Selesai sesi bergambar, akhirnya mereka dapat berehat. Seorang demi seorang tetamu mulai beransur pulang, tinggallah hanya mereka berlima sekeluarga. Asmara bermalam di rumah agam Tan Sri Malik bersama keluarga baru."Mama naiklah rehat, nanti Dina cuci pinggan tu semua, okay?" Tangannya bertaut dengan lengan Puan Sri Cahaya, menpel saja dengan mamanya dari tadi.
Nak duduk dengan suami, segan lagi.
"Dina kemas sikit-sikit ja, periuk besar-besar tu Dina tinggal. Esok mama ada upah orang datang kemas semua ni haa," memang Puan Sri Cahaya sudah mengupah tenaga kerja untuk mengemas rumahnya selepas majlis. Walaupun majlis 'kecil-kecilan' saja, tetap banyak juga kerja nak dibuatnya. Perlakas makan dan minum dari pagi, tengah hari hingga petang.
"Okayy," ibu jari dinaikkan tanda setuju.
"Dah siap nanti, pergi naik rehat, solat. Siapkan makan pakai suami tu elok-elok," mamanya pesan perlahan. "Mama pun nak rehat ni," lalu Puan Sri Cahaya leraikan pegangan tangan anaknya dan berlalu pergi.
Medina ambil tugas untuk mencuci pinggan kecil-kecil yang digunakan. Tak banyak pun. Selesai cuci pinggan, dia panaskan pula beberapa jenis lauk yang bersisa. Cukuplah untuk mereka sekeluarga makan malam.
Keluarga Tan Sri Malik tidak cerewet, boleh saja makan makanan yang sama dari pagi hingga malam. Tambahan pula hari ini banyak jenis lauk dan makanan sampingan, ada banyak lagi yang belum sempat dirasa.
Medina selesaikan kerja di dapur. Tangan dicuci lalu dia keringkan dengan tisu. Kepala menjenguk ke luar pintu dibahagian dapur rumah mencari suami. Tiada kelibat lelaki itu di belakang rumah. Dia pergi kearah ruang tamu pula, ketika itu baru dia nampak sosok tubuh suaminya dibalik pintu gelongsor.
Medina duduk di kerusi kecil di hujung ruang tamu menunggu suaminya yang sedang berborak sambil minum kopi dengan abah. Samping dan songkok sudah terbang entah kemana. Rambut tersisip rapi, lengan baju bersinsing ke siku dan dua butang teratas baju melayu putihnya tidak dipasang, kacak sungguh laki aku.
Medina hanya pandang suaminya tanpa niat menganggu. Biarlah dulu dia bersembang dengan abah.
"Maro pergi dekat Medina dululah, bah? Dok tunggu Maro agaknya tu," dia perasan isterinya di sofa ruang tamu itu dari tadi tengok dia.
"Ha ya, pergilah. Ni nanti abah suruh Ateh kemas," dia maksudkan cawan kopi mereka itu. Bahu menantunya ditepuk sekali.
Asmara bangkit dengan senyum meminta diri lalu dia berjalan tenang kearah Medina. Lansung Medina berdiri tegak hanya menunggu langkah suami berhenti dihadapan dia.
"My love, my Medinasour," Asmara senyum mengenakan isterinya. Dalam hati Medina tertawa suka. "Tunggu abang ka, yang?" Tak teragak-agak tindakan lelaki itu menjatuhkan kedua tangannya di pinggang Medina lalu ditariknya tubuh kecil itu mendekati dia.
Medina tahan badan mereka daripada bersentuh rapat dengan kedua tangannya pada dada suami.
"Hm... Tunggu habib naik atas," dia menjawab sambil tunduk saja. Malu lah!
"Dina nak sediakan baju untuk habib, kot habib nak mandi ka, solat ka," perlahan suaranya memberitahu si suami.
Isteri dia nak sediakan baju untuk dia? Wah, tak pernah terjadi sebelum ini! Biasanya sendiri nak pakai, pandai-pandailah cari.
"Then kenapa tak siapkan ja baju abang? Kenapa tunggu abang dulu?" Tangan kanannya dibawa pada pipi kiri isterinya. Mulus kulit itu.
"Dina tak tahu habib nak pakai baju apa... Dina minta ampun, habib." Makin rapat tunduknya. Takut dimarah kerana tak disediakan baju untuk sang suami. Syurganya.
YOU ARE READING
Cinta Asmara : Our Romantic Love
RomanceLà Loka Series; Book 1 Asmara Loka x Cinta Medina "Time heals the wounds, but never fade the scars." ⚠️Originally written by adestelle. ⚠️Mentions of domestic violences, religious cult, pedophilic, et cetra. ⚠️ Timestamp to avoid plagiarism. Start d...