Pagi-pagi dah main dengan kacang dia , bukan nak tanya dah mandi ke belum. Bisik Azhar dalam hati sambil mengunyah makanan di dalam mulutnya.
Elfyra mengusap beberapa kali kepala kucing comel itu sambil senyum.
"Sayang , dah-dah la tu. Macam budak-budak la." Ujar Azhar.
"Biar la , abang cemburu eh?" Jawab Elfyra.
"Abang tak ada masa nak cemburu." Ujar Azhar lalu menoleh ke arahnya.
"Ye la tu , cepat la makan. Nanti lambat." Ujar Elfyra sambil berdiri.
"Ye , dah nak habis dah" Ujar Azhar lalu berdiri untuk mencuci pinggannya.
"Jom." Ujar Azhar lalu mengambil briefcasenya. Azhar memasuki perut kereta setelah mengunci pintu rumah.
Elfyra memasuki perut kereta lalu menutup pintu kereta.
Semasa perjalanan , Elfyra bertanya.
"Abang , nanti El nak bela 6 kucing boleh?" Ujar Elfyra.
"Gila." Jawab Azhar.
"Abang kata El gila? Sampai hati abang." Ujar Elfyra sambil memeluk tanggannya.
"Eh , bukan la ciccino (darling). Bila abang cakap sayang gila? Hmm?"
Tanya Azhar sambil memandu."Ish , penat la El dengan abang ni." Ujar Elfyra.
"Makan la panadol" Jawab Azhar lalu ketawa kecil.
"Dey thambi , orang bukan penat yang tu. Haiyoo" Ujar Elfyra
"Ha kan dah terkeluar accent tamil aku." Sambung Elfyra lalu ketawa.
"Tak lawak pun." Ujar Azhar lalu Elfyra menampar lengannya.
Elfyra mencatat sesuatu di atas kertas kecil , lalu dia mengangkat kepalanya apabila mendengar seseorang mengetuk pintu pejabatnya.
"Wey , jom lunch." Ujar Hasya lalu melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Elfyra.
"Tak boleh la wey , aku kena lunch dengan Az" Jawab Elfyra.
"Hmm , tak apa la. Suami kan? Nak buat macam mana. Ha , by the way kau tau tak cerita pasal Liyana tu?" Ujar Hasya. Mula dah topik gossip dia tu.
"Cerita? Apa?" Tanya Elfyra lalu meletakkan kertas kecil itu di dalam satu kotak.
"Sorry la , aku kena jugak bagitahu. Suami kau slay sangat weh!" Ujar Hasya.
"Kau nak tahu , Liyana mengorat suami kau. Pastu Az lempang dia weh! So slayy!" Ujar Hasya. Az? Lempang Liyana?
"Member tu trauma terus dengan Az wey! Aku rasa dia berdendam kut dengan Liyana tu" Sambung Hasya.
"Sumpah la?" Tanya Elfyra dengan cemas.
"Ha'ah , kenapa?" Ujar Hasya lalu Elfyra terus berlari ke arah pejabat Azhar.
Tanpa menunggu lama , dia terus membuka pintu lalu melihat pejabat Azhar menjadi huru-hara. Kertas dan fail semua di lantai. Elfyra melihat Azhar terduduk di atas lantai lalu terus Elfyra berlari ke arahnya.
"Abang! Abang..abang..abang okay tak ni?" Tanya Elfyra. Azhar ni Jenis trauma dengan perempuan kerana mak tirinya dulu selalu dera Azhar tanpa henti. Dia kawan dengan Elfyra pun , sebab dia rasa sangat selesa denganya. Elfyra ialah rumah keduanya itu meluahkan perasan atau benda-benda yang dia tidak pernah memberitahu orang lain , dia hanya ada satu kawan perempuan. Hanya satu iaitu Elfyra.
"D--dia sentuh abang , sayang..dia goda abang.." Ujar Azhar sambil menggenggam erat tangan Elfyra.
"Tak apa , abang dia dah tak ada." Pujuk Elfyra.
"Abang tak nak tengok muka dia lagi , sayang.." Ujar Azhar.
"Ya , El tahu..Nanti El pecat dia. Okay? Dah lah , abang. Tak elok la macam ni , dah jom bangun." Pujuk Elfyra lalu Azhar menggeleng.
Elfyra mengeluh.
"Abang tunggu sini , nanti El datang balik." Ujar Elfyra lalu Azhar mengangguk.
Elfyra keluar dari pejabat Azhar lalu pergi ke kedai berdekatan.
Elfyra kembali dengan plastik beg di tanggannya lalu membuka pintu pejabatnya.
"Abang? Abang makan ni." Ujar Elfyra sambil mengambil makanan keluar dari plastik beg itu.
"Maggie." Ujar Azhar lalu senyum.
Elfyra senyum lalu meletak air panas.
"Terima kasih , sayang." Ujar Azhar.
"Nah , makan." Ujar Elfyra setelah Maggie itu selesai dimasak.
Elfyra melihat Azhar yang sedang makan itu lalu bertanya.
"Abang , dia buat apa lagi?"
"Dia nak peluk abang" Jawab Azhar sambil mengunyah makanannya.
"Bodoh punya perempuan." Ujar Elfyra perlahan-lahan.
Azhar hanya menikmati makanannya , tidak peduli apa yang dikata oleh Elfyra. Dia tahu Elfyra cemburu.
"Cepat makan abang , dah nak balik ni." Ujar Elfyra lalu Azhar mengangguk.
YOU ARE READING
Memories [𝐂]
Dragoste"I will never forget our memories together" -Azhar Mikhail. "And i will never forget our last memories together." - Elfyra Syarifa Sanggupkah Azhar Mikhail setia demi menunggu Elfyra Syarifa kembali padanya? Seorang perempuan yang bernama Elfyra Sya...