Bab 42

19 2 4
                                    

Elfyra duduk di atas katil sambil melihat Azhar sedang bersiap untuk ke kerja.

"Abang , boleh tak El nak kerja? El lama dah tak pergi kerja.." Elfyra berkata.

"Pastu Risya siapa nak jaga? Sebelum cakap tu fikir la." Azhar menjawab dengan dingin.

"Kenapa abang cakap macam tu dengan El? Abang tak pernah cakap dengan El macam tu.." Elfyra berkata sambil bermain dengan jari-jemarinya.

Azhar mengeluh lalu keluar meninggalkannya.

Elfyra memejamkan kedua-dua matanya.

' apa salah aku dekat dia? Aku ada buat dosa dengan dia ke? Sampai nak cakap dengan aku macam tu.' Bisik Elfyra di dalam hati.

Elfyra turut keluar dari bilik itu lalu berjalan ke arah Azhar yang sedang duduk di atas kerusi di meja makan itu.

"Nak apa? Duit?" Soal Azhar apabila melihat Elfyra berjalan ke arahnya.

"Apa abang ni? Abang ingat El ni terdesak sangat ke sampai nak duit abang? El tak suka la abang tuduh El macam ni." Elfyra berkata.

"El nak tanya , bila kita nak beli barang baby? Dia dah nak masuk 6 bulan dah abang.." Elfyra sambung berkata.

Azhar hanya mengabaikannya dengan bermain telefon pintarnya , malas hendak melayan dengan karenah barannya itu.

"Abang dengar tak ni?" Soal Elfyra.

"Ish , aku dengar la. Kau ingat aku ni pekak ke?" Azhar menjawab dengan dingin.

"Abang tak habis-habis cakap macam tu dengan El , apa El buat sampai abang berdendam dengan El?" Elfyra mula berasa marah , sedangkan dia tidak buat Azhar marah atau membuat benda yang dia benci.

Azhar hanya mendiamkan diri. Dia bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke arah pintu keluar.

Bang!

Pintu ditutup oleh Azhar dengan kuat ,terhinjut bahu Elfyra apabila mendengar bunyi yang kuat itu.

Dia amat merindukan Risya kerana dia tadi baru sahaja menghantarnya balik ke rumah anak yatim itu apabila penjaga anak yatim itu sudah ditangkap dan kes itu sudah pun selesai.

Sunyi.

Elfyra hanya merenung ke lantai. Entah mengapa dia berasa Azhar sedang membencinya.

Awrina hanya diam apabila melihat sahabatnya itu sedang merenung ke lantai di pusat membeli-belah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Awrina hanya diam apabila melihat sahabatnya itu sedang merenung ke lantai di pusat membeli-belah. Elfyra mesej Azhar untuk meminta izin untuk keluar bersama Azhar tetapi tidak dibaca.

"Wei , kau okay ke tak ni?" Soal Awrina.

"Entah la , Ri..Dia macam benci aku." Elfyra mula mengadu.

"Tak kut , dia mungkin stres dengan kerja dia. Pikir positif je , Fy." Awrina mula memberi semangat kepada Elfyra.

"Aku tak sedap hati la , Ri. Aku rasa macam dia sorok apa-apa belakang aku." Elfyra menjawab.

"Tak kut , Dah la. Takpe dia takde kita pergi ke plan B." Awrina mula berkata.

"Plan B?" Soal Elfyra.

"Khawin dengan duda!" Awrina mula menjerit dengan gembira.

Awrina mula menjerit kesakitan apabila Elfyra mencubit pahanya.

"Kau ni! Cakap perlahan-lahan sikit tak boleh ke?" Elfyra mula berasa malu.

Semua orang melihat mereka sambil berbisik-bisik.

Awrina ketawa.

"Kau ni , ada-ada je. Aku tengah sedih ni sempat lagi berduda-duda" Elfyra berkata.

"Hahaha , teringat kat abe Ammar Zahrain." Awrina menjawab.

"Pandai la kau punya Ammar Zahrain." Elfyra berkata.

"Nak Tealive tak? Lapar boba laa" Elfyra bertanya.

"Boleh jugak , kau belanja!" Awrina mula ketawa.

"Haish , kikis duit orang je tau." Elfyra mengadu.

Yang ni pendek sikit , so Bab 43 memang kena sediakan tisu la ye.
Bab 43 saya mmg wajib publish harini
Thank you sebab support kite sampai sini!!
Love andaaa , sayang anda KETAT-KETAT!!
Bye little moonies!💋

-MEMORIES

Memories [𝐂]Where stories live. Discover now