Bab 36

26 1 3
                                    

Azhar duduk di sebelah Elfyra yang sedang menengok drama di atas sofa lalu merapatkan badannya ke badan Elfyra.

"Ni apa pasal , himpit-himpit nak apa?" Ujar Elfyra sambil mengengoknya atas bawah.

"Sayanggg.." Ujar Azhar.

"Nak apa?" Tanya Elfyra.

"Nak keluar bolehh?" Tanya Azhar sambil meletakkan kepalanya di atas bahu Elfyra.

Setan apa rasuk laki aku ni? Manja-manja pulak. Nak jadi kroni Aqeel Razin ke? HAHAHA

"Keluar? Keluar mana?" Tanya Elfyra sambil mengunyah keropok di tangannya itu.

"Ada lahh , pasal kerjaaa. Boleh lah.." Pujuk Azhar.

"Ha jom." Jawab Elfyra lalu bangun dari tempat duduknya.

"Eh eh , bukan pergi dengan sayang. Abang nak keluar dengan Izzaz..hehe.." Jawab Azhar lalu memegang tangan Elfyra.

"Lah , kenapa tak cakap awal-awal. Pergi lah." Elfyra kembali duduk lalu kembali menengok drama di TV itu.

"Serius? Jangan merajuk pulak." Tutur Azhar lalu mengucup pipi Elfyra.

"Thank you , sayang!" Jawab Azhar lalu berlari ke arah biliknya.

Elfyra hanya menggeleng kepalanya apabila melihat perangai Azhar itu.

Telefon Elfyra kembali bergetar sebaik sahaja Azhar keluar dari rumah.

Elfyra dengan malasnya mengambil telefonnya lalu mengesek ikon hijau.

"Eh , kau ni siapa ek? Jangan kacau hidup aku boleh tak? Rimas tahu tak? Takde kerja lain ke nak buat?" Jerit Elfyra. Ha kan dah kena , kacau orang lagi.

Senyap.

"Kau tunggu , aku takkan biarkan korang bahagia. Kau ingat kau punya menjerit tu boleh buatkan aku takut? Hahaha..Jangan harap." Ujar orang misteri itu.

"Eh kau diam boleh tak? Ada aku tanya kau nak biarkan kami bahagia ke tak? Takkan kan? Pastu sejak bila pula aku kata dengar jerit aku tu boleh membuatkan kau takut? Terlalu perasatan la kau ni." Jawab Elfyra lalu menekan ikon merah dengan geram.

"Haish , penat la aku nak hadap orang gila ni setiap hari." Rengek Elfyra sambil mencekak pinggangnya.

"Ya Allah , lapar Maggie la pulak.." Ujar Elfyra sambil mengusap perutnya.

" Ujar Elfyra sambil mengusap perutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu Elfyra diketuk dengan kuat.

BOM!

BOM!

BOM!

Elfyra terus bangun dari tidurnya apabila mendengar bunyi kuat tersebut.

"Siapalah kacau aku petang-petang ni? Nak bangun pun susah , tu lah berat macam badak lagi. Ni mesti kes makan banyak." Ujar Elfyra sambil mendekati pintu tersebut.

Elfyra membuka pintu lalu terkedu.

"Risya?" Ujar Elfyra dengan lembut.

"Akak Fyra!" Ujar Risya lalu memeluk kaki Elfyra dengan erat.

Elfyra membongkok di depan Risya lalu bertanya.

"Risya kenapa ni sayang? Muka pucat ni kenapa? Suci mana?" Tanya Elfyra sambil mengusap pipi Risya.

"Kak Fyra , tolong Risya!" Ujar Risya dengan cemas.

"Kenapa sayang? Ada apa?" Tanya Elfyra.

"S--suci.." Ujar Risya perlahan-lahan lalu muka menangis.

"Kenapa? Apa jadi dengan Suci?" Tanya Elfyra.

"S--suci pengsan , akak.." Ujar Risya.

"Pengsan?!" Jerit Elfyra.

_____________________

Risya dan Elfyra menungg di tempat menunggu di luar bilik pesakit.

Risya masih tidak lepaskan pelukannya dari Elfyra.

"Macam mana Risya tahu rumah akak ni?"

"Risya ketuk je rumah siapa pun , tengok-tengok akak..Risya bersyukur sangat yang tu akak.." Ujar Risya sambil menahan sebak.

"Apa dah jadi sebenarnya?" Tanya Elfyra kepada Risya.

"Penjaga dekat rumah anak yatim tu jahat..Jahat sangat..dia selalu suruh Kami cuci tandas , bilik dan dapur setiap hari...Hari ini pun kami kena buat lagi , tiba-tiba Suci mengamuk sebab kena buat kerja setiap hari. Suci pun marah la dekat penjaga tu , dalam masa yang sama , dia tengah pegang cawan kaca. Tanpa menunggu lama , penjaga tu pun baling cawan kaca tu."
Cerita Risya.

"Astaghfirullah..." Jawab Elfyra apabila mendengar aduan Risya.

Klak!

"Akak Sha." Ujar Elfyra sambil bangun dari kerusi yang diduduk itu.

"Akak , Suci macam mana?" Ujar Elfyra sambil mendekati Farisha.

"Dia masih lagi tidak sedar , tetapi dia dalam keadaan dia masih elok." Ujar Farisha.

Elfyra mengucap syukur.

"Boleh kami tengok dia?" Tanya Elfyra.

"Boleh , silakan." Jawab Farisha lalu meninggalkan mereka.

Pintu dibuka dari luar. Risya terus berlari ke arah katil Adiknya itu.

"Suci.." Ujar Risya menahan sebak.

"Tak mengapa , Risya." Ujar Elfyra.

Risya hanya mengangguk lalu mengusap tangan Suci.

Bab 37,38,39 semua sweet ii dulu , korang tunggu la Bab 40 , sediakan
tisu tau? Bye my little moonies 💋

Memories [𝐂]Where stories live. Discover now