62 | HAWA

710 11 0
                                        


                                      💍

FATEH membawa Hawa ke tempat yang agak jauh sedikit dari keramaian pasar malam, mencari ketenangan. Di situ, dia duduk di atas pasir sambil menikmati pemandangan ombak pantai yang tenang, berhempas dengan saling berkejaran. Angin malam yang sejuk menyentuh wajahnya, memberi ketenangan yang amat diperlukan.

Dia menoleh ke arah Hawa, yang masih asyik dengan makanannya, wajahnya penuh kepuasan. Dengan senyuman, Fateh mengeluh lega.

Namun, senyuman yang terukir di bibir Fateh tiba-tiba pudar. Hatinya berdebar-debar, dan fikirannya kembali kepada satu masalah yang belum selesai antara dirinya dan Hawa. Sesuatu yang telah lama mengganggu fikirannya, dan kini, dia tahu ini adalah waktu yang tepat untuk berbicara.

Fateh menarik nafas panjang, cuba mengumpul kekuatan untuk memulakan perbualan itu. Dia menoleh kepada Hawa yang masih sibuk dengan makanannya, dan hatinya terasa berat. Dia mahu menyelesaikan segala kekeliruan dan menjernihkan semula hubungan mereka.

"Sayang," Fateh memulakan, suaranya
sedikit bergetar,

"ada sesuatu yang abang nak bincangkan"

Hawa berhenti sebentar, menoleh ke arah Fateh dengan pandangan yang penuh tanda tanya.

"Apa dia, abang?" dia bertanya dengan lembut, merasa sedikit cemas dengan perubahan nada suara Fateh.

Aku menatap wajah Fateh, menyedari keseriusan di matanya. Aku tahu bahawa ini adalah perbualan yang tidak dapat dielakkan, dan mungkin, perbualan yang dapat membantu memperbaiki segalanya.

Fateh menarik nafas dalam-dalam, menatap wajah Hawa dengan penuh keikhlasan. Dia menggenggam tangan Hawa dengan perlahan, sebelum memulakan kata-kata yang berat di hatinya.

"Sayang, abang nak minta maaf atas segala perbuatan abang selama ini. Abang tahu, banyak perkara yang abang lakukan yang mungkin buat hati awak terluka. Percayalah Abang tak pernah berniat begitu. Semua terjadi bukan abang yang inginkan."

Hawa terdiam, mendengar setiap kata yang keluar dari bibir Fateh. Hawa menunggu dengan sabar. Aku pun ingin tahu juga.

Fateh meneruskan, "Dan ada sesuatu lagi yang perlu saya beritahu.Abang ... abang dan Ainul tak jadi berkahwin. Sebenarnya, Ainul yang tak mahu. Dia memilih untuk cancel majlis tu." Fateh menundukkan kepala.

"Sayang, abang hanya mahu kita terus bersama, dan abang janji tak akan ada lagi rahsia antara kita. Abang minta maaf ," tambah Fateh, hatinya terasa ringan setelah meluahkan semua yang terpendam.

Hawa terdiam seketika, mencerna setiap perkataan Fateh. Rasa lega yang tidak terungkap di wajahnya.

"Hawa maafkan abang. Hawa tahu semua yang terjadi pun bukan abang nak pun. "jawab Hawa dengan suara yang penuh ketenangan.

Di hadapan pantai yang tenang, ombak yang memecah di bibir pantai seolah-olah menjadi saksi bisu perjalanan hati mereka.Setelah berbicara dari hati ke hati, dan mengungkapkan segala yang terbuku, mereka berdua saling bermaafan. Fateh menarik Hawa ke dalam pelukannya. Mereka berpelukan dengan erat, merasakan kehangatan satu sama lain yang sudah lama tidak dirasai.

Di bawah langit malam yang dipenuhi bintang, dengan suara ombak yang berdesir di telinga, mereka merasakan ketenangan yang dalam. Semua rasa kecewa dan kesedihan yang mengganggu mereka akhirnya dilupakan. " abanh sayang awak, Hawa," bisik Fateh, memeluknya dengan penuh keikhlasan.

" Hawajuga sayang abang," jawab Hawa, suara lembut tetapi penuh makna. Mereka berdua berdiri dalam pelukan itu, merasakan bahawa segala permasalahan yang lalu telah pun selesai, dan hanya ada satu jalan untuk mereka bersama.

CO | HAWA ✅Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang