"Az.." Elfyra memanggil Azhar.
"Apa kau nak?" Azhar menjawab.
"Esok Fyra kena masuk hospital..Dah nak bersalin..Boleh abang temankan?" Elfyra berkata dengan tenang. Dirinya begitu lemah dan perutnya semakin sakit.
"Tak payah nak mengada! Bukan budak tu nak mati pun!" Elfyra terkedu.
"Kau ni semakin gemuk tau tak? Geli aku dengan orang macam kau!" Azhar berkata.
"Mulai harini , kau jangan makan sampai malam!" Azhar dengan tegas berkata lalu meninggalkan Elfyra.
Elfyra malas hendak menjawab , dia tidak mahu derhaka dengan Azhar lagi. Berdosa.
Elfyra mengeluh lalu hanya mengikut kata-kata Azhar.
Pandangan Elfyra semakin kabur.
Dia mendekati katil yang berada di depannya itu.
Dia rehatkan badannya di atas katil yang empuk itu.
"A--air.." Elfyra berkata.
Bibirnya amat kering dan mukanya pucat.
"A--air..A--abang.." Elfyra berkata.
"L--liyana.."
"A--awrina.." Terus pandangannya jadi hitam.
Dia bangun di tempat yang sama.
Dia terus bangun dari katil lalu dengan lemah dia berjalan ke arah dapur.
Dia mengambil cawan plastik lalu mengisi air.
Dengan laju dia meneguk airnya.
Elfyra mengemas begnya untuk memasuki hospital esok.
Setelah mengemas begnya , dia mengeluh.
12:30 malam.
Begnya ditenung.
"Nanti masa sayang dah nak bersalin , abang akan ambil cuti 3 bulan untuk sayang!" Azhar berkata dengan riang.
"Uish , lamanya!" Elfyra menjawab.
"Ye la , abang kan wajib berada di sebelah sayang masa nak bersalin nanti" Azhar menjawab.
"Abang sanggup ambil cuti selama 3 bulan?" Elfyra bertanya.
"Sanggup! Buang jawatan pun abang sanggup , ciccino" Azhar berkata
"Apa maksud 'ciccino'? " Elfyra bertanya.
"It's means baby , sayang."
"Your my big baby!" Azhar ketawa lalu memeluknya dengan erat
"Sayang rasa anak kita lelaki ke perempuan?" Azhar bertanya.
"Pondan" Elfyra menjawab.
"Aip!" Azhar ketawa.
Elfyra juga turut ketawa.
Air matanya jatuh di pipinya.
Dia mula menangis teresak-esak.
2 hari sebelum itu..
"Apa yang kurang dalam hidup kau sampai kau nak menduakan aku , Azhar?!" Elfyra meninggikan suara.
"Kau siapa?! Kau siapa untuk halang aku?! Eh lebih baik kau mati aje la!" Elfyra terkedu.
Hatinya seperti ditikam.
"Kau..kau sanggup tengok aku mati?.."
Azhar mendiamkan diri.
"Mati?!"
"Aku boleh aje mati depan kau! Tapi kau tahu tak apa yang aku tengah hadapi?"
"Aku dikhianati oleh ibu aku sendiri yang telah menjaga aku selama 28 tahun!"
"I--ibu aku sendiri , Azhar.."
"Ibu aku.."
"Tak habis ibu..kau pula!" Elfyra menangis teresak-esak.
"Aku tak mahu benda ini terjadi.." Elfyra berkata tergagap-gagap.
"Aku tak nak pun!"
"Aku dah lakukan semua untuk kau Azhar!"
"Khawin , bayar duit rumah , Liyana , dan aku biarkan kau khawin dengan Liyana untuk kau gembira sahaja!" Jerit Elfyra.
"Aku menyesal ada kawan baik dan seorang suami macam kau!"
"Apa lagi yang kau tak cukup , Azhar? Bagitahu aku!"
"Aku tak seseksi Liyana? Tak secantik Liyana? Tak seharam Liyana?!"
Pang!
Pipi Elfyra di tampar oleh Azhar.
"Kau pergi mati je la , Elfyra!" Azhar menjerit.
"Kau menyusahkan hidup aku , ibu , Risya dan arwah abah!"
"Jangan sesekali petik nama abah!" Elfyra menjawab.
"Kau tak penting untuk sesiapa pun! Not even your group of friends!" Azhar sambung.
"Not even me!"
"You are just a nobody to me!"
"I really hope you die , Elfyra!"
Elfyra merehatkan kepalanya di dinding.
'Ya Allah..aku penat..adakah aku tidak layak untuk mendapat kebahagiaan?'
Bisik Elfyra di dalam hati.
YOU ARE READING
Memories [𝐂]
Romance"I will never forget our memories together" -Azhar Mikhail. "And i will never forget our last memories together." - Elfyra Syarifa Sanggupkah Azhar Mikhail setia demi menunggu Elfyra Syarifa kembali padanya? Seorang perempuan yang bernama Elfyra Sya...