💍
AKU menghirup udara segar. Nyaman sungguh rasanya.
Angin-angin sepoi meniup rambut aku.
Pandai betul abang Badrul pilih rumah. Berhadapan dengan pantai. Kalau stress boleh relese tension tengok pantai
ye dok
Sudah dua hari aku menginap rumah abang Badrul di Terengganu. Dua hari tu juga aku tak buka langsung telefon.
Soal aku keluar dari rumah ni pun tiada siapa tahu, lagi-lagi Fateh.
Buat apa aku nak beritahu. Dia pun tak risau soal aku. Mesti dia lagi sibuk uruskan perkahwinan dia dengan kak ainul.
Tentang aku, ingat pun tak.
Biarlah aku duduk kat sini tanpa perlu aku hadap masalah-masalah yang berada di ibu kota tu.
Semakin lama aku duduk sana semakin gila aku.
"Hawa. Jom makan." Ajak Badrul.
Ajakan Badrul aku sahut. Dengan perlahan aku bangkit dari duduk lalu masuk ke dalam rumah semula.
"Abang masak apa?" Tanya aku
"Bihun bujang je Hawa oii. Itu je abang pandai."
"Hawa nak masak abang tak nak bagi tadi."
"Aik tak akan abang nak bagi awak masak adik oiii, tengok tuu awak tengah bawak sapa. Anak saudara abang tau. Kalau Fateh tahu abang buli Hawa, nampus abang tau." Badrul menggeleng kepala tidak mahu.
"Dia tak kisah pun bang oii." perlahan saja aku jawab.
Pinggan berisi bihun diletak depan aku.
Bau pun sedap.
"Hari ni abang balik lewat sikit tau. Kalau Hawa nak makan apa, telefon grab tau."
"Selalu kalau abang balik lambat sampai pukul berapa?" Soal aku. Sejak aku menginap di sini tak pernah lagi abang Badrul pulang lawat sampai larut malam.
Rasa takut la juga. Sudahlah bukan tempat tinggal aku.
"Dalam pukul 10 macam tu. Tak apa la Hawa tak payah tunggu abang. Abang ada kunci spare."
Aku mengangguk saja.
"Sudah dua hari Hawa tinggal sini, suami Hawa tak risau ke?"
"Buat apa nak risau Hawa bukan tinggal dengan orang lain. Dengan abang Hawa jugak."
"Idok ler abang pelik. Selalunya suami ni payah tau nak lepas bini lama-lama nih. Takut rindu."
"Tak apa dia dah biasa dah." Jawab aku malas.
"Iyalah Hawa. Dah tambah lagi tu." Mangkut bihun ditolak depan aku. Aku apa lagi tambah ler.
Hal masalah rumah tangga aku dengan Fateh tidak ditahu oleh Badrul. Biar je lah jadi rahsia dulu.
🦋🤍🦋🤍🦋🤍
"AINUL." Panggilan Fateh mengejutkan Ainul dari realiti.
Ainul senyum kecil sebelum mengengsot tepi sedikit memberi ruang kepada Fateh untuk duduk.
"Kenapa nak jumpa kat playground ni? Tak panas ke?" Soal Fateh pelik. Dengan cuaca panas rasa tidak sesuai berbincang masalah tempat macam ni. Sudahlah sunyi tempat ni. Yelah mana ada makhluk yang bermain playground masa ni.
"Saja. Lama i tak datang kat sini. Last i datang masa i umur 12 tahun. You tak selesa ke duduk kat sini? Nak cari tempat lain?"
Fateh menggeleng kepala. Tak selesa memang tidak selesa la. Dengan cuaca panas terik lagi. Tapi tak mahu pula hampakan perasaan Ainul.
"Betul ke?"
"Betul. Ni ada apa you nak jumpa i? Kata ada hal penting." Tanyanya pula.
"I sebenarnya...."
"You apa?" Soal Fateh lagi tidak sabar.
Ainul tarik nafas. Mengambil segala kekuatan untuk beritahunya.
"I nak cancel kita punya wedding." Beritahu Ainul dengan satu nafas.
"Ha! Serius ah. Eh tapi jap kenapa?"
"I ada reason i sendiri."
"Suddenly nya. You tahu kan kita punya wedding dua hari lagi. Kenapa harini you baru nak cancel? You saja ke?" Soalnya rasa tidak puas hati.
"No! I dapat tahu yang you wife pregnant. I tak sampai hati, i takut nanti anak you jadi macam i. Dibesarkan tanpa kasih ayah. I tahu rasa sakit macam mana dan kalau boleh i tak orang lain rasa macam tu jugak." Beritahu Ainul jujur
"Ainul. Thanks a lot. And sorry too." Fateh hela nafas lega. Lega perkahwinan ini tidak jadi dan rasa kesian pula pada Ainul terpaksa membatalkan perkahwinan yang pernah kami rencanakan.
"Is okey cinta tak boleh paksa kan." Senyum Ainul paksa.
"Tapi i nak beritahu something yang lebih penting lagi." Tambah lagi Ainul.
Banyak kejutan harini.
"Apa tu?"
Selawat dk agiih tuu 🤨
✨❤️ *۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🖤
28 | 1 | 25🦋
Hampa semua sikit lagi nak ending
vote banyak2 baru kita up lagi😜
Sapa excited nak tahu ending? Acu comment shikit🥹
ANDA SEDANG MEMBACA
CO | HAWA ✅
Romance2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌ START : 5/1/24 END : 4/5/25
