35 | HAWA

192 8 0
                                    


                                 💍             

       FATEH memerhati Hawa yang khusyuk memasangkan tali leher berwarna maroon untuk suami tercinta.

Selesai saja Hawa memasangkan, bahu Fateh ditepuk perlahan. Hawa mendongak memandang wajah kacak Fateh. Tajam pandangannya.

Terangkat kening Hawa.

"Kenapa tengok Hawa macam tu?"

"Hawa betul- betul okey?"

Aku angguk kepala seraya melemparkan senyuman kecil kepada Fateg.

"Saya okey je la.Jangan risau."

"Tak payah pergi kerja la Hawa. Saya risau. Awak tak betul-betul sihat lagi." Dia betul risau keadaan Hawa sekarang ni. Nampak saja luaran dia okey tapi dalaman siapa saja tahu.

Sudahlah Hawa baru saja sembuh dari demam. Demam rindu arwah abah. Selepas saja dua hari Tuan Hashim di jemput ilahi, Badrul pulak terpaksa balik di Pahang disebabkan tuntutan kerja.

"Mana boleh macam tu. Dah lama saya tak pergi kerja. Tu bukan cafe saya kecuali awak nak beli cafe untuk saya satu." Senda aku.

"Ok boleh. " Balas Fateh serius.

Terdiam aku seketika. Aku hanya gurau saja.

"Eh Fateh. Saya gurau je la. Jangan ambik serius sangat." Aku suka perlahan.

"Kalau cara itu dapat menggembirakan awak apa salahnya. Saya belanja isteri makin banyak rezeki saya mencurah nanti."

"Saya tak perlukan semua tu la untuk bahagia. Ada awak selalu
di samping saya saja buatkan saya sangatla bahagia. Ada bila saya sedih dan bahagia, sedia jadi bahu untuk saya."

"I'm always with you sayang." Tubuh Hawa ditarik dalam pelukan. Dahi mulus dicium Fateh.

Sayang la kiter kat dia ni.






🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍

   KE sekian kalinya aku hembus nafas. Muak la dengar soalan yang sama je.

"Aku okey Syera. Muak la aku dengar soalan sama. Tadi Fateh tanya, sekarang kau pulak." Merungut aku. Tanggan aku
ligat membersih perkakas  yang diguna untuk memasak sebentar tadi.

"Aku risau kau kat Hawa. Tengok kau macam tak bermaya lagi. Lebih baik kau berehat dulu, Encik boss bagi je laa kau cuti banyak mana pun kau nak."

"Aku lagi tak bermaya kalau aku duduk kat rumah. Pada aku duduk kat rumah asyik nak menangis je lebih baik aku datang kerja. Hati tenang, duit masyuk."

"Suami kau tu kaya, cakap ke kau nak berapa dia bagi je la."

"Duit suami aku bukan duit aku." Perkakas yang sudah bersih ditelak dalam rak. Memang betul Fateh bukan sejenis kedekut tapi rasa tak enak pulak guna duit suami untuk tunaikan kepeluang hidup kita.

"Dah la aku nak balik dulu. Shiff aku dah tamat.Kau shiff petang kan? Good luck" Hawa terbalik tubuh badannya menghadap Syera.

Sengih panjang aku. Bukan aku tak tahu, shiff petang ni sungguh memenatkan. Ramai pelanggan.

"La awalnya kau balik."

"Nak buat macam mana rezeki aku. Ok la see you tomorrow bye!" Beg berwarna hitam dicapai lalu mengatur langkah keluar dari kawasan dapur.

"Awal betul balik. Aku juga la kena hadap shiff ni.Kenapa la aku ni dapat shiff petang je selalu. Muak betul.". Marah Syera sendiri.






🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍

         TANAH yang masih merah itu ditatap sayu. Selesai saja membaca yaasin, air dalam botol diambil lalu dicurah perlahan-lahan.

"Abah. Hawa rindu abah." perlahan ucapnya.

"Abah doa kebahagian Hawa ye, semoga Hawa terus kuat. Hawa selalu doa untuk abah."

"Hawa redo kepergian abah. Semoga abah tenang di sana. Hawa sayang abah di dunia dan akhirat."

Lama aku menatap kubur yang sudah basah dengan air.

Teringat lagi perbualan antara aku dengan abah. Abah selalu cakap yang abah rindukan suara budak-budak, bau baby la. Abah pun dah siap kelengkapan bayi untuk anak kami nanti. Abah yang paling seronok walhal aku tak dapat kasi lagi cucu kat dia.

"Tak apa abah nanti Hawa datang dengan cucu abah. Buat sekarang rahim Hawa masih tiada penghuni. Hawa dengan Fateh pun tak sabar nak tunggu kedatangan ahli baru. Abah doakan Hawa, semoga Hawa dapat gelaran ibu cepat-cepat. Hawa tak sabar."

"Abah, Hawa balik dulu. Nanti Hawa datang lagi kalau Hawa free. Hawa datang dengan menantu abah. Kalau ada rezeki dari Tuhan, Hawa akan datang sekali dengan cucu abah." Tertahan nada aku. Aku sudah berjanji tak akan menangis disebabkan abah, aku kena redo. Semua manusia akan mati. Cuma cepat dan lambat saja.

Aku bangkit dari beralaskan tikar rotan. Cuaca pun semakin suram, lebih baik dia balik selalu takut Fateh risau pula.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA🥰
#rayakansebulan🤘🏼

CO | HAWA ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang