💍
Puan Sri Khatijah tersenyum lebar ketika melipat daun pandan yang membungkus inti kelapa manis untuk membuat kuih koci. Tangannya cekap dan penuh kasih, setiap lipatan kuih kelihatan sempurna.
Kuih koci kemudian dikukus selama kira-kira 15 hingga 20 minit, hingga daun pisang berbau harum dan adunan tepung menjadi kenyal. Puan Sri mengangkat kuih koci itu dengan hati-hati dan meletakkannya dalam mangkuk.
Puan Sri yang ralit dengan kerjanya tersentak seketika apabila pembantu rumah muncul di dapur. Wajahnya tampak terkejut, namun senyuman tetap tidak lekang di bibir. "Puan Sri buat kuih koci ni untuk sapa?" soal Mak Uda, sambil memerhatikan Puan Sri Khatijah yang masih sibuk mengatur kuih-kuih dalam mangkuk.
Puan Sri Khatijah berhenti seketika dan menjawab, "Kuih ni saya buat untuk Hawa, dia mengidam. Hawa ada call saya kata teringin sangat nak makan kuih koci ni."
"Rajinnya Puan Sri sampai buat kuih koci untuk cucu menantu. Pasti Hawa suka sangat," Balas dengan penuh kekaguman.
Puan Sri Khatijah tersenyum sambil memandang pembantu rumah , lalu menjawab
"Haih kena rajin nak buat kuih untuk cucu menantu jugak. Nanti Hawa berpantang tak boleh nak makan dah." Puan Sri tersenyum sambil tangannya terus cekap membungkus kuih koci.
Selesai berkata begitu, Puan Sri meletakkan bekas yang sudah terisi dengan kuih koci di atas meja.
Dia kemudian memandang Mak Uda dengan senyuman lembut.
"Mak Uda, tolong bawa kuih ni kepada Pak Mat. Suruh dia hantarkan kuih ni ke rumah Fateh. Saya pulak, lepas ni ada hal dengan NGO." arah Puan Sri Khatijah
"Nanti saya suruh Pak Mat antar," jawab Mak Uda, sambil mengangkat bekas kuih koci itu. Kemudian, dia memandang Puan Sri dengan penuh rasa ingin tahu. "Puan Sri nampak sibuk kebelakangan ni? Ada projek hebat ke Puan Sri?"
Puan Sri mengambil kain untuk mengelap tanggan lalu dia menjawab, "Saya memang agak sibuk kebelakangan ini. Banyak hal-hal yang perlu dibereskan. Saya nak pastikan semuanya berjalan lancar sebelum Hawa beranak nanti. Lepas tu, baru boleh bagi tumpuan penuh pada dia nanti."
Mak Uda mengangguk faham, terlihat kagum dengan sikap Puan Sri "Betul jugak Puan ye. Kalau semua beres bolehlah main dengan cicit lama sikit. Ye dok?"
"Betul tu Mak Uda Tak apa la saya nak naik bilik dulu nak mandi. Kamu jangan lupa bagi kuih tu kat Pak Mat." kata Puan Sri sambil bangun dari meja, hendak menuju ke tangga.
"Baik Puan Sri." Hilang saja kelibat Puan Sri Khatijah, Mak Udaberlalu ke luar rumah untuk cari Pak Mat.
🦋🤍🦋🤍🦋🤍
BAJU -baju bayi yang baru dibeli itu telah disimpan oleh Fateh dalam beg. Dia melakukannya dengan penuh khusyuk supaya tidak tertinggal satu pun baju.
Ketika melipat baju-baju dalam beg, Fateh terhenti sejenak apabila terlihat sebuah baju berwarna pink yang comel. Dia tersenyum, memandang baju itu. "Kalau anak aku perempuan, mesti secantik mamanya," fikirnya sambil membayangkan wajah bayi yang bakal hadir.
Fateh dan Hawa telah membuat satu keputusan untuk merahsiakan jantina bayi mereka. Biar masa lahir saja mereka tahu. Walaupun begitu, menurut firasat hati seorang ayah, dia rasa anak mereka perempuan. Namun, dia tak kisah jantina apa pun. Yang penting, dia berharap anak yang dilahirkan nanti sihat dan sempurna, itu sahaja yang paling dia harapkan.
