Elfyra dan Alrina berjalan sambil memegang tangan. Azhar hanya memerhati mereka sambil berjalan di belakang mereka , Elfyra terpaksa bawa Azhar jugak. Nanti kang merajuk pulak. Alrina mengajak suaminya untuk menemani Azhar , nanti dia tak ada kawan dia kacau Elfyra pulak.
Satu suara membuat Azhar menoleh ke arah lelaki yang berada di sebelahnya.
"Sakit mata aku tengok dua ekor tu." Ujar Izzaz , suami Alrina.
"Entah , macam lesbian dah aku tengok dua orang tu." Jawab Azhar.
"Perempuan memang macam tu , eh?" Tanya Izzaz.
"Ye la." Jawab Azhar.
"Abanggg" Ujar dua suara. Jap , dua?
"Hmm.." Izzaz dan Azhar sama-sama menjawab.
"Abangg , El nak air Starbucks yang baru tu boleh?" Tanya Elfyra dengan manja.
"Boleh la , sayangg" Sambung Alrina sambil menggoncangkan lengan Suaminya itu.
Azhar dan Izzaz saling berpandangan lalu mengeluh.
"Yang mana sayang?" Tanya Azhar kepada Elfyra.
"Ish , alah. Yang baru keluar tuu , cepat la bangg nanti habiss!" Jawab Elfyra.
"Ye la , jom." Ujar Izzaz lalu Elfyra dan Alrina melompat macam orang gila.
Ketika di kedai Starbucks itu , Alrina dan Elfyra tidak berhenti mengambil gambar , manakala suami mereka pula hanya memerhati perangai isteri mereka itu.
"Sayang." Ujar Azhar.
"Ya?" Ujar Elfyra dan Alrina.
"Aik?." Jawab Izzaz.
Azhar dan Izzaz saling berpandangan lalu Azhar dan Izzaz ketawa.
Alrina dan Elfyra saling berpandangan dengan muka yang menahan geram lalu Elfyra membisik sesuatu dia telinga Alrina lalu masing-masing mengangguk.
Azhar dan Izzaz berhenti ketawa lalu Izzaz bertanya.
"Ha , bisik apa tu?" Tanya Izzaz yang membuat Elfyra dan Alrina menoleh ke arahnya.
"Ish , sibuk la sayang ni. Ada la , perempuan punya cerita." Ujar Alrina lalu Elfyra dan Alrina ketawa kecil.
Azhar dan Izzaz hanya menggeleng kepala mereka apabila melihat gelagat isteri mereka itu. Macam-macam.
Selepas penat berbeli-belah , masing-masing balik ke rumah mereka. Setelah Azhar dan Elfyra sampai ke rumah mereka , mereka terus tidur. Dah penat sangatt.Pada tepat pukul 3 pagi , Elfyra bangun dengan rambut yang berserabai.
"Abangg.." Ujar Elfyra sambil menggoncang tubuh badan suaminya itu.
"Hmm.." Ujar Azhar.
"Abang..El lapar..nak Maggie.." Ujar Elfyra.
"Sayang merepek apa ni? Dah dah , tidur laa." Rengek Azhar.
"Abang..El lapar gila ni.." Ujar Elfyra lalu Azhar tidak jawab.
"Abang..abang sanggup biar bidadari abang ni kelaparan? Jahat la abang ni. Taknak kawan." Ujar Elfyra sambil memeluk tanggannya.
"Ish , budak ni kan." Ujar Azhar lalu bangun dari katil. Azhar berjalan ke arah dapur lalu Elfyra mengikutinya dari belakang.
Setelah Maggie siap dimasak , Elfyra memakan dengan nikmat. Azhar hanya merenung isterinya yang sedang makan itu.
"Abang kenapa tak makan?" Tanya Elfyra.
"Abang kenyang lagi." Jawab Azhar sambil senyum.
"Terima kasih , abang. Abang sanggup bangun pukul 3 pagi sebab nak masak untuk El je? Terbaik la abangg." Ujar Elfyra lalu sambung makan.
"Heleh , tadi dia yang bukan main taknak kawan la apa la. Takkan abang nak biar bidadari abang ni kelaparan? Hmm?" Ujar Azhar.
Elfyra ketawa kecil lalu sambung makan.
Azhar hanya tersenyum lalu menggeleng kepalanya.
YOU ARE READING
Memories [𝐂]
Romansa"I will never forget our memories together" -Azhar Mikhail. "And i will never forget our last memories together." - Elfyra Syarifa Sanggupkah Azhar Mikhail setia demi menunggu Elfyra Syarifa kembali padanya? Seorang perempuan yang bernama Elfyra Sya...