Elfyra bermain dengan kucingnya sementara menunggu Azhar menghabiskan makanannya.
"Abang ni suka makan lambat eh?" Tanya Elfyra.
"Nanti kalau makan laju-laju , tersedak siapa nak tolong?" Ujar Azhar.
"El la tolong , siapa lagi nak tolong abang?" Jawab Elfyra lalu ketawa kecil.
"Heleh , ye la tu. Entah-entah gelak dulu baru tolong." Ujar Azhar sambil tersenyum.
"Abang ni , tahu-tahu je." Jawab Elfyra sambil mengusap kepala kucing itu.
"Sayang tak cakap apa-apa pun pasal baby , sayang kalau mengidam anything bagitahu tau." Ujar Azhar.
Bukan dia tak mahu beritahu , cuma Azhar tiada masa untuk luangkan masa bersama Elfyra dan anaknya itu. Selalu sibuk aje , kalau ada masa pun 5 minit je. Walaupun dia PA Azhar , dia tak adalah sibuk macam Azhar. Tapi apa yang peliknya , dia hanya mengidam buah aje. Benda lain tak pun.
Senyum Elfyra terus hilang apabila bercakap tentang mengidam.
"Uhm..abang.." Panggil Elfyra.
"Hm.." Jawab Azhar.
"El dari semalam mengidam buah naga..abang beli boleh?" Ujar Elfyra.
"Anything for you , ciccino." Jawab Azhar.
"Yay! Terima kasih , abang" Ujar Elfyra lalu kembali mengusap kepala kucing itu sambil senyum lebar.
"Abang busy ke harini?" Tanya Elfyra.
"Tak , sayang. Kenapa?" Jawab Azhar.
"Harini ada appointment dengan doktor..abang teman boleh?" Ujar Elfyra.
"Boleh sayang..Bila?" Tanya Azhar sambil bangun untuk mencuci pinggannya.
"Lepas abang habis kerja." Ujar Elfyra,
Azhar masih lagi tidak membenarkan Elfyra berkerja. Entah mengapa."Okay , nanti abang ambil sayang." Ujar Azhar sambil berjalan ke arah Elfyra.
Elfyra mengangguk lalu bersalaman dengan Azhar sebelum memberi briefcasenya.
"Uhm..abang.." Ujar Elfyra.
"Ye sayang?" Jawab Azhar.
Elfyra ingin memberitahu tentang orang yang tidak dikenali itu pada Azhar , tapi dia batalkan niatnya apabila melihat Azhar sudah lambat ke kerja.
"Tak apa lah , nanti abang lambat pulak." Ujar Elfyra lalu Azhar mengucup dahi Elfyra.
"Abang pergi dulu.." Ujar Azhar lalu menutup pintu rumah dari luar.
Elfyra hanya mengangguk lalu sambung bermain dengan kucingnya itu.
Telefon Elfyra tidak berhenti bergetar dari tadi , namun Elfyra hanya biarkan sahaja kerana dia tahu bahawa itu ialah orang misteri itu.
Elfyra akhirnya mengalah lalu mengambil telefon pintarnya dengan geram.
-𝐾𝑎𝑢 𝑗𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑔𝑎𝑡 , 𝑘𝑎𝑢 𝑖𝑔𝑛𝑜𝑟𝑒 𝑎𝑘𝑢 𝑘𝑎𝑢 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑡𝑒𝑟𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
-𝑎𝑘𝑢 𝑑𝑎ℎ 𝑙𝑎𝑚𝑎 𝑠𝑎𝑏𝑎𝑟 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑒𝑛𝑔𝑘𝑎𝑢 , 𝐸𝑙𝑓𝑦𝑟𝑎.
-𝑎𝑘𝑢 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑠𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑎 𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑚𝑖𝑙𝑖𝑘 𝑎𝑘𝑢.
-𝑘𝑎𝑢 𝑡𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢 𝑎𝑗𝑒.
Macam mana dia boleh tahu aku tengah abaikan dia?
Tangan Elfyra mula bergetar apabila membaca mesej tersebut.
Elfyra terus mengambil kunci keretanya lalu keluar dari rumahnya dengan cemas.
Elfyra memulakan enjin kereta lalu memulakan perjalanannya.
Hanya satu tempat sahaja yang dia berasa amat selesa.
Taman.
Elfyra memakir keretanya dia tempat letak kereta yang disediakan lalu keluar dari perut kereta.
