57 | HAWA

724 13 2
                                        


💍

        "YA ALLAH Ainul. Umi suruh kamu gaul kuah tomyam ni bukan duk merenung kuah ni. Tengok ni dah habis keluar kuahnya." Marah umi seraya tangganya lincah bergaul kuah tomyam itu. Nasib baik dia terdetik nak jenguk ke dapur kalau tak, entah apa la jadi dapur dia nanti.

"Err maaf-maaf umi. Ainul berangan pulak."

"Haih budak ni. Kamu ada masalah ke Ainul sejak balik dari jumpa Fateh. Umi nampak kamu banyak diam je. Ada apa-apa masalah ke?" Soalnya turut risau.

Siti Ainul satu-satunya anak dari hasil perkahwinannya dengan Encik Halim. Selepas saja dia melahirkan Ainul, Encik Halim dapat kerja di luar negeri. Sejak Ainul berumur satu bulan sehingga sekarang Encik Halim tidak pernah balik.

Bukannya dia tidak pernah cari. Dah serata tempat kerja Encik Halim dia cari tapi tuannya tiada.

Jadi dia redo sahaja.

Mungkin Encik Halim sekarang dah bahagia dengan isteri dan anak-anak baru atau pun teleh dijemput ilahi.

Apa-apa pun dia tetap doa terbaik untuk bekas suaminya itu.

Segala susahnya dilihat Ainul sehingga la sekarang hanyalah Ainul penguatnya. Kerna itu dia mahu yang terbaik untuk anak gadisnya itu.

Ainul menggeleng kepala. Tak akan dia mahu cerita hal sebenar.

"Bukanlah umi. Masalah kerja sikit.'

"Hem iyalah. Ada masalah share dengan umi jangan pendam." Bahu Ainul digosoknya perlahan.

Ainul mengangguk seraya tersenyum kecil ke uminya.

"Kamu tolong letak kuah tomyam tu dalam mangkut ye. Umi nak ke bilik sekejap. Nanti kita makan sekali" Suruh umi.

"Baik umi."





🦋🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍

     ZIAT menarik kerus berhadapan dengan Fateh. Sudah dua malam Fateh tumpang tidur rumah dia.

Fateh nak balik rumah sendiri terasa sunyi pulak, balik rumah nenda takut disoal banyak pulak. Jadi lebih baik menginap di rumah Ziat dulu.

"Kau okey tak ni Fateh?Nasi bungkus yang aku beli tadi kau tak makan pun kan?"

"Aku okey je lah.Aku tak ada selera la nak makan" Lemah saja nadanya.

Ziat hela nafas. Dah macam mati bini aku tengok Fateh ni. Lemau semacam aje.

"Kalau kau nak makan apa-apa beritahu je la aku. Nanti aku cari untuk kau."

Fateh gelak halus. Dia risau macam kita ni nak mati saja.

"Haih kau ni caring bukan main ye. Aku okey. Aku tak ada rasa nak makan apa pun. Kalau aku nak makan pun, pandai-pandai la aku cari. Bukannya aku patah kaki pun." Seloroh Fateh. Dia tak sukan orang layan dia macam mintak belas kasihan

"Aku cuma risau."

"Ye aku tahu."

Bunyi panggilan dari telefon Fateh membuatkan percakapan mereka turut terhenti.

Fateh mendengus sebelum menjawab panggilan itu.

Senada saja suara Fateh.

Siapa?

Tak akan Hawa.

"Malas lah."

"Hemm baik."

"Sapa call tu?" Mati sahaja panggilan. Cepat-cepat disoalnya.Badannya ke depan sikit.

Nampak sangat pak cik bawangnya

"Ainul." Jawabnya pendek

"Dia nak apa lagi call kau?" Soal Ziat serius.

Perempuan ni memang tak faham-faham ke. Punyalah dia panjang berjela cakap, langsung tak menusuk dalam hati ke.

"Nak jumpa."

"Haih tak insaf lagi minah tu ye." Perlahan Ziat monolognya

"Aku nak jumpa dengan dia sekejap kat luar." 

"Hem yelah. Hati-hati." Hanya angguk sahaja balasan Fateh. Fateh bangun daripad kerusi dan naik ke bilik untuk bersiap-siap.

"Aku nak buat apa lagi nak suruh kau insaf ye Ainul."

"Patut ke aku culik kau pergi kahwin kat siam?" Soalnya sorang diri

18 | 1 | 25🦋

Selawat dk agiih tuu 🤨

✨❤️ *‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

CO | HAWA ✅Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang