul-betul bersedia, tapi aku akan harungi." ringkas jawapan Tengku Ezriq dengan gaya bicara yang tenang dan langsung.

Hanessa mengangguk perlahan. Walaupun suaminya sedikit pendiam, kata-katanya masih terasa yakin dan menenangkan.

"Saya akan cuba fahami awak." balas Hanessa.

"Awak tahu saya banyak cakap, kan? Jadi saya akan buat awak biasa dengan itu." tambah Hanessa dengan senyuman mengusik.

Tengku Ezriq mengerling sedikit. Bibirnya terukir senyuman nipis.

"Aku dah lama terbiasa." balas Tengku Ezriq, lebih kepada dirinya sendiri.

Hanessa ketawa kecil. Rasa gugup dalam dirinya mula reda sedikit demi sedikit. Walaupun suaminya tidak bercakap banyak, Hanessa tetap cuba untuk memahami.

Itu sahaja sudah cukup bagi Hanessa buat masa ini.

Malam itu berlalu dengan tenang. Mereka berbual ringan. Namun, lebih kepada Hanessa yang berkongsi cerita manakala Tengku Ezriq hanya mendengar.

Tengku Ezriq jarang membalas panjang, tetapi Hanessa tahu Tengku Ezriq mendengar setiap kata-katanya.

Itu sahaja sudah membuatkan Hanessa merasa lega. Dia tahu suaminya adalah lelaki yang lebih banyak bertindak daripada berbicara.

Aumm!

Namun, di sebalik ketenangan ini, ada sesuatu yang mula meresahkan Hanessa. Ia bermula dengan kejadian kecil seperti Tengku Ezriq yang tiba-tiba kelihatan lebih dingin berbanding biasa. Kadangkala, Tengku Ezriq akan memandang Hanessa dengan tatapan jauh, seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

─── ⋆⋅☆⋅⋆ ──

Pagi sudah berlalu dan Hanessa sedang sibuk menyediakan sarapan di dapur. Hanessa sedar Tengku Ezriq bangun lewat daripada biasa. Namun, apa dia kisah?

Seronok Hanessa tadi dapat melihat wajah nyenyak Tengku Ezriq ketika tidur!

Tiba-tiba, langkah kaki yang kedengaran di belakangnya membuatkan Hanessa berpaling.

"Awak tak sihat ke, Tengku Ezriq?" tanya Hanessa lembut. Resah wajahnya ketika memerhatikan riak suaminya yang kelihatan letih.

Baru bangun tidur kutt...

Tengku Ezriq sekadar menggeleng. Tidak berkata apa-apa sebelum dia duduk di meja makan.

Hanessa menghidangkan makanan dengan senyuman yang cuba diukir semanis mungkin. Namun dia perasan akan wajah suaminya yang kelihatan resah.

"Awak okay ke? Ada masalah ke di tempat kerja?" Hanessa cuba menduga.

Tengku Ezriq diam seketika. Dia cuba memandang pinggan di hadapannya sebelum akhirnya mengangkat wajah.

"Hanessa... ada perkara yang aku tak beritahu kau lagi." ucapnya perlahan bersama suara yang berat.

Jantung Hanessa berdegup kencang. Perasaan tidak sedap mula menjalar di seluruh tubuhnya.

"Apa maksud awak?"

Takkanlah dia isteri kedua? Oh no!

"Sebelum perkahwinan kita berlangsung.. aku dah bincang dengan bonda, dan aku mungkin terpaksa pergi buat sementara waktu untuk urusan syarikat di luar negara. Maafkan aku sebab aku tak beritahu kau awal."

Oh no! Fake! Ingatkan dia isteri kedua tadi..

Hanessa terdiam. "Bila?"

Ezriq menarik nafas panjang. "Minggu depan."

Berita itu bagaikan satu tamparan hebat buat Hanessa.

Mereka baru sahaja berkahwin dan dia berharap mereka boleh memulakan kehidupan baru dengan lebih tenang. Tetapi kini Tengku Ezriq akan meninggalkannya?

"T—tapi, awak baru sahaja mula jadi suami saya. Kita belum betul-betul habiskan masa bersama." Hanessa bersuara perlahan bersama nada penuh kecewa.

"Aku tahu. Tapi ini urusan penting aku. Aku tak ada pilihan." balas Tengku Ezriq. Wajahnya jelas menunjukkan kekeliruan antara tanggungjawab sebagai seorang suami dan pekerjaan.

Hanessa menarik nafas panjang, cuba memahami maksud suaminya. Namun, hatinya berat. Perasaan ditinggalkan selepas baru sahaja membina hubungan ini amat menyakitkan.

Hanessa menunduk untuk menyembunyikan kekecewaannya.

"Baiklah..." jawab Hanessa pendek bersama suara yang terketar sedikit walaupun sudah sehabis mungkin Hanessa cuba mengawal.

Tengku Ezriq memandang Hanessa dengan rasa bersalah di wajahnya.

Apa yang dia boleh buat? Dia juga tahu dia tidak boleh mengubah keadaan. Tanggungjawab di syarikat memerlukannya untuk pergi.

Tengku Ezriq bangun dari meja dan melangkah menghampiri Hanessa. Tangannya diletakkan di bahu isterinya.

"Aku janji yang aku akan kembali secepat mungkin."  bisik Tengku Ezriq perlahan di telinga Hanessa.

Hanessa hanya mengangguk tanpa memandang suaminya.

Dalam hatinya, Hanessa masih bergelut dengan perasaan kecewa dan tidak pasti. Mereka baru sahaja memulakan kehidupan sebagai suami isteri, tetapi sekarang semuanya akan tergendala untuk sementara waktu.

Tengku Ezriq perlahan-lahan melepaskan bahu Hanessa dan melangkah keluar dari dapur. Suasana sunyi yang tinggal di sekeliling Hanessa membuatkan hatinya terasa sepi.

"Adakah ini tanda kehidupan perkahwinan kami akan penuh dengan cabaran?" tanya Hanessa pada dirinya sendiri

Mug di depannya dipegang sekuat hati untuk mencari kekuatan untuk menghadapi segala yang akan datang.

TBC

𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗 Where stories live. Discover now