14

16 4 0
                                    

HARI pertunangan telah berlalu semalam tetapi hati Hanessa masih dibayangi oleh mimpi pelik tentang Nisa.

Walaupun Tengku Ezriq menyarankan Hanessa agar tidak terlalu memikirkan mimpi tersebut, Hanessa sukar melepaskan perasaan ganjil yang terus mengikutinya.

Hari ini, keluarga Hanessa dan Tengku Ezriq berkumpul lagi untuk makan tengah hari. Suasana masih meriah dengan gelak tawa dan perbualan ringan, terutama dari Eyash yang berlarian ke sana-sini yang penuh dengan tenaga.

Kali ini, majlis lebih santai dan keluarga kedua-dua pihak menggunakan kesempatan ini untuk lebih mengenali satu sama lain sebelum hari besar nanti.

"Eyash! Hati-hati, nanti jatuh karang!" tegur Puan Sri Haniya dengan lembut sambil menggeleng melihat cucunya yang tak pernah duduk diam. Eyash ketawa besar sambil menunjukkan senyum comelnya kepada Puan Sri Haniya sebelum terus berlari mengejar bola kecil yang dibawanya.

Di meja makan, Tengku Ezriq duduk di hadapan Hanessa.

Walaupun mereka tidak banyak berbual, sesekali mata mereka bertembung dan Hanessa cepat-cepat berpaling. Rasa janggal yang hadir, tidak pernah surut sejak pertunangan mereka.

"Apa rancangan selepas ni?" tanya Tan Sri Arham kepada Tengku Elman dan dia terus memulakan perbualan yang lebih serius.

"Kami fikir lepas majlis ni, kita boleh mula buat persiapan untuk majlis perkahwinan. Tak lama lagi sudah bulan depan dan mahu masuk bulan terakhir sebelum tarikh yang kita pilih tu." jawab Tengku Elman sambil menyisip sedikit air teh yang dibuat oleh Hanessa tadi.

Boleh tahan.

"Tarikh dah makin dekat. Jadi, kita kena pastikan semua siap tepat pada masanya." Puan Sri Haniya menyambung dengan pandangan penuh harapan.

Tengku Erina yang duduk di sebelah suaminya mula menambah.

"Bonda setuju. Lebih baik kita buat semua persiapan awal supaya tak ada masalah di waktu akhir nanti."

Hanessa hanya mendengar sambil mencuri pandang ke arah Tengku Ezriq. Hanessa berharap yang Tengku Ezriq akan berkata sesuatu.

Namun seperti biasa,Tengku Ezriq kekal diam. Hanya telinganya sahaja mendengar tanpa banyak bicara.

Tengku Ezriq memang sukar dibaca riak wajahnya. Kadang-kadang Hanessa rasa ada jarak yang jauh antara mereka, walaupun mereka kini bertunang.

Di tengah perbualan, Tengku Eric sekali lagi menceriakan suasana dengan gurauan nya.

"Ez, kau dah bersedia nak jadi suami ke? Kau ni asyik diam je,  hati tu tenang ke tak?" sindir Tengku Eric sambil tersengih nakal.

Tercetus tawa mereka dengan gurauan Tengku Eric itu.

Tengku Ellyz turut sama ketawa kecil.

"Betul tu! Hanessa, jangan risau. Kami akan pastikan Abang Ez tak lupa peranannya nanti."

Hanessa hanya tersenyum kecil. Hanessa tidak tahu bagaimana mahu membalas.

Tiba-tiba, suara Eyash memecah keheningan kecil itu. "Mummy, Eyash nak main dengan Uncle Ezriq boleh?

Semua mata beralih kepada Tengku Ezriq yang sedikit terkejut.

Serentak Hanessa dan Tengku Ezriq menganguk lalu berlanggar mata. Terus Hanessa melarikan anak matanya.

Janggal naw!

Tengku Ezriq tersenyum kecil dan memimpin tangan Eyash.

"Jom, Eyash. What do you want to play?"

"I want to play ball!"

Suasana terus bertukar riang apabila Tengku Ezriq melayan Eyash bermain.

Melihat mereka berdua, Hanessa berasa sedikit lega. Walaupun Tengku Ezriq sepenuhnya tidak memahami perasaannya terhadap Hanessa, Tengku Ezriq adalah lelaki yang mampu membawa kebahagiaan kepada anaknya dan itu adalah sesuatu yang penting bagi Hanessa.

Namun, di sebalik tawa dan keceriaan itu, bayangan mimpi tentang Nisa terus menghantui Hanessa.

Apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh mimpinya? Dan kenapa nama itu begitu lekat dalam fikirannya?

Tanpa Hanessa sedari, angin sepoi-sepoi yang bertiup seakan membisikkan sesuatu ke telinganya dan menambah lagi rasa tidak pasti dalam hatinya.

TBC

maaf lambat update 〒⁠﹏⁠〒

𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗘𝗭𝗥𝗜𝗤 𝗘𝗜𝗬𝗔𝗗 Where stories live. Discover now