Elfyra menutup pintu kereta lalu berjalan ke arah tempat duduk yang disediakan itu.
Entah mengapa dia berasa amat selesa dengan tempat begini , dia suka melihat kanak-kanak bermain. Elfyra berasa amat tenang apabila dia melihat budak-budak itu bermain sambil ketawa , perlahan-lahan bibir Elfyra terukir senyuman.
Tak lama kemudian , Elfyra terserempak dengan seorang budak yang duduk di tempat duduk bersebelahannya berseorangan.
Elfyra bangun lalu duduk di sebelah budak perempuan itu.
"Hai , nama adik siapa?" Tanya Elfyra sambil tersenyum.
"Risya." Jawab Risya sepatah.
"Kenapa sorang-sorang ni hm?" Tanya Elfyra.
"Risya tak ada kawan , semua tak mahu kawan dengan Risya." Jawab Risya sambil pandang ke kasutnya.
Senyuman Elfyra terus pudar apabila mendengar jawapannya.
"Akak jadi kawan Risya boleh?" Tanya Elfyra.
Risya terus berpaling ke arahnya.
"Akak orang dewasa , Risya budak lagi..boleh ke jadi kawan?" Tanya Risya.
"Boleh , kenapa pula tidak boleh?" Jawab Elfyra.
"Akak sudi jadi kawan Risya?" Tanya Risya.
Elfyra hanya mengangguk lalu mengusap pipi Risya.
"Mak ayah Risya mana?" Tanya Elfyra.
Muka Risya terus berubah apabila mendengar soalan yang ditanya oleh Elfyra.
"Mak ayah Risya dah meninggal , sekarang Risya hanya tinggal di rumah anak yatim dengan adik Risya.." Jawapan Risya membuatkan Elfyra terkedu.
"A--akak minta maaf kalau soalan itu membuatkan Risya sedih." Jawab Elfyra lalu segera memeluk Risya.
Elfyra perlahan-lahan menggosok belakang Risya apabila melihat Risya sedang menangis.
"Dekat sekolah ramai ejek Risya tak ada mak ayah.." Ujar Risya lalu meluahkan semua perasaannya yang dia sudah lama pendam pada Elfyra.
"Risya takut adik Risya lalui semua benda yang Risya dah lalui..Risya tak mahu dia berasa tertekan.." Ujar Risya sambil menyapu air matanya.
"Tak mengapa , Risya. Akak yakin , Risya dengan adik Risya akan bahagia..Allah takkan bagi ujian yang kita tak boleh kawal..Allah nak tengok sampai mana Risya boleh sabar dengan ujian yang Allah beri..Risya tak boleh mengeluh dengan ujian ni..Risya banyakkan doa dan solat , okay? Biar orang nak cakap apa pun , diorang yang dapat dosa. Kita kena bersyukur sebab ada jugak orang yang jaga Risya dan Adik Risya , Risya kena redha...orang comel kena sabar.." Ujar Elfyra sambil mengusap kepala Risya.
"Adik Risya yang mana satu? Nama apa?" Tanya Elfyra.
"Yang tu..yang tengah lari tu.." Ujar Risya sambil menunjuk Adiknya yang sedang berlari itu.
"Nama dia Suci , kawan sekolah dia selalu ejek nama dia. Dia kadang-kadang tertekan sebab benda itu..Suci je kawan dan adik Risya yang selalu ada di sisi Risya.."
Elfyra hanya mendengar apa yang dikatakan oleh Risya itu.
"Nama dia cantik sangat.." Ujar Elfyra.
"Kan? Risya selalu panggil dia bidadari sebab dia memang bidadari jatuh dari langit.." Ujar Risya sambil tersenyum.
Elfyra membelek jam di tangannya lalu berkata.
"Akak kena balik dah ni , nanti ada masa akak melawat dekat rumah anak yatim eh? Akak pergi dulu tau. Jangan lupa solat nanti." Ujar Elfyra lalu meninggalkanya di belakang.
Apabila Elfyra memasuki perut kereta , dia hanya tersenyum apabila melihat Risya tersenyum seorangan dan betapa gembiranya dia apabila mendapat kawan baru.
YOU ARE READING
Memories [𝐂]
Romansa"I will never forget our memories together" -Azhar Mikhail. "And i will never forget our last memories together." - Elfyra Syarifa Sanggupkah Azhar Mikhail setia demi menunggu Elfyra Syarifa kembali padanya? Seorang perempuan yang bernama Elfyra Sya...