Bab 27

11 1 1
                                    

Elfyra memberi salam sebaik sahaja memasuki rumahnya. Harini hanya Elfyra sahaja yang berkerja , Azhar mengambil cuti kerana letih. Heleh alasan je tu. Elfyra membuka pintu dengan perlahan-lahan setelah memberi salam lalu menutup pintu tanpa sebarang bunyi.

Elfyra melihat sekelilingnya lalu mengangguk , Elfyra perlahan-lahan menaiki tangga sambil memegang sesuatu menggunakan kedua-dua tanggannya.

Tak lama kemudian , Elfyra menjerit kecil apabila dia merasa seperti ada sesuatu memegang bahunya. Dah la malam , maunya dia tak terkejut. Elfyra segera menyorokkan benda itu di belakangnya apabila melihat Azhar yang memegang bahunya tadi.

"Yang sayang menjerit macam orang kena sawan ni kenapa?" Tanya Azhar.

"Ya Allah , abang!. Ingatkan toyol mana tadi pegang El!" Ujar Elfyra.

"Sayang sorok apa tu? Hadiah untuk abang eh?" Tanya Azhar sambil memanjangkan lehernya.

"Ish , perasan betul toyol ni. Bukan lah" Ujar Elfyra.

Meow!

Hampir terbeliak mata Elfyra apabila mendengar bunyi itu.

"Aik? Sejak bila ada bunyi kucing dekat rumah ni?" Tanya Azhar sambil melihat sekelilingnya.

"Uh..uh..Entah la abang, macam mana ada bunyi kucing eh?" Ujar Elfyra sambil senyum palsu.

"Sayang ni pelik la , sayang ada sorok apa-apa ke?" Tanya Azhar.

"Eh , mana ada! Tak baik tuduh!" Jawab Elfyra.

"Pastu apa benda yang sayang sorok dekat belakang tu?"

"Ish , tak ada apa la abang!." Ujar Elfyra , degil la orang tua ni.

"Tipu!"

"Betul!"

Meow!

Bunyi itu membuat Elfyra berhenti bercakap.

Meow!

Meow!

Meow!

"Pelik la , tak pernah abang dengar bunyi kucing dekat sekitar ni" Ujar Azhar.

"Sayang yakin ke yang sayang tak sorok apa-apa dari abang?" Sambung Azhar lagi.

Elfyra menggigit bibirnya lalu perlahan-lahan menunjukkan benda yang dia sorok dari tadi.

"Sayang!" Jerit Azhar.

"Ye , El tahu!" Jawab Elfyra.

"Sayang dah tau abang tak suka kucing , buat apa ambil dia?!" Jerit Azhar sambil mengambil setapak ke belakang.

"Dia comel! , Kesian dia sorang-sorang!" Ujar Elfyra sambil mengusap kepala kucing betina itu.

"Anak sapa engkau culik ni?!" Jerit Azhar , mukanya sudah pucat.

"Tolonglah abang! Setahun je!" Ujar Elfyra sambil memeluk kucing itu.

"Tak boleh! Abang tak boleh tahan! Lepaskan dia sayang!" Jawab Azhar lalu Elfyra muncungkan bibirnya. Dia mula dah buat muka merajuk dia.

"Boleh la abang..." Ujar Elfyra dengan lembut.

"Tak boleh , ciccino (darling)" Jawab Azhar.

"Boleh la.." Ujar Elfyra sambil membuat muka comel.

"Haish , budak ni kan! Ye la!" Jawab Azhar.

"Yay! Terima kasih, abang!" Ujar Elfyra sambil berjalan ke arah biliknya.

"Yay! Terima kasih, abang!" Ujar Elfyra sambil berjalan ke arah biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Haish , dia ni agak-agak la. Tidur pun peluk kucing , macam bantal peluk. Terseksa kucing tu. Pikir Azhar.

Azhar mengambil senduk besar lalu menghalau kucing itu.

"Sibuk je nak menggatal dengan isteri aku! Aku masak kang." Ujar Azhar sambil menahan marah lalu kucing itu berlari ke arah pintu bilik.

Azhar meletakkan sudu besar itu di atas meja di sebelah katil lalu baring di sebelah Elfyra.

"Abang.." Ujar Elfyra dengan penat.

"Hmm.." Jawab Azhar.

"Mana kacang abang?" Tanya Elfyra.

"Kacang? Bubur kacang ke?" Jawab Azhar.

"Ish , merepek la abang ni. Kucing tu la." Tanya Elfyra.

"Abang masak." Elfyra terus bangun dari posisinya .

"ABANG MASAK DIA?!" Jerit Elfyra.

"ISH , SAYANG NI PUN. ABANG MAIN-MAIN JE!" Jerit Azhar.

"Ya Allah , ada yang kena penampar kang." Ujar Elfyra

"Tu , kacang tu ada kat luar." Jawab Azhar.

"Cakap macam tu kan senang? Tak payah la nak bermasak bagai!" Ujar Elfyra lalu sambung tidur.

Memories [𝐂]Where stories live. Discover now