63 | HAWA

638 9 0
                                        


                                      💍
       
        FATEH membuka bonet kereta, meletakkan begnya bersama beg Hawa yang sudah siap dikemas.Seminggu yang berlalu di rumah Badrul penuh dengan kenangan manis, tetapi kini tiba masanya untuk mereka berdua kembali ke kota. Tiba masanya untuk melangkah ke bab seterusnya dalam kehidupan mereka.

Semoga baik-baik saja.

Fateh berdiri di tepi kereta, matanya memandang Hawa yang sedang berpelukan erat dengan Badrul. Air mata Hawa mengalir perlahan, jelas sekali dia berasa berat untuk meninggalkan tempat ini, meninggalkan abang Badrul dan Kak Ain.

Fateh mendekat, berhenti beberapa langkah dari mereka. Dia memandang Hawa yang masih dalam pelukan Badrul.

Badrul ketawa perlahan melihat Hawa yang menangis di samping Fateh.

"Haih mak buyung nih jangan la nangis. Nanti Hawa datang la lagi. Bukanya tak boleh datang." Badrul berkata sambil menggosok bahu Hawa, memberi sedikit ketenangan. Aku hanya mengukir senyum tipis, meski mata aku masih kelihatan berkaca.

Aku sedut hingusnya yang hampir meleleh, cuba menahan rasa sebak. "Terima kasih bang, terima Hawa kat rumah abang ni. Terima kasih layan perangai Hawa yang tak semenggah ni," kata aku dengan suara bergetar, cuba menahan air mata yang masih bertahan.

Badrul hanya tersenyum lembut, tidak terganggu dengan keadaan Hawa.

"Haih apa pulak cakap macam tu. Mestilah abang terima, Hawa satu-satu je adik abang. Susah Hawa, abang mesti kena bantu. Nanti kalau abang susah ke sakit Hawa bantu abang pulak." katanya dengan nada lembut.

Fateh memandang Hawa sejenak, sebelum matanya beralih ke arah Badrul . Dengan nada sopan dan penuh hormat, Fateh bersuara, "Terima kasih banyak, abang. Jaga bini Fateh ni selama dua minggu ni, Fateh hargai sangat."

Badrul hanya tersenyum dan mengangguk, seakan memahami betapa besar erti penghargaan itu. "Apa lah sangat  Fateh, tak ada apa pun la. Lagipun abang suka ada Hawa ni, boleh la buat gaduh. Tak ada rasa sunyi sangat. "jawab Badrul bersahaja.

Kedatangan Kak Ain ke rumah Badrul benar-benar membuatkan Hawa semakin sebak. Kak Ain adalah satu-satunya yang sentiasa  menemani Hawa selama dua minggu ini, menjadi rakan boraknya, bahkan juga menjadi chef yang menyiapkan makanannya.

Aku memandang Kak Ain dengan mata yang mula berkaca, terasa berat untuk berpisah. Kak Ain senyum lembut, cuba memberi sokongan dengan menepuk bahu Hawa. "Jangan sedih, Hawa. Nanti kita jumpa lagi. Tak perlu sedih sangat nanti baby pun turut sedih."

Kata-kata Kak Ain walaupun penuh pengertian, tetap membuatkan Hawa rasa terharu. Kak Ain memang banyak membantu, memberi semangat setiap kali Hawa rasa lemah. "Terima kasih, Kak Ain. Jadi kawan Hawa selama ni. Selalu bagi Hawa kata semangat untuk berubah. Kalau Kak Ain tak muncul mungkin sampai sekarang Hawa macam tu jugak." ujar Hawa dengan suara yang terisak.

"Hawa berubah kerana Allah bukan sebab akak. Akak cuma bagi nasihat tapi yang datang niat nak beruba itu semua Hawa. Akak doakan Semoga Hawa terus istiqamah ye." Lembut ucapannya.

Air mata dipipi aku kesat lalu tubuh kurus itu aku peluk erat. Rindunya nanti.

Fateh yang melihat situasi itu hanya tersenyum, memberi ruang agar Hawa meluahkan perasaannya.

Fateh sunyi kecil terhadap Kak Ain dan juga Abang Badrul tanda bersedia untuk beredar. "Okey, Fateh dan Hawa nak gerak dulu. Terima kasih lagi, Badrul dan Kak Ain. Kitaorang gerak dulu. In sya Allah kalau kami free, kami datang lagi." kata Fateh sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Badrul. Badrul mengangguk, tersenyum, dan bersalaman dengan Fateh, memberi ucapan selamat jalan.

CO | HAWA ✅Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang