💍
"DAH lama kan si Fateh dengan bini dia tak datang sini." Pertanyaan Puan Sri Khatijah memecah sunyi di meja makan.
"Haah kan. Mungkin Fateh banyak kerja kat office dia. Tak sempat nak jenguk kita kat sini." Jawab Pak Su. Intan yang sudah siap menyapu jem strawberi di atas roti itu memberi kepada Pak Su lalu diucapnya terima kasih.
"Kalau dia kerja dengan kamu mesti dia tak sibuk macam ni. Budak tu bukan nak dengar kata orang. Geram betul mummy dengan anak saudara kamu tu." Puan Sri Khatijah mendengus geram. Teringat pula ketika dia memujuk Fateh untuk bekerja sekali, ditolaknya. Malah Fateh ambik keputusan keluar dari rumah ni dan tinggal sendiri.
Pak Su betulkan suaranya sedikit sebelum balas kata nenda. Isu ini berapa kali dah bahas tapi nenda masih tidak puas hati.
"Fateh nak independent mummy. Dia tak nak la harapkan harta keluarga saja, nak jugak hasilkan sesuatu tanpa hasil sendiri. Acu mummy tengok syarikat Fateh pun dah berkembang maju. Bagus sangat dah tu."
"Tapi kalau boleh biarlah syarikat tu diuruskan semua ahli keluarga kita bukan pecah belah macam ni."
Pak Su mengambil solusi berdiam diri. Dia bukan tidak pernah pujuk Fateh untuk bekerja sekali, siap bagi jawatan CEO lagi tapi ditolak mentah oleh Fateh.
Apa yang dipikirin budak itu pun dia tidak tahu.
"Nenda i want that." Iman tunjuk mangkuk bihun yang duduk berhadapan dengan Puan Sri Khatijah.
Tanggan comel Iman itu diketuk perlahan oleh Intan. Adanya disuruh Nendanya.
"Iman kenapa suruh nenda, mama boleh ambikkan la." Ujar Intan. Geram betul dengan Iman.
"Tak apa Intan. Mummy boleh ambik, depan munmy je pun." Mangkuk berisi bihun diambil lalu diletak bihun itu dalam pinggan Iman.
Nenda senyum halus. Berselera sungguh si Iman ni makan bihun.
Semua makanan budak ni berselera.
🦋🤍🦋🤍🦋🤍
ZIAT mengeluh perlahan.
Rusing betul lihat tingkah laku Fateh ni. Selepas balik saja jumpa Ainul, merenung jauh dia.
Ditanya sepuluh patah, jawabnya sepatah.
Ada masalah berlaku ke.
Kaki mula mengatur langkah ke arah Fateh. Kerusi bersebelahan Fateh diduduknya.
"Kau ada masalah ke? Lepas jumpa Ainul aku tengok banyak merenung je ni. " Soalnya terus terang.
Fateh hela nafas. Sungguh berat bunyinya.
"Ainul dia minta batalkan perkahwinan kami."
"Laa bagus la macam tu. Patutnya kau suka mukanya monyok. Kenapa kau dah terjatuh cinta semula ke kat Ainul tu? Menyesal?" Balas Ziat laju. Jangan kata kau menyesal sudah, aku bagi sepak kat kau nanti.
Punyalah payah dia pujuk Ainul, tak pasal Fateh pulak menyesal.
"Haih apa kau merepek ni. Bukanlah."
"Terus?"
"Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi aku pun terkejut dengan hal ni."
"Haih hal apa kau ni. Buat aku takut je la. Cakap la." Gesa Ziat
"Kau tahu kan aku kahwin dengan Hawa sebab kami kena tangkap basah kan. Dan kau tahu sapa plan semua ni?"
"Sapa? Musuh business kau?"
Fateh menggeleng kepala perlahan seraya menghela nafasnya.
"Ainul yang rancang semua ni."
"Serious la."
"Aku pun terkejut. Aku tak tahu nak marah ke nak gembira atau nak sedih. Tapi mengikut rancangan asal, aku dengan dia yang kena tangkap khalwat tapi punya upahan tu salah orang."
"Allahamdullilah." Balas Ziat perlahan. Kalau si upahan Ainul tu tangkap orang tepat memang putih mata la Ziat.
"Mesti dia ada sebab kan kenapa dia buat semua ni. Tak akan la dia saja-saja nak plan semua ni. Benda macam ni bukan saja buka aib kau tapi Ainul pun."
"Dia nak kahwin dengan aku. Dia bosan plus dia takut kalau aku mungkir janji nak kahwin dengan dia. Tapi and the last aku memang mungkir janji pun."
Bahu Fateh ditepuk perlahan. Dia faham mungkin Fateh serba salah. Semua benda terjadi disebabkan janji yang dilontarnya.
"Aku rasa Ainul pernah trauma dengan kisah lalu dia. Sejak aku bercinta dengan Ainul, dia non stop ajak aku kahwin. " Kata Fateh buatkan Ziat jeda seketika. Mungkin sebabkan dia, Ainul jadi macam tu.
"Dan aku pun non stop give reason to her. Kau pun tahu kan, aku nak kahwin masa umur aku 30 but see tak masuk series 30 nak kena kahwin plus nak dapat anak dah." Balas Fateh lagi.
"Itulah takdir tuhan. Lain yang kau rancang lain yang kau dapat."
Fateh senyum halus.
"Sekarang apa rancangan kau seterusnya?"
"Pujuk bini aku. And we happy forever and ever."
"Semoga berjaya."
"Terima kaseh sahabat."
Ziat angguk kepala saja balasannya. Apa-apa pun dia gembira, segala masalah dihadapi Fateh sudah selesai. Sekarang dia punya turn pulak.
Misi curi hati X
Selawat dk agiih tuu 🤨
✨❤️ *۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
20 | 2 | 25🦋
ANDA SEDANG MEMBACA
CO | HAWA ✅
Romance2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌ START : 5/1/24 END : 4/5/25