Kedatangan Hawa ke dalam bilik mengejutkan Fateh yang sedang sibuk melipat baju.
Fateh segera membalas senyuman Hawa dengan penuh kasih. Hawa yang pelik melihat kelibat suaminya yang sudah hampir selesai mengemas.
"Kenapa tak tunggu Hawa dulu? Boleh la kita simpan baju sekali."tanya Hawa sambil memandang Fateh yang sibuk mengemas.
"Abang tak mahu ganggu, Hawa. Nampak ralit sangat kuih koci sayang makan tu ." jawab Fateh dengan nada lembut, matanya memandang penuh kasih pada isterinya. Aku senyum dengan sikap timbang rasa Fateh.
Haih manis betul papa fateh ni.
"Sedap sangat kuih tu nenda buat abang. Rasa nak lagi." Aku berkata sambil ingatan terbayang akan kuih koci dimakan tadi
"Haip mana boleh makan selalu sayang oii. Manis tu."
"Ye tak ler." Aku mencebik,
Aku memandang Fateh dengan mata penuh tanda tanya. "Abang, ambik cuti lama ke?"
Fateh tersenyum, menjawab, "Abang ambil cuti dua minggu je, sayang. Tak boleh ambil cuti lama-lama, nanti kerja tertangguh. Nanti Hawa pantang pun, abang tak sempat nak teman jugak."
Aku sedikit kecewa, tetapi cuba faham. "Aah, tak apa lah. Asalkan abang ada masa Hawa beranak nanti."
Fateh tersenyum lembut sambil mengusap perut aku yang semakin membesar. "Jangan risau, sayang. Abang pasti teman sayang dalam labour room nanti. "
Aku tersenyum lega dengan kata-kata Fateh.
Baju-baju yang disusun rapi dalam beg sudah siap disimpan, lalu dizip dan Fateh bangun dari duduk untuk meletakkan beg itu di tepi katil.
"Ada apa-apa lagi tak sayang nak kena simpan?" tanyanya sambil memandang Hawa dengan lembut.
Hawa menggelengkan kepala sambil menarik tangan Fateh untuk duduk semula di sebelahnya. "Tak ada apa-apa lagi, abang. Cuma, sekarang ni masa untuk abang berehat. Pagi tadi abang simpan barang Hawa , petang ni barang baby pula. Haih, excited sangat papa to be ni," kata Hawa sambil tersenyum melihat Fateh yang penuh semangat.
Fateh tertawa kecil . "Mestilah sayang. Anak first ni."
Tiba-tiba, Aku menahan sakit perut. Wajah aku berkerut menahan kesakitan yang datang secara tiba-tiba. Tangan Fateh yang masih berada di atas peha aku dicengkam erat, seolah-olah aku cuba menyalurkan kesakitan itu kepadanya. Fateh yang terkejut cepat-cepat memegang bahu Hawa, matanya penuh kerisauan. "Kenapa ni, sayang?" tanyanya dengan suara cemas. Namun, aku hanya menggelengkan kepala, mata aku menahan air mata, tanpa mengucapkan sepatah kata pun. Fateh semakin risau, tidak tahu apa yang berlaku.
"Sayang, nak beranak ke?" soal Fateh lagi, suaranya penuh dengan kebimbangan. Aku hanya mengangguk kepala, wajah sudah pucat menahan sakit. Tanpa membuang masa, Fateh segera bangun dan membantu Hawa untuk berdiri. Beg bayi yang telah siap disusun di tepi katil turut diambilnya. "Haih, anak papa, masa ni hang keluar," kata Fateh dalam nada teruja namun penuh dengan kebimbangan, sambil cuba menenangkan Hawa yang semakin kesakitan. Tangannya erat memegang Hawa, bersedia untuk membawa isterinya ke hospital, berharap segala-galanya berjalan lancar.
Selawat dk agiih tuu 🤨
✨❤️ *۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🖤
VOTE!!!!
COMMENT!!!
Rasa-rasa girl ke boy🧐
ANDA SEDANG MEMBACA
CO | HAWA ✅
Romance2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌ START : 5/1/24 END : 4/5/25
