💍
SUDAH seminggu Hawa dan Fateh menginap di rumah baru mereka, dan segala-galanya berjalan dengan lancar. Hawa menghela nafas lega, memandang sekeliling rumah yang kini telah menjadi tempat mereka membina kehidupan baru bersama. Allahamdullilah, segala perancangan dan usaha yang mereka lakukan selama ini berbaloi.
Dua hari yang lalu, mereka mengadakan jamuan makan-makan di rumah ini, menyambut kepindahan mereka dengan penuh kegembiraan. Hawa tersenyum mengenang detik itu, apabila mereka menjemput rakan-rakan terdekat, termasuk Badrul dan Kak Ain yang datang merayainya
Malah keluarga mertua turut hadir. Membantu mereka menguruskan jamuan ini serba sedikit.
Nak harapkan aku memang tak bergerak la kerja. Nak bawak badan pun tak larat apatah lagi mahu membantu. Kerja kecil-kecil boleh la aku bantu sedikit.
Hawa mengeluh lemah, mata aku tertumpu pada jam di dinding. Baru pukul 12 tengah hari, dan aku tahu masih ada beberapa jam lagi sebelum pukul 5.
Haih rindunya suami kita.
Sejak masuk trimester kedua ni. Memang sikap aku mengada-gada tu lebih. Tak boleh berjauhan Fateh sikit mulalah rindu .
Ada satu hari tu sampaikan aku menangis tak nak Fateh pergi kerja.
Haih anak mama ni. Tak baik buat papa macam tu.
Aku meletakkan tangan di atas perut yang semakin membesar, dan mengusapnya perlahan. "Sabar ye anakku," Hawa berbisik lembut. "Papa work tu sayang, sikit lagi okey papa balik ye nak. Mama pun rindu papa."
Hawa mengeluh sekali lagi, namun kali ini dengan senyuman kecil di bibir.
Hawa kerling ke arah dapur, mata aku tertumpu pada ruang yang penuh dengan peralatan memasak yang kini nampak tidak terpakai. Sejak aku mula tinggal di rumah ini, aku tidak pernah memasak. Keadaan tubuh yang semakin penat dan tidak berdaya menyebabkan aku lebih banyak bergantung kepada Fateh untuk urusan memasak.
Aku tahu, setiap kali Fateh pulang dari kerja, dia akan menyediakan makan untuk mereka berdua. Kadang-kadang, jika Fateh juga merasa terlalu letih, dia akan membeli sahaja makanan di luar.
Hati Hawa sedikit rasa bersalah. "Kesian abang. Penat balik kerja kena masak lagi. Anakku janganlah lama sangat dera papa tau." Hawa mengusap perutnya yang semakin membesar,
"Kesian papa kena masak untuk kita selalu. Mama pun nak masak untuk papa jugak." Ujar aku seakan-akan anak itu mengerti
Hawa menundukkan kepala, perasaan sedikit bersalah menguasai dirinya.
Aku bukan tidak mahu memasak, tetapi keadaan yang sedang mengandung membuatkan segala-galanya berubah. Dulu, masakan adalah hobi aku. Setiap kali aku stress , dapur menjadi tempat aku melepaskan segala kekusutan. Masak adalah cara aku menenangkan fikiran dan hati,
Namun, sejak mengandung, segala-galanya berubah. Bau bawang pun membuatkan perut terasa tidak selesa.
Mujurlah Fateh faham keadaannya. Hawa tersenyum kecil apabila memikirkan suaminya. Walaupun aku tidak mampu memasak seperti dulu, Fateh tidak pernah mengeluh atau mempersoalkan. memahami keadaan aku yang sedang hamil dan mengalami alahan yang sangat kuat.
Aku mula menguap, rasa mengantuk semakin menghantu. Syukurlah aku sempat angkat kain tadi. Rasa mengantuk mula terasa kuat.
Aku mengangkat tubuh sedikit, memusingkan badan untuk mendapatkan posisi yang lebih selesa di atas sofa. Perlahan-lahan, Hawa menutup mata. Perutnya yang semakin membesar sedikit memberi kesukaran untuk bergerak.
ANDA SEDANG MEMBACA
CO | HAWA ✅
Romantik2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌ START : 5/1/24 END : 4/5/25
