61 | HAWA

759 13 0
                                        


                                     💍

   PAGI itu, suasana di meja makan agak canggung. Isteri dan suami duduk berhadapan, sementara abang ipar mereka duduk di hujung meja.

Walaupun perasaan Hawa sekarang bergolak tapi ditahanya lagi. Mahu sahaja aku sembur Fateh sekarang.

Tapi terpaksa berkelakuan baik demi menjaga keharmonian di hadapan abang Badrul.

"Kat sini ada pasar malam kalau hari minggu. Hawa suka sangat la pergi pasar malam tu." Aku mengangkat muka mendengar nama aku dipetik. Aku senyum nipis saja tanda balas.

"Ouh ya bang. Jauh ke dengan area sini?" Soal Fateh teruja.

Dia mengangkat secawan kopi dan memberikan perhatian pada setiap kata yang diucapkan Badrul.

Berminat betul dengan pasar malam

"Tak jauh pun. Keluar simpang je terus nampak pasar tu."

"Boleh la kita pergi sana nanti. Mesti banyak makanan sedap-sedap."

"Mesti. Kamu bawa Hawa pergi sana. Dia kalau tak pergi sana mesti panas punggung punya."

Fateh berpaling kepada Hawa selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Badrul.

"Ye ke sayang? Nanti kita pergi ye?"

Aku mengangguk kepala saja.

Kalau aku menolak mesti Abang Badrul fikir aneh pula. Jadi lebih baik aku terima saja, kebaikan aku juga hehehe.





🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍

FATEH mengeluh lemah, sudah beberapa kali memeriksa jam di tangannya. Sudah terlalu lama dia menunggu Hawa bersiap, rasa sabarnya semakin tipis.

Dengan langkah longlai, dia akhirnya bergerak menuju tangga. Namun, baru sahaja kaki Fateh melangkah ke tangga, matanya terpaku pada sosok Hawa yang sedang turun dengan anggun. Tudung yang dipakainya tampak sempurna, menambah seri pada wajahnya yang tenang dan cantik. Kecantikan Hawa yang bersederhana, namun begitu memikat, membuatkan Fateh terdiam, seolah-olah segala rasa penat dan jemu yang tadi hilang begitu sahaja.

Hawa bertudung.

Fateh tersenyum penuh kekaguman melihat Hawa yang sedang berdiri di depannya, matanya tidak dapat beralih daripada wajahnya yang baru sahaja mengenakan tudung. Tanpa dapat menahan perasaannya, dia berkata,

"Sayang cantiknya."

Hawa tersenyum malu mendengar pujian Fateh yang memuji kecantikannya. Sejak tinggal di sini, dia sudah lama bertudung. Bagi Hawa, ini adalah perubahan yang besar dalam hidupnya. Walaupun aku kini lebih selesa dengan tudung, aku tetap merasa sedikit canggung melihat kebanyakan wanita di sekitar aku yang juga bertudung.

Yelah aku tinggal negeri pantai timur.

"Terima kasih, Fateh," kata Hawa dengan lembut, cuba menyembunyikan rasa malunya.

"Hawa rasa malu pula tengok semua wanita kat sini yang bertudung dengan penuh keyakinan. Hawa baru nak sesuaikan diri."

Fateh tersenyum dan menggenggam tangan Hawa dengan penuh pengertian.

"Jangan risau, sayang. Setiap orang punya perjalanan mereka sendiri. Yang penting, sayang dah lakukan apa yang membuat sayang rasa baik dan selesa. Sayang sangat cantik dengan bertudung macam ni," ujarnya, memberi semangat dan sokongan kepada Hawa.

"Haih rasa tak nak keluar pulak."

"Aik kenapa?"

"Nanti mesti orang kat pasar malam terpaku tengok kecantikan Hawa. Nanti abang cemburu." kata Fateh dengan nada yang lembut, namun sedikit bimbang.

Hawa terkejut mendengar kata-kata Fateh, dan wajahnya berubah menjadi merah. Tanpa berfikir panjang, dia menampar perlahan tangan Fateh yang memegangnya

Fateh tertawa kecil. Dia bergurau sahaja.

Fateh tersenyum lembut sambil mengambil tangan Hawa dan menggenggamnya erat.

"Jom, kita pergi ke pasar,"




🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍🦋

FATEH menggenggam tangan Hawa dengan erat ketika mereka melangkah masuk ke pasar malam yang dipenuhi orang ramai. Suasana yang sibuk dan penuh dengan kerumunan orang membuatkan hati Fateh sedikit cemas. Dia khuatir kalau-kalau Hawa terlepas dari pandangannya di tengah-tengah keramaian itu. Sudahlah isterinya sedang mengandung.

"Sayang, jangan jauh-jauh ya," ujar Fateh dengan nada yang penuh perhatian, matanya memerhati sekeliling, berusaha memastikan Hawa sentiasa dekat dengannya.

Hawa tersenyum dan merapatkan dirinya pada Fateh, merasa selamat dengan genggaman tangannya yang penuh kasih. "Jangan risau. Hawa ada je la kat sini," jawabnya sambil tersenyum, cuba menenangkan suaminya yang kelihatan sedikit gelisah.

Mata Hawa mula tidak berkelip melihat pelbagai makanan yang dijual di pasar malam. Aroma yang menyelerakan membuatkan air liurnya tertelan, dan perutnya yang semakin buncit turut dirasakannya berkeroncong. Hawa menyentuh perutnya dengan lembut, mengusap perlahan.

"Sabar ya, sayang," bisiknya dalam hati, berusaha menahan diri daripada tergoda. Dia tahu, walaupun keinginan untuk makan begitu kuat, dia harus menjaga dirinya dan bayi yang sedang dikandung.

Fateh yang menyedari gelagat Hawa memandangnya dengan senyuman lembut.

"Sayang nak beli apa?" Soalnya lembut.

"Semua!"

"Ha!" Terkejut Fateh dengar jawapan Hawa

Hawa terus menunjukkan pelbagai jenis makanan yang menarik perhatiannya.

"Yang itu, Hawa nak! Yang ini, Hawa nak juga!" katanya dengan penuh semangat sambil matanya bersinar melihat makanan yang dijual. Bermacam-macam juadah ada. Antaranya Sate, ayam bakar, loceng. Sotong bakar pun ada.

Mananya tak terliur ibu mengandung ni.

Fateh hanya mampu menggelengkan kepala, rasa pening dengan permintaan Hawa yang tiada hentinya.

Namun, tangannya yang sudah penuh dengan pelbagai jenis makanan membuatkan Fateh hanya mampu tersenyum. Walaupun keletihan, dia tetap gembira melihat Hawa begitu ceria dan puas hati.

"Ini yang terakhir, ya sayang?" Fateh bertanya dengan nada lembut sambil memerhatikan senyum Hawa yang lebar.

Mujurlah dia sudah membawa duit tunai yang banyak, jika tidak, pasti dia akan lebih pening lagi.

"Nanti, kita duduk dan makan sama-sama," tambah Fateh sambil melangkah membawa semua makanan yang dibeli. Hawa tersenyum gembira, merasa dihargai dengan setiap usaha Fateh.


Selawat dk agiih tuu 🤨

✨❤️ *‎۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🖤

23 | 2 | 25🦋

CO | HAWA ✅Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang