56 | HAWA

703 12 7
                                        


                                     💍

         DALAM beberapa hari ini keadaan aku semakin pulih. Demam pun tak lagih, sakit tekak pun dah hilang.

Semenjak aku demam ni, aku memang dilayan bak ratu oleh suamiku. Tapi aku je lah masih layan dengan serba lewa.

Masih tersisa sakit di hati.

Perkahwinan dia dengan Ainul pun dikatakan sudah dibatalkan.

Aku sungguh lega. Mahu saja aku buat pulut kuning.

Tapi aku tengok dia jarang keluar. Kalau keluar pun pergi kerja dalam pukul 5 terus pulang ke rumah.

Macam mana aku tahu kerja?

PA dia la siapa lagi.

PA dah jadi spy aku pulak dah.

Kerna itu aku semakin percaya perkahwinan itu tidak terjadi.

Bunyi deringan telefon Fateh menyebabkan pekerjaan jemur kain aku terhenti.

Berkali-kali deringan telefon berbunyi namun tuannya pula hilang.

Aku mengeluh geram. Kain itu aku lepar kasar dalam bakul

Mood rajin baru datang dah ada penganggunya.

Buat apa pun tak tahu tuanya pun.

Tanpa lihat nama panggilan terlebih dahulu terus aku angkat panggilan tersebut.

Angkat saja panggilan itu nada perempuan menyahut.

"Sayang "

Kak Ainul

"where are you. Baju melayu  you ni kat rumah i lagi. Kalau you tak ambik baju melayu ni, you nak pakai apa masa akad nikah kita. Dah lah tinggal berapa hari lagi nih." Beritahu seorang perempuan yang bernada manja.

Berderu nafas aku.

Suara kak Ainul.

Terus panggilan itu ditutup laju.  Aku cuba mengatur nafas dengan betul. Jadi perkahwinan itu masih berjalan.

Ya Allah. Ujian apakah ini.

Setitik demi setitik air mata mula jatuh. Tangisan yang perlahan mula menjadi kuat.

Ya Allah sakitnya. Sekali lagi aku ditipu.

"Sayang kenapa nangis ni? Sakit ke?" Soal Fateh risau yang baru keluar dari tandas.

Semakin kuat aku melepaskan tangisan.

"Ye sakit samgat."

"Sakit kat mana. Mari sini abang temgok. Perut ke?" Lembut saja Fateh tarik tubuh aku. Kiri kanan dibeleknya.

Tak ada luka pun

Aku menggeleng kepala.

"Hati."

"Ha?"

Pegangan Fateh aku tolak. Air mata semakin galak keluar itu aku kesat dengan kasar.

"Dah la! Tak payah nak tipu Hawa lagi. Suka la kan abang memperbodohkan Hawa kan? Dan Hawa puj bodoh jugak percaya cakap laki dusta macam abang ni!" Soal aku bernada keras.

"Hawa!"

"Hawa tak kisah dah bang. Abang nak kahwin ke nak apa pun. Hawa betul-betul tak kisah. Abang uruskan hidup abang sendiri dan Hawa urus hidup Hawa sendiri. Sakit sedih Hawa biar Hawa je tanggung. Dah abang keluar dari rumah ni."

CO | HAWA ✅Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang