68 | BAB AKHIR

1.1K 18 0
                                        


💍

HAWA tolak daun pintu perlahan. Bunyi engsel tua mengerang sedikit, pecah sepi menyelubungi rumah.

"Assalamualaikum," kata aku  lembut.
Tapi tak ada suara yang jawab.
Kosong.

Aku langkah masuk. Ruang tamu kemas seperti biasa. Kemas seperti aku tinggal sebelum ni.

Tapi ada satu tidak kena.

Tak ada suara anak yang menjerit manja.
Tak ada kelibat suami yang biasanya muncul dari dapur sambil senyum kecil seraya memanggil aku SAYANG

Hawa berdiri di tengah ruang. Mata melilau, hati mula rasa tak sedap.
"Mana semua orang ni?" soal aku perlahan.

"Kalau nak keluar tak akan tak ajak aku." Soalan dilontar itu dibalas sepi

Langkah Hawa makin perlahan.
Aku pandang sekeliling sekali lagi, cuba cari sesuatu yang boleh beri jawapan.

Aku melangkah ke arah bilik tidur. Tombol pintu dipulas. Kosong.
Katil kemas.

Langsir bergerak perlahan, disentuh angin petang yang menyelinap masuk melalui celah tingkap.

Aku kembali ke ruang tamu, capai telefon dalam handbag hitam. Baru sahaja aku buat panggilan, bunyi pintu besi berkeriut di dapur.

Aku terkaku.

Aku mula mengatur langkar secara perlahan ke dapur walaupun dada masih berombak.

Belum sempat aku buka pintu, daun pintu ditolak dari luar.

"Surprise!!!". Jerit satu suara kecil, riang dan nyaring.

Aku terkejut, hampir melangkah ke belakang.

Di hadapan aku ini berdiri Umairah, anak perempuannya yang comel sambil memegang kotak kek yang hampir sebesar tubuh kecilnya.

Haih mujur tak tenggelem anakku ini.

Di belakangnya pula ada suami aku tersenyum lebar, tangan penuh dengan beg plastik berisi makanan dengan sejambak bunga rose sekali.

Alaaa cutenyaa

Hawa terpaku. Sekelip mata, segala keresahan tadi hilang

"Maaf buat sayang terkejut. Kitaorang plan nak buat kejutan," kata Fateh sambil mengenyit mata. Dia hulur bunga mawar dekat aku , dan aku pun sambut dengan senyum lebar.

"Kami beli kek untuk mama! Happy Birftday mama!" Jerit Umairah dengan bangga sekali

Aku tersenyum. Air mata  bergenang, antara lega dan terharu.

Amat terharu anak dan suami pula teringat hari jadi aku sendiri. Macam mana boleh terlupa hari jadi sendiri.

Aku dakap Umairah erat, lalu menoleh ke arah Fateh yang sudah meletakkan beg di atas meja.

"Terima kaseh sayang mama semua. Mama love it." Ucap aku penuh terharu.

Aku pandang wajah dua insan yang menjadi dunia dan nafas aku. Mata aku berkaca, tapi senyum di bibir tak lekang.

Fateh menyentuh bahu Hawa perlahan.

"Kami pun sayang mama sangat-sangat," balasnya ringkas, tapi cukup dalam maknanya.

Umairah mengangguk laju. "Umai pun cayang mama ugak." Sampuk Umairah secara pelat.

Hawa tergelak dalam sebak. Aku angkat tangan, membentuk isyarat hati dengan jari, dan Umairah segera meniru sambil ketawa kecil.

"Dah jom kita makan." Sampuk Fateh lagi. Kotak kek mula dibuka.

Fateh memotong kek dengan cermat, meletakkan sepotong besar di piring Hawa. "Untuk mama yang paling cantik," katanya, mengusik. Hawa hanya ketawa, bahagia.

"Terima kasih, papa handsome." jawab Hawa sambil menerima piring itu. 

Selepas beberapa suapan kek dan tawa kecil yang bersilih ganti, Hawa bersandar santai di sofa sambil memandang dua insan kesayangannya yang duduk di sisi. 
Mata akumerenung Umairah yang masih leka menjilat hujung jari.

Hawa sengih kecil. 
"Hmm... sekarang mama nak tahu, siapa mastermind sebenarnya belakang semua ni?" soal aku dengan nada mengusik.

Umairah serta-merta angkat tangan, bangga. 
"Umai! Umai dengan papa plan dari minggu lepas lagi!"

Fateh tergelak sambil mengangguk. 
"Betul. Anak kita ni yang sibuk nak beli kek, nak pilih makanan , semua dia tentukan. Papa cuma ikut je arahan bos kecil."

Hawa berpaling ke arah Umairah. 
"Jadi Umairah yang pilih kek ni?" 

Umairah mengangguk laju. "Haah Umai yang choose. Umai tahu mama tak cuka kek perisa coklat so i choose another flavour utk mama. Tapi Umai tambah cheese couse i love cheese."

Mereka ketawa serentak.

Hawa geleng kepala perlahan, tersenyum penuh kasih. 
"Comelnya anak mama ni. Dan abang pun satu boleh pula senyap-senyap plan semua ni. Langsung tak bagi hint."

Fateh angkat kening. "Kalau bagi hint, mana jadi kejutan sayang oii."

Umairah menambah, "Papa cakap harini hari special mama , jadi kita kena buat mama cenyum ari ni."

Hawa tersenyum.

Sejak beberapa hari ni memang aku agak sibuk. Banyak kerja yang aku kena uruskan, lagi-lagi aku baru saja buka cawangan kafe baru.

Memang penat dari urus staf, stok, sampai ke hal promosi. Tapi nasib baik aku ada suami yang sangat memahami. Sedikit sebanyak, sokongan Fateh buat aku rasa kuat walaupun penat.

"Terima kasih, abang... dan Umairah sekali. Mama betul-betul rasa gembira hari ni," kata aku sambil tersenyum tenang.

Fateh mengangguk. "Itu je yang kami nak, nak mama tersenyum."

Hawa memeluk Umairah dan mencuri pandang ke arah suami aku

Dalam kesibukan dan keletihan, momen ringkas seperti ini mengingatkan aku bahawa kebahagiaan tidak perlu dicari jauh-jauh.

Ia ada di sini. Bersama mereka.

Selawat dk agiih tuu 🤨

✨❤️ *‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞❤️

21| 4 | 25🦋🤍

CO | HAWA ✅Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang