💍
HAWA menghela nafas panjang, matanya jatuh pada gelas berisi air pegaga yang terhidang di depannya. Rasa muak mula menjalar di kerongkongnya. Sejak mula berpantang, aku memang minum air ini.
Aku meneguk sedikit demi sedikit air itu, setiap tegukan terasa pahit dan menyengat. Berkerut muka aku menahan rasa.
Kata nenda air pegaga ini elok untuk wanita berpantang kerana penuh dengan khasiat tapi masalahnya air ni buatkan tekak aku menjadi derita.
Hawa memandang air dalam gelas yang masih banyak, rasa tertekan di dada semakin menebal. Mahu sahaja aku meraung di sini. Air mata yang sudah hampir menitis, ditahan-tahan. Tak sanggup rasanya meneruskan.
Tiba-tiba, Fateh muncul dari dapur dengan berpakaian kain pelikat dan baju melayu, kelihatan baru sahaja selesai solat dan mandi. Wajahnya masih segar,
Melihat Hawa yang duduk di kerusi makan dengan wajah yang merah, dia segera menghampiri. "Kenapa ni, sayang?" tanya Fateh, nada suaranya penuh risau.
Soalan Fateh itu membuatkan aku cebik bibir, menahan tangis agar tidak tumpah. Dengan suara yang perlahan, aku mengadu kepada Fateh, "Hawa tak boleh minum air ni lagi, abang. Rasanya... terlalu pahit."
Fateh mendekat, memandang Hawa . "Sayang, mana boleh macam tu kena minum jugak air ini elok untuk berpantang, untuk kesihatan sayang jugak. Sikit je lagi, boleh? Sayang boleh buat." Fateh memujuk, lembut, dengan penuh sabar.
Hawa menunduk, masih tidak mahu mengangkat gelas itu. "Tapi Hawa nak muntah kalau minum jugak. Apa kata abang minum jugak." jawab aku, mata aku berkilat dengan idea yang dirasakan cukup masuk akal.
Bulat mata Fateh mendengar cadangan gila Hawa itu. Dia memandang gelas berisi air pegaga yang masih penuh, warnanya gelap pekat dengan campuran sayur-sayuran yang kelihatan begitu menakutkan. Tengok pun sudah seram, apatah lagi kalau harus meminumnya.
"Tapi..." Fateh terdiam seketika, cuba mencari alasan.
Hawa terus memujuk, "Abang bolehlah. Tolong Hawa sekali ni je."
"Kalau nenda tahu mati kita Hawa." Fateh menjeguk sedikit kepala luar dapur. Takut-takut nenda datang.
Bahu tegap Fateh ditampar perlahan ."Tak payah beritahu kat nenda. Senyap sudahlah. Cepatlah minumnya." Gesa aku. Mata aku turut melirik ke sekeliling, memastikan nenda tidak muncul. Biar lama sikit basuh berat cicict dia tu
Aku tahu, apa yang dia buat ini seperti satu tindakan gila. Kalau nenda tahu, pasti dia akan dibebel
Fateh menarik nafas panjang. "Demi sayang bini," bisiknya dalam hati, akhirnya mengalah. Gelas berisi air itu dipegang dengan kemas.
Dengan lafaz "Bismillah", Fateh memejamkan mata dan membawa gelas itu ke bibir. Satu tegukan pertama, kemudian satu lagi. Allah, baru sahaja masuk ke kerongkong, dia hampir mahu muntah. Rasa pahit dan masam itu terus menghantui deria rasanya.
Fateh menolak gelas itu ke depan Hawa, memandangnya dengan penuh kasih sayang. "Habis kan pulak,"
Memang benar kata Hawa, rasanya teruk. Fateh sendiri merasa tidak rela meneguk air itu, apatah lagi Hawa yang terpaksa menghadapinya selama 44 hari.
"Kenapa tak cakap kat nenda Fateh teringin nak minum air tu jugak? Boleh nenda buatkan," suara nenda tiba-tiba kedengaran dari belakang Hawa, membuatkan pasangan itu terkedu.
Hawa terkeju. Fateh yang sedang memegang gelas itu, turut beku seketika, terperanjat dengan kemunculan nenda yang tiba-tiba. "Ha sudahlah," bisik Hawa dalam hati.
Nenda yang sudah berdiri di belakang mereka, tersenyum sinis. "Jangan risau, nanti nenda buatkan lagi air pegaga ni untuk Fateh. Hawa pun minum jugak. "
Hawa dan Fateh saling memandang. Mereka berdua saling mengeluh. Kena minum lagi.
"Kali ni biar nenda teman kamu berdua minum air ni. Biar tak ada kes menipu lagi." Kata-kata nenda itu hanya mampu tersenyum canggung, cuba menyembunyikan rasa malu.
🦋🤍🦋🤍🦋🤍
UMAIRAH, yang sudah lena diletakkan perlahan oleh Fateh di atas katil, kini anaknya itu terbaring di tengah-tengah mereka. Fateh menunduk, memberikan ciuman lembut di dahi anak mereka. "Cayang anak papa," bisiknya dengan penuh kasih sayang.
Tiba-tiba, suara Hawa memanggil namanya, membuatkan pandangan Fateh beralih ke arah Hawa. Fateh mengangkat kening.
Hawa berjalan dengan perlahan seraya memegang perutnya. Sampai sahaja di tempat duduk Fateh, Hawa melabuhkan punggungnya di tepiFateh.
"Ada apa panggil abang?" tanyanya pelik.
Hawa kerling ke anaknya terlebih dahulu sebelum bersuara.
"Pagi tadi, Abang Badrul dan Kak Ainul datang."
Fateh yang mendengar mengohkan saja.
Hawa menyambung lagi dengan nada yang agak teruja, "Abang Badrul dengan Kak Nurul nak berkahwin, abang!" Aku tersenyum lebar. Wajah aku terlakar gembiranya.
Fateh yang mendengarkan itu turut tumpang gembira. "Syukurlah, akhirnya selepas 32 tahun, Abang Badrul jumpa jugak jodohnya," katanya dengan senyuman. "Dan jodoh dia pulak jiran sebelah, kan? Sungguh tak disangka!" Fateh tertawa kecil. Betul orang kata jodoh tak salah alamat.
Hawa mengangguk kepala. Setuju dengan apa yang dikatakan Fateh.
"Bila nak berlangsung perkahwinan tu?"Soal Fateh lagi
"Bulan 9 katanya." Balas aku dengan senyuman
Fateh mengangguk sambil tersenyum.
"Elok sangat pilih bulan tu, Hawa pun dah habis berpantang, anak kita pun dah berusia 4 bulan. Sesuai sangat."
"Kak nurul pun kata dia pilih tarikh tu sebab Hawa. Biar Hawa dapat habis pantang betul-betul dulu. Haih tak sabarnya nak habis pantang." kata Hawa dengan sedikit keluhan.
Fateh hanya menggelengkan kepala, tersenyum melihat gelagat Hawa.
"Baru seminggu pantang sayang oii. Lambat lagi."
29 | 3 | 25🦋🤍
hemm kahwin laa semuanyaa😭
ANDA SEDANG MEMBACA
CO | HAWA ✅
Romance2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌ START : 5/1/24 END : 4/5/25
