3:20 Pagi.
Dia menelefon Awrina untuk menemaninya ke hospital.
Perutnya sakit seperti ditikam.
Awrina bergegas berlari ke arah Elfyra yang berada di depan rumahnya.
"Mana kereta kau?" Awrina bertanya.
"K--kita jalan aje , dekat aje ni.." Elfyra berkata dengan perlahan-lahan.
"Ya Allah , kau okay tak ni? Azhar mana?" Awrina bertanya sambil memandu.
"A--Azhar kerja.." Elfyra menjawab sambil menahan sakit.
"Bodoh punya lelaki!" Jerit Awrina.
Ketika mereka sedang melintas jalan , mata Elfyra di lindungi oleh lampu yang cerah. Dirinya terasa lemah apabila merasa seperti sesuatu melangarnya.
Vroom!
Bang!
Bush!
Kereta BMW M4 itu terus melangar Elfyra.
Badan Elfyra rebah di atas jalan Raya itu bersama dengan Awrina.
Awrina perlahan-lahan membuka kelopak matanya , lalu menoleh ke arah Elfyra.
Dia memaksa dirinya untuk bangun lalu berlari ke arah Elfyra.
"E--elfyra.." Awrina berkata sambil menahan sakit.
"E--elfyra , b--bangun.." Awrina melihat muka Elfyra yang dipenuhi darah itu.
Awrina menangis teresak-esak apabila melihat kawan baiknya sendiri cedera teruk di depannya.
Dia menangis teresak-esak apabila melihat separuh badan Elfyra yang tidak bernyawa itu tersangkut di kereta itu.
Pemilik kereta itu dengan lemah memaksa dirinya untuk melihat mangsa yang dia terlanggar itu.
Mata pemilik kereta itu meluas sambil memegang perutnya yang dipenuhi darah itu.
"P--puas hati kau?..." Awrina bertanya sambil memeluk badanElfyra yang tidak bernyawa itu.
"Puas hati kau , Azhar?!" Awrina menjerit sekuat hati.
"Ni yang kau nak kan?!"
Bibir Azhar mengeletar.
"S--sayang abang.." Azhar berkata.
"S--sayang abang..." Azhar berkata sekali lagi sambil berjalan ke arah Elfyra.
Azhar duduk di depan Elfyra lalu mengusap pipi Elfyra.
"M--my big baby.." Azhar membisik lalu air matanya jatuh di pipi Elfyra.
"S--sayang abang..bangun sayang..Jangan macam ni sayang..Bangun sayang.." Azhar berkata.
Awrina menangis teresak-esak.
"Sayang!" Azhar menjerit memanggil Elfyra.
Azhar merehatkan kepalanya di atas kepala Elfyra.
Perlahan-lahan , air matanya jatuh berkali-kali di dahi Elfyra.
Awrina memegang kepala Elfyra yang diliputi darah itu. Awrina kemudian membawa Elfyra ke hospital menaiki kereta Mikael yang tadi memandu datang ke sini. Sebelum dia mengikuti Elfyra sebentar tadi dia menyuruh Mikael menghantar Elfyra ke hospital.
Ketika di hospital , Awrina tidak berhenti bertengkaran dengan Azhar.
Manakala Tasnim , Hasya , Alrina, Puan Hidayah dan adik Elfyra , Zafran Haikal menangis teresak-esak.
"Ini yang kau doakan , betul tak?!" Awrina bertanya.
"Aku tanya kau ni!" Awrina menjerit.
Mikael menggenggam tangan Awrina untuk menenangkannya.
"Lepas , Mikael!" Mikael perlahan-lahan melepaskan tangannya itu.
"Bangga tak doa kau termakbul!?"
"Kau tahu tak apa yang Elfyra hadapi?!"
"Apa yang dia buat dekat kau sampai kau nak bunuh dia!"
"Kalau bukan sebab perempuan haram yang kau pilih itu , semua ni takkan jadi Azhar!"
"Kau tahu tak betapa kecewanya aku bila Elfyra ceritakan dekat aku pasal perangai haram kau tu!"
"Baguslah , kau doakan dia mati!"
"Kenapa kau doakan dia mati , Azhar?!"
"KENAPA?!"
"Sebab perempuan itu?"
"Sebab dia saja?!"
"Mana pergi otak kau , Azhar?!"
"Kau ingat dia tak ada perasaan ke?!"
"Dia manusia , Azhar!"
"Bukan patung!"
Klak!
Bunyi pintu itu membuatkan semua bangun dari tempat duduk.
"Macam mana dengan kawan saya doktor?" Awrina bertanya sambil mendekati doktor itu.
"Pesakit didapati menghidap penyakit yang agak serius. Penyakit ini boleh merosakkan otak pesakit. Pada situasi sekarang , otak pesakit baik sahaja dan alhamdulillah anak pesakit selamat di keluarkan" Doktor yang menjaga Elfyra itu berkata.
"Alhamdulillah.." semua berkata tanda syukur.
"Tetapi..Isteri saya?.." Azhar bertanya.
"Maafkan kami , tetapi Elfyra tidak dapat diselamatkan akibat terhempas di atas kereta. Elfyra tidak lagi bernafas ketika sampai sahaja di hospital , salam takziah dari saya" Doktor itu berkata lalu meninggalkan mereka.
Azhar berasa lemah.
Awrina menangis teresak-esak.
Puan Hidayah menahan sebak.
"Ni sebab kau!" Awrina menjerit kepada Azhar.
"Elfyra mati sebab kau!"
"Bodoh!"
Azhar perlahan-lahan memasuki bilik Elfyra lalu mendekati katil.
Azhar mengusap pipi Elfyra dengan sayu.
"Sayang abang.."
"Sayang abang taknak jumpa abang balik ke.."
"Abang rindu.."
"Maafkan abang sayang.."
"Abang banyak dosa dengan sayang.."
"Sayang tak sempat nak merasa masakan abang.."
Perlahan-lahan air matanya jatuh di pipi.
"Abang banyak dosa kan dengan sayang?.."
"Banyak.."
"Banyak sangat.."
"Abang sayangkan sayang.."
Azhar mengucup pipi dan dahi Elfyra buat kali terakhir.
Azhar melihat muka bayi yang berada di dalam pelukannya itu.
Ya , itu anaknya.
"Hai , Elaya Arela" Azhar membisik di telinga kecil anaknya itu.
"Comel lah anak ayah ni..
"Maafkan ayah ye sayang , sebab ayahlah Elaya tak sempat nak jumpa dengan ibu"
"Ibu cantik tau! Cantik sangat"
"Macam bidadari" Azhar ketawa kecil.
"Muka Elaya macam ibu lah!"
"Comel! Hehe.."
"Harap-haraplah muka Elaya sama macam ibu , nanti tak lah ayah rindu sangat dekat ibu.."
Azhar memeluk Elaya Arela dengan erat.
YOU ARE READING
Memories [𝐂]
Romance"I will never forget our memories together" -Azhar Mikhail. "And i will never forget our last memories together." - Elfyra Syarifa Sanggupkah Azhar Mikhail setia demi menunggu Elfyra Syarifa kembali padanya? Seorang perempuan yang bernama Elfyra Sya...