💍
HAWA mengengam kemas telefon miliknya. Bersama tatapan geram.
Ini kata kerjanya.
Hawa cuba bertenang. Nombor Fateh dicari lalu dipanggilnya. Tunggu beberapa saat panggilannya dijawab.
"Assalammualaikum abang. Abang masih kat pejabat ke? Soal aku masih tertahan-tahan nada.
"Waalaikummusala. Ye sayang kenapa? Ada masalah ke yang?" Soal Fateh balik. Keanehan dia.
"Tak ada. Saja. " Jawab aku senada.
"Ye ke?"
"Ye."
"Everything okey right?"
"Ye. Tak apalah Pak Mat dah datang."
"Baik-baik sayang. Jumpa kat rumah."
"Okay." Letak saja panggilan aku hela nafas kuat.
Sakit mata sakit hati sakit belaka.
Makin gedik si kak Ainul tu ye. Bersuap bagai. Suami aku tu ada tanggan laa boleh makan sendiri.
Geram saja aku lihat dua makhluk ni.
Tekak ni baru rasa nak minum benda manis tapi setelah lihat terus hilang rasa.
Suapan Ainul ditolak Fateh. Aku senyum lega.
Tapi itu sikit baru leganya.
"Tak apa anakku, kita tunggu papa balik. Lepastu kita berperang ye." Lembut aku usap perut yang masih tidak berbentuk.
Kecil saja senyumanku beri.
🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍🦋
MASUK saja dalam rumah Fateh hembus nafas lega.
Banyak betul karenah Ainul tu. Katanya nak fitting baju je alih-alih pergi cari barang lain pulak.
Berjam-jam pulak dia kena tunggu.
Sunyi saja rumah nenda ni.
Fateh mula mengatur langkah ke dapur. Dahaga pulak rasa tekak ni.
"Mana yang lain mak mah?" Tegur Fateh kepada mak mah yang baru siap menjemur kain.
"Nenda kamu keluar dengan Ziat, katanya ada kenduri tadi." Jawab mak mah. Bangkul kain letak di bawah. Lelah rasanya.
"Ouhh dah lama ke dia datang?" Soal Fateh lagi. Soal kenduri itu dia sudah tahu. Sebenarnya nenda ajak dia tapi dia tolak. Katanya dia sudah jadi laki orang nanti orang berkenan dekat dia payah pulak. Kerna itu dia ajak Ziat je.
Ziat dengan family dia pun dah macam anak beranak dah.
"Adalah sejam tadi dia datang. Ziat tak duduk lama pun, katanya nak cepat. Takut jalan jem."
Fateh angguk kepala tanda faham. Botol air mineral letak semula dalam peti.
"Pak Su kamu pulak keluar dengan Mak su dan anak-anak. Yelah hari minggu kan." Jawab Mak Mak lagi tanpa ditanya.
Mak Mah ni memang peramah orangnya. Kerna itu Hawa cepat je selesa dengan Mak Mah.
"Hawa dalam bilik ke Mak Mah?" Saja dia bertanya. Selalu waktu macam ni Hawa tidur. Sejak Hawa sahkah mengandung, hobi dia tidur. lagi-lagi dia dah berhenti kerja memang tidur la kerjanya.
" Dia keluar tadi."
"Keluar?" Soal Fateh semula. Takut-takut dia salah dengar.
"Haah. Mak Mah tak sempat tanya pulak nampak macam kalut saja. Dia tak beritahu kat kamu ke?"
"Rasanya tak ada. Tak apalah Fateh cuba call dia nanti. Fateh naik bilik dulu."
"Ha yelah. Kalau kamu nak makan beritahulah nanti Mak Mah sediakan makanan."
Aku senyum saja balasannya.
🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍
BERKALI-KALI Fated cuba menghubugi Hawa tapi langsung tidak diangkatnya.
Fateh decit geram.
Apa masalah ni.
Keluar langsung tak diberitahunya. Sudahlah sendirian.
Fateh hempas tubuhnya atas katil. Fateh cuba menghubugi lagi namun masih tidak dijawab.
Fateh lihat ruang bilik ini. Rasa macam lain pulak bilik.
Dari sudut ke sudut lain. Sama sahaja bentuknya tiada yang beza. Kemas.
Tapi dia perasan satu benda yang lain. Barangan Hawa atas meja solek semua tiada hanya tinggal barangan dia saja.
Fateh mula sedar sesuatu.
Almari berwarna hitam itu dibukak kasar dan betul tekaannya satu helai pun tiada baju Hawa.
Hanya baju dia sahaja ada.
Okey sekarang dia faham. Hawa lari dari rumah.
Tapi kenapa?
Dia buat salah apa?
Pasal check out baby?
Pasal check out baby kan dia dah explain dengan baik. Hawa pun terima dengan baik saja.
Fateh mula runsing. Kepalanya di picit perlahan. Satu persatu masalah datang.
Masalah dengan Ainul pun tak di selesai lagi sekarang tambah lagi satu masalah.
Selawat dk agiih tuu 🤨
✨❤️ *۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
29 | 11 | 24🦋🤍
ANDA SEDANG MEMBACA
CO | HAWA ✅
Romansa2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌ START : 5/1/24 END : 4/5/25
