Elfyra mengeliat kecil lalu membuka matanya dengan perlahan-lahan. Elfyra melihat tepi kanannya lalu mula bertanya dalam hati.
'mana Azhar pergi? Selalu aje hilang pagi-pagi buta ni , takkan pasal kerja sampai tak balik rumah?' Tanya Elfyra dalam hati.
Elfyra mengeluh lalu bangun dari katil untuk mengambil wudhu untuk solat subuh.
Selesai solat subuh , Elfyra menyimpan telekungnya di dalam almari lalu keluar dari bilik. Elfyra menuruni tangga lalu berjalan ke arah dapur.
Elfyra ingin menelefon Azhar tapi batalkan niatnya kerana mungkin Azhar sibuk dengan kerjanya sampai tidak masa untuk balik ke rumah.
Ketika memasak , telefon pintarnya bergetar.
Ting! Ting! Ting!
Elfyra terus membasuh tangannya lalu mengambil telefon pintarnya.
Nombor semalam.
"Siapa dia ni sebenarnya? Apa yang dia nak dari aku?" Ujar Elfyra sambil membaca mesej daripada orang misteri itu.
- aku takkan biarkan kau , Fyra
- kau tunggu , aku akan rampas dia dari kau.
-jangan cabar aku , Elfyra Syarifa.
Rampas dia? Siapa? Azhar? Elfyra terus menutup telefonnya dengan cemas.
Dia takut apa-apa akan terjadi pada Azhar lalu dengan panik , dia menelefon Azhar dengan laju.
Tit...tit..tit..tit..
Tidak dijawab.
Elfyra menelefon Azhar lagi sekali tetapi masih tidak dijawab.
Elfyra mengeluh lalu menutup telefonnya lalu menyambung memasak.
___________________
"Kau yakin dengan tindakan kau?" Ujar Aryna pada kawannya itu.
"Of course , babe. Aku yakin gilaa." Ujar Liyana sambil tersenyum sinis.
"Baguslah , nasib tindakan kau elok lagi daripada culik anak dia atau gugurkan anak dia." Jawab Aryna lalu ketawa kecil.
"Haha , stop la sindir aku!" Ujar Liyana lalu ketawa kecil sambil menutup mulutnya dan menampar tangan Aryna.
"Gedik bodo." Ujar Aryna perlahan-lahan.
'Aku takkan biarkan dia bahagia , kau tunggu je Fyra.' Ujar Liyana dalam hati sambil tersenyum sinis.

10:15 pagi , Azhar masih lagi tidak pulang. Elfyra menggigit bibir bawahnya sambil termenung. Dia amat risau akan Azhar , seharian dia tiada di rumah. Di mana dia pergi?
Bunyi pintu itu membuatkan Elfyra menoleh ke arah pintu itu. Elfyra terus berlari ke arah Azhar lalu memeluknya erat.
"Abang! Ya Allah! Abang , El risau tahu tak? Abang pergi mana hm?" Tanya Elfyra sambil menatap wajah pucat Azhar itu.
"Sorry , El. Abang penat sangat ni , seharian abang dekat pejabat tu. Boleh abang rehat sekejap?" Jawab Azhar lalu berjalan meninggalkanya.
"El..?" Ujar Elfyra perlahan-lahan lalu menggeleng kepalanya. Tak kut , mungkin aku salah dengar..
Elfyra hanya mengeluh lalu menggosok perutnya yang semakin memboyot itu.
Elfyra dah lama mengidam buah naga tetapi Azhar terlalu sibuk jadi dia hanya mendiamkan diri.
"Anak ibu mesti lapar kan? Jom makan , makan puas-puas tau? Nanti bila baby dah keluar , mesti jadi tembam! Eee comel la ada anak tembam..Anak ibu jadi tembam tau! Teringin ibu nak cubit pipi anak ibu!" Ujar Elfyra sambil ketawa kecil.
Setelah selesai makan , Elfyra memakai tudung sarungnya lalu berjalan ke arah bilik Azhar.
Tok! Tok! Tok!
"Abang , El pergi rumah ibu Jap tau!" Ujar Elfyra dari luar.
Senyap.
"Abang?" Ujar Elfyra lalu membuka pintu bilik.
"Lah tertidur rupanya.." Ujar Elfyra apabila melihat Azhar tertidur sambil memeluk bantal busuknya. Elfyra ketawa kecil apabila melihat Azhar tertidur seperti itu.
Elfyra menutup pintu bilik lalu menurun anak tangga dengan perlahan-lahan.
Elfyra mengunci pintu pagar lalu memasuki perut kereta.
Elfyra memulakan enjin kereta lalu mengeluh.
Setelah sampai ke rumah Puan Hidayah , Elfyra memberi salam lalu mengetuk pintu rumah Puan Hidayah.
"Ibu..El datang ni.." Ujar Elfyra lalu pintu rumah di buka.
"Abang?" Ujar Elfyra dengan pelik.
Setahu Elfyra , dia memang ada abang. Cuma dia jarang berjumpa dengan abangnya dan asyik out station aje , biasalah pilot kan? Mestilah busy.
"Oh my god! , My favourite adik! I miss you so much! Meh nak peluk!" Jerit Zafran Haikal lalu memeluk adiknya dengan erat.
"Woi , kau nak aku beranak dekat sini ke?" Ujar Elfyra.
"Oops , sorry Ira!" Ujar Zafran , abangnya suka memanggilnya dengan panggilan 'Ira'. Entah mengapa dia memberi panggilan itu , kebanyakkan orang panggil Elfyra 'El' atau 'Fyra'.
"Mana ibu?" Tanya Elfyra pada abangnya itu.
"Ibu pergi meeting dengan client adikku.." Ujar Zafran.
"Ouh..kau taknak ajak aku masuk ke?" Tanya Elfyra.
"Sebenarnya nak je aku biar kau kat sini sorang-sorang tapi aku kesian tengok kau , dah lah perut besar nanti tak sempat nak hidup sebab mati kelaparan." Ujar Zafran lalu ketawa kecil.
"Kepala tok nenek kau perut besar , aku mengandung la bijakk!" Ujar Elfyra.
"Makin garang adik aku seorang ni , masuklah." Ujar Zafran lalu Elfyra memasuki rumah Puan Hidayah.
YOU ARE READING
Memories [𝐂]
Romance"I will never forget our memories together" -Azhar Mikhail. "And i will never forget our last memories together." - Elfyra Syarifa Sanggupkah Azhar Mikhail setia demi menunggu Elfyra Syarifa kembali padanya? Seorang perempuan yang bernama Elfyra Sya